07 Februari 2009

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. harakahdaiy.

KENYATAAN MEDIA IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

Isu Menteri Besar Perak

1. Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

2. Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.

4. Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.

5. Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahmad Idzam Ahmad
Presiden Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan.

Jam 5.15 PM : Gambar di sekitar bulatan Kuala kangsar

Lebih 1000 orang masih berada disekitar bulatan jam Kuala Kangsar sambil mendapat pengawasan ketat pihak keselamatan termasuk FRU.

Sebentar tadi rombongan yang saya percayai membawa Najib dan pemimpin UMNO lain melintasi kenderaan yang saya naiki di Jalan Kuala Kangsar menghala ke tol dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Jam 4.58 PM : 6 orang sah ditangkap, Puluhan Pemberita saksi tregidi Kuala Kangsar

Semasa saya melintasi hadapan mesjid ubudiah kelihatan puluhan wartawan yang masih menyaksikan kumpulan manusia yang belum bersurai. Selain itu lebih seratus pasukan keselamatan termasuk FRU masih mengadakan rondaan dan kawalan yang ketat.

Keadaan jalan agak kotor dan berserakan risalah kertas yang tidak pasti isi kandungannya. keadaan sudahpun sudah terkawal setakat ini.

Setakat ini 6 orang telah ditangkap seperti disahkan dari sumber yang boleh dipercayai dan mereka sekarang ini sedang ditahan di Balai Polis Kuala Kangsar.

Rombongan yang selesai menghadiri majlis angkat sumpah telahpun keluar dari Istana Iskandariah dan melintasi bulatan Kuala Kangsar dengan kawalan ketat dari pasukan keselamatan.

Jumaat membawa semangat baru kepada rakyat Perak.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Yang Mendapat Perkenan oleh DYMM Sultan Perak , hadir sama Tuanku Bainun serta Raja Muda Perak

Rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN di Negeri Perak dengan diketuai oleh Najib Tun Razak sehingga ini berjaya melantik seorang yang didakwa sebagai menteri Besar yang baru, Zamry Abdul Kadir.

Sebentar tadi saya mendengar dari Perak FM menyiarkan secara langsung majlis angkat sumpah tersebut, tanpa mereka sedikit mengulas sedikit pun mengenai suasana kecoh dan tidak menentu di sekitar mesjid ubudiah.

Zamri dilaporkan dalam berita jam 4.30 petang, memaklum akan menimbulkan ketenangan di Negeri Perak,beliau mengakui sekarang kita menghadapi cabaran, dan memang kita ada masalah dan yakin dapat membetulkannya.

Begitulah janji seorang Menteri besar yang naik secara kudeta dengan usaha terancang Najib yang hadir sama dalam majlis angkat sumpah tersebut. Gambaran sebenar yang berlaku juga tidak dilaporkan dalam Perak FM jam 4.30 petang tadi.

Semuga apa yang berlaku pada hari ini adalah gambaran awal betapa masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh Zamry tanpa memberi laluan kepada satu Pilihanraya bagi mengembalikan kepada rakyat menentukan siapakah yang mahu dipilihnya.

JAM 4.13 PM : Masih ada yang baca Yassin dalam mesjid dan berkumpul depan mesjid

Keadaan masih belum reda sepenuhnya dengan kelihatan masih ramai yang berkeliaran di perkarangan mesjid dan sebahagiannya berada di dalam mesjid membaca surah yassin.

Sementara itu saya menerima maklumat dari ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh yang berada di tepi sungai berhampiran dengan bulatan di bandar Kuala Kangsar.

Menurutnya lebih seribu yang berkumpul di sana dan mendapat kawalan yang ketat dan pasukan keselamatan termasuk FRU.

GAMBAR 3.









GAMBAR 2









Rombongan yang saya percayai Pembesar Negeri melintasi Mesjid Ubudiah.

Jam 3.24 PM, sebentar tadi deretan kereta yang saya percayai pembesar negeri melintasi perkarangan Mesjid Ubudiah menuju ke Istana Iskandariah sambil mendapat pengawalan yang sangat ketat.

Namun saya masih menjagkakan semua mereka menyedari apa yang berlaku dalam keadaan ramai yang masih tidak mahu berganjak dan berdiri di pinggir jalan.

Terkini 3.16 PM : Tangkapan mula dibuat, tembakan gas pemedih mata bertalu-talu.

Kelihatan hampir sepuluh orang yang ditangkap dan digari tangannya kebelakang dibawa oleh polis.

Sementara itu tembakan bertalu-talu gas pemedih mata untuk meleraikan kumpulan manusia masih dilakukan sebentar tadi.

GAMBAR




3.00 PM : tembakan gas pemedih mata makin banyak

Tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan kumpulan yang berkumpul bagi menghalang pergerakan kereta menuju ke istana dan ramai yang berkumpul di hadapan benteng masjid sedang dilakukan.

Kebanyakannya lari bertempiaran setelah gas pemedih mata berkepul-kepul asapnya di sekitar mesjid Ubuduah.

Dijangakan seramai 500 orang FRU dengan puluhan kenderaan berada dikawasan hadapan mesjid ubudiah.

saya jangkakan puluhan tembakan gas pemedih mata yang telah dilepaskan setakat ini.

Jam 2,46 : FRU tembak gas pemedih mata.

KUALA KANGSAR, 6 Feb :- Dianggarkan sekitar 1000 orang yang berjaya merempuh sekatan FRU yang menuju ke Istana Iskandariah bagi menyerahkan kain rentang kepada DYMM Sultan Perak telah dileraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata sebentar tadi.

Kejadian ini bermula selepas solat Jumaat di mesjid Ubudiah. Setelah mereka berkumpul dan menandatangani kain rentang yang ingin diserahkan kepada pihak istana.

Terkini jan 1.13 PM : Mesjid Ubudiah Kuala kangsar

Kelihatan terdapat sekatan di bulatan menghala ke Istana dan masjid ubudiah di bandar Kuala Kangsar, tetapi mereka masih dibenarkan naik ke atas dengan meninggalkan kendderaan dibawah. Nampanya tidak ada alasan menghalang mereka naik kerana cuma hendak bersembahyang Jumaat pada hari ini.

Kelihatan yang berjalan kaki bertali arus sepanjang perjalanan jalan ke Mesjid. Semuga semuanya berjalan dengan aman dan lacar.

Diperkarangan Mesjid telah penuh dengan kenderaan dan pada masa ini mesjid telah penuh dengan jemaah.

Protes : Solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar

Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini. Iklan

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato? Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

"Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya.

Jelas Nor Azli, Najib adalah seperti ketua lanun merampas Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah kepada kerajaan baru Umno-BN untuk kepentingan politik dirinya sahaja itu harus ditentang habis-habisan.

Terkini jam 9.40 AM : MB Nizar dihalau dari pejabatnya.

IPOH, 6 Jan :- Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.

Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .

Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.

Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusia dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas.

Yang menang ialah rakyat negeri Perak.

PERLUMBAAN untuk menguasai politik di negeri Perak antara BN dan PR sedang rancak berlangsung yang mungkin akan diketahui kesudahannya tidak berapa lama lagi.

Apa pun saya melihat persaingan sengit antara BN dan PR yang boleh dikatakan hampir seimbang bilangan ADUN mereka itu boleh membawa keuntungan kepada rakyat di negeri Perak sendiri.

Dalam kedudukan antara parti pemerintah dan parti pembakang berada dalam keadaan seimbang, tentunya pihak yang menang tidak akan dapat berbuat sewenang-wenangnya kepada rakyat negeri Perak.

Walaupun parti BN dapat menguasai Perak semula, sudah pasti cara pemerintahannya tidak akan sama seperti mereka memerintah sebelum ini.

Walaupun parti BN dapat menguasai Perak semula, sudah pasti cara pemerintahannya tidak akan sama seperti mereka memerintah sebelum ini.

Yang pastinya rakyat akan dilayan seperti raja untuk memastikan mereka terus mengundi BN pada masa-masa akan datang. Undi rakyat adalah undi keramat yang akan menentukan turun naiknya sesebuah kerajaan.

Amalan kuasa politik dapat memperkayakan pemimpin dan kroninya tentunya tidak boleh berlaku di Perak, sebaliknya kita bakal melihat rakyat Perak lah yang akan akan dikayakan.

Kepada Menteri Besar Perak, Mohd Nizar walaupun ada kemungkinan beliau akan kehilangan jawatan itu, kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik dan adil. Beliau menjadi MB yang disenangi oleh semua kaum walaupun belum sampaisetahun memegang jawatan itu.

Diharap penyokong-penyokong beliau tidak akan melakukan tindak-tindakan bodoh yang emosional dan tidak matang. Hindarkan dari melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan usah melayan provokasi dari pihak lawan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

Perak adalah satu negeri berbilang kaum yang kompisisi kaum Melayu, Cina dan India yang begitu ketara. Hindarkan kemelut politik ini dari merebak menjadi pertelingkahan kaum. Oleh itu kemelut politik yang berlaku ini hendaklah ditangani secara matang, biarlah diselesaikan secara aman melalui saluran undang-undang dan saluran politk.

Dunia masih belum kiamat, banyak lagi pilihanraya yang akan kita hadapi. Biarkanlah rakyat menghukum pemimpin yang durjana dan pengkhianat rakyat melalui peti undi.

Dalam masa yang sama, pastikan kita terus menerus memperjuangkan kebebasan badan perundangan, kebebasan media, kebebasan SPR , kebebasan polis dan badan pencegah rasuah, selari dengan amalan demokrasi. Kerana dengan ini sajalah kita dapat menjamin pilihan melalui peti undi itu adalah mencerminkan pilihan rakyat yang sebenar.

Alias bin Mohd Yusof
Personal Blog: http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

Jamal, osman dan Hee, Awas jangan bagi bola tanggung.

Sebetulnya amaran ini sudah beberapa hari saya berhasrat untuk terbitkan namun disebabkan kegawatan suasana yang tidak mengizinkan saya tidak sempat untuk menerbitkanya.

Amaran ini saya tujukan kepada 3 orang yang melompat, jangan sesekali-kali memberi bola tanggung nanti kami akan memastikan setiap bola yang datang itu akan di "smash" oleh semua ahli BBC Kerajaan pakatan Rakyat Perak.

Malah siapapun yang cuba cari pasal akan kami "smash" .

Sekilas air dikali, kami sudah tahu jantan betinanya, apalagi Jamal, Osman dan Hee.

Nizar : 28 ADUN PR pulau majlis angkat sumpah

IPOH, 5 Feb :- Kesemua 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini akan memulaukan majlis kononnya angkat sumpah Menteri Besar yang baru , kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, kesemua mereka yang bermesyuarat petang tadi telah memutuskan untuk tidak menghadiri majlis itu dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan belum meletakkan jawatan.

"Niat buruk Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan negeri berpunca daripada perasaan takut selepas kekalahan dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu...pelbagai keadilan, ketelusan dan kebajikan yang telah ditunjukkan selama 10 bulan memerintah amat menakutkan mereka," katanya dalam ceramah khas yang diadakan di kediaman Menteri Besar di sini malam ini.

Lebih 30,000 penyokong PR berkampung di kediaman ini selepas perjumpaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak gagal kerana stadium telah dikunci. Pada majlis yang sama, Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming berkata pimpinan tertinggi DAP menyokong 100 peratus kepimpinan Nizar.

"Kami menyokong Mohammad Nizar terus menjadi Menteri Besar Perak," katanya. Nga turut menyelar sikap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim yang dikatakan bertindak biadab mengarahkan kesemua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengosongkan pejabat mereka termasuk menyerahkan kunci kenderaan milik kerajaan negeri.

"Kami sedang bermesyuarat pada pukul 3 petang dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada beliau mengarahkan kami mengosongkan pejabat sebelum pukul 5 petang," katanya.

Selain itu ucapan disampaikan oleh Speaker DUN Perak , V.Sivakumar, Pengerusi BBC, Khalil Idham Lim, Wakil mahaisiwa, Wakil Dewam Muslimat Pas, Wakil PKR, Keseven yang juga ADUN Hutan melintang, Ketua Angkatan Musa PKR, dan Tian chua.

Keadaan didalam dewan dan luar dewan penuh sesak dengan ledakan manusia dari seluruh negara. Pengawasan ketat dilakukan oleh pihak keselamatan dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku walau timbul sedikit provokasi dari pihak tertentu.

pada satu ketika hadirin menerima pengumuman dari pengerusi majlis, Ust. Norazli Musa mengenai satu SMS yang didakwa bahawa ada pihak yang ingin memotong arus letrik ke kediaman MB.

Krisis perlembagaan di Perak.

Sehingga ke pagi ini saya sangat yakin dengan pertolongan dari Allah, bila banyak teman dari dekat dan jauh bersalaman dengan saya sejak beberapa hari kebelakangan ini sehinggalah ke malam tadi saya katakan kepada mereka yakinlah Allah telah tentukan sesuatu yang terbaik untuk kita semua.

Mereka datang dari seluruh pelusuk negara, dari kampung dan bandar, tua dan muda , pelbagai bangsa dan agama tanda kecintaan dan sayangnya mereka kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.

Pengorbanan ini bukan rendah nilainya melainkan kita yakin dengan janji Allah yang Maha Esa.

Krisis Perlembagaan yang dasyat ini menyaksikan satu KUDETA secara hentam kromo oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Saya memberi amaran bahawa inilah gelombang rakyat yang bermula di Perak untuk menyatukan suatu kekuatan baru yang saya yakin rakyat sudah bersedia untuk menjadi "hakim Negara" dan tidak ada kuasa yang boleh menghalang melainkan Allah jua tempat kesudahanNya dan keputusanNya.

Lebih 10,000 kumpul di Kediaman MB, gambar yang sempat dirakam.

Speaker,V. Sivakumar. "SPR tidak boleh pertikaikeputusan dan kuasa saya"

YAB Menteri Besar," Saya tidak akan letak jawatan".


Pengerusi BBC,"Jangan letak jawatan, Bubar DUN"

Penuh sesak hingga kena duduk bersila.

Pelbagai sepanduk antara yang dinaikkan.

Dewan penuh sesak, di luar juga penuh.



PJ Perak mengaminkan doa.

Semua bangun mengangkat tangan berikrar bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perak pakatan Rakyat.