24 Mac 2010

KPN didesak bertindak ke atas pihak ketiga

8 Rabiulakhir 1431H

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan boleh dianggap tidak mematuhi ketuanya jika beliau tidak bertindak ke atas pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (PIC).

"Oleh kerana Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Datuk Seri Hishammuddin Hussein) berkata, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk bertindak ke atas pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis, Musa boleh dianggap ingkar kepada ketuanya jika beliau tidak menyegerakan tindakan tersebut," katanya.

Musa sebelum itu mendedahkan ada pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis dan memberi tekanan kepada para pegawainya.

Menurut beliau, hanya Ketua Polis Negara yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Salahuddin juga mempersoalkan sikap Hishammuddin yang seolah-olah mengambil sikap lepas tangan terhadap apa yang dibangkitkan oleh Musa itu.

"Selaku menteri, beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama untuk menyiasat dan bertindak ke atas campur tangan pihak ketiga yang dibangkitkan oleh ketua polis negara sendiri.

"Bukannya membuat kenyataan yang seolah-olah memperkecilkan betapa seriusnya apa yang dibangkitkan oleh Ketua Polis Negara itu apabila mendakwa beliau belum lagi mendengar aduan tentang pihak ketiga yang berkuasa mempengaruhi polis.

"Ketua Polis Negara telah membangkitkannya dalam media dan heboh di seluruh negara, adakah wajar bagi Hishammuddin untuk membuat dakwaan bahawa tidak pernah mendengar aduan?" kata Ahli Parlimen Kerian itu sambil tidak menolak kemungkinan pihak ketiga yang berkepentingan politiklah yang memaksa polis menyerang perhimpunan-perhimpunan demokratik yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Salahuddin juga berharap Menteri Dalam Negeri jujur apabila mendakwa tidak ada pergeseran antara Kementerian Dalam Negeri dan pasukan polis.

"Jika Menteri Dalam Negeri berkrisis dengan Ketua Polis Negara, yang menanggung padahnya adalah rakyat," katanya.

Hishamuddin membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat daripada Anthony Loke (DAP- Rasah) yang meminta penjelasan mengapa Ketua Polis Negara dan beliau memilih meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di media daripada berkomunikasi sesama mereka.

Wujud spekulasi bahawa hubungan kedua-dua pihak adalah tegang berikutan pendedahan Musa bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam pasukan polis.

Harakahdaily.net/-

Gejala buang bayi: Perlu kepada kaedah pencegahan

8 Rabiulakhir 1431H
Idris Ahmad

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menanggani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih beroreintasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya oreintasi untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Harakahdaily.net/-

Selamat sampai ke tanahair


8 Rabiulakhir 1431H.

Alhamdulillah sekitar jam 5.20 minit petang kelamrin saya bersama rombongan selamat sampai ke tanahair tercinta setelah sekitar dua minggu berada di Mesir, Jordan , United Kingdon dan Ireland.

Perjalanan agak memenatkan kerana seawalnya pagi Isnin 22 Mac saya mula bergerak dari Dublin Ireland bersama dengan DS, Nizar manaiki kapalterbang ke London. Kami menaiki Ryanair dan penerbangan memakan waktu sekitar sejam dan mendarat dilapangan terbang Stanstead London. Dari situ kami bergegas dengan sebuah teksi yang telah sedia diurus oleh sahabat di London untuk bergerak ke lapangan terbang Heathrow London. Perjalanan selama sejam terpaksa kami tempuh.

Disitulah semua ahli rombongan yang berpecah kepada tiga kumpulan bertemu kembali. Sesudah itu kami meneruskan penerbangan ke Cairo Mesir dengan Egypair selama 4 jam. Perkara yang merungsingkan ialah adakah barang kami melebihi timbangan yang dihadkan.Maklum saja banyak tempat yang telah dilawati, tentu ada saja yang gatal tangan untuk dibeli. Alhamdulillah semuanya cukup malah kami kekurang 27 kilo lagi dalam kumpulan yang melakukan pendaftaran masuk.

Rombongan melalui pemeriksaan yang sangat ketat. Saya diarahkan membuka kasut dan berjalan melintasi kawasan pemeriksaan elektronik yang dilakukan. Tali pinggang kena di buka dan ada warga asing yang sampai terlondeh seluarnya. Semuanya kena kami hadapi dengan sabar.

Perjalanan dari London ke Cairo tidak terasa lagi penatnya. Selepas transit selama 4 jam kami meneruskan perjalan ke Kuala Lumpur. Di lapangan terbang Cairo kami sempat solat berjemaah dan makan malam bersama. Kapal terbang juga tertangguh selam sejam. Disitulah rasa penat sudah sangat terasa. Selama 9 jam penerbangan saya sempat tertidur diawal nya sekitar 4 jam .selepas sembahyang subuh saya tidak tidur lagi.

Saya meenonton tayangan cerita inggeris yang dihidangkan disamping hidangan makan dan minuman yang disediakan secukupnya. Tidak salah 3 filem yang saya tonton, semuanya menarik dan menghiburkan rasa penat yang terpaksa dilalui.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi tercinta ini, pelbagai isu dan bebanan tugan akan segera kami pikul. Blog Cina islam saya update sejak malam tadi untuk tatapan teman-teman.

Mungin wajar saya memohon maaf sekiranya terdapat beberapa kkecacatan selama ketiadaan saya dalam negara. Namun saya rasa puas dan berterima kasih dengan petugas di Pejabat ADUN yang bertungkus lumus mengendalikan blog ini selama ketiadaan saya. Itulah yang termampu kami lakukan.

Tidak lupa ucapan terika kasih dengan doa dan harapan dari Isteri dan anak tercinta yang mendoakan keselamatan perjalanan yang panjang itu, Juga teriam kasih dengan doa dari sehabar seperjuangan dan rakan taulan .

Cuba teka, mana saya ?

Gambar kenangan yang dikirim oleh sahabat lama, Daud bin Darus yang belajar di Aceh Indonesia dari tahun 1986 hingga 1992. Gambar ini diambil pada bulan Mac 1987 di Pusat Pelajar Malaysia Jln. FK no. 7 Darussalam, Banda Aceh bersama-sama dengan pelajar Malaysia yang belajar di Aceh pada masa itul Cuba pengunjung teka manakah saya adakah duduk atau pun berdiri dan pakai baju warna apa?

Bakar Utusan Malaysia Tindakan Biadap: Bunuh Bahasa Melayu Bagaimana?

8 Rabiulakhir 1431H.

Balik dari lawatan ke Mesir, Jordan dan UK saya terbaca berita bagaimana penyokong kerajaan semasa berbahas di Parlimen kelmarin menyifatkan tindakan orang Melayu membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai perbuatan paling biadap terhadap bangsanya sendiri.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) nampaknya cuba menjadi jagoh Melayu semasa perbahasan di Parlimen kelmarin. namun mereka berdua lupa bahawa yang lebih parah ialah pemimpin Melayu UMNO lah yang mereka dokong sekarang adalah penghianat bangsa dan bahasa Melayu. Merekalah yang telah menghapuskan tulisan Jawi dan menafikan pengunaan bahasa melayu dalam PPSMI yang semua sudah maklum.

Aziz mendakwa akhbar itu merupakan lidah rasmi bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan dahulu tetapi malangnya, akhbar itu kini dihina oleh orang Melayu sendiri. Dia menyifatkan tindakan itu sebagai biadap.

Kalau membakar Utusan dianggap biadap apakah tahap bahasa yang boleh dikatakan kepada pemimpin UMNO yang khianat kepada bahasa melayu dan tulisan jawi? Tentunya budak kecilpun faham bahawa bakar Utusan tentunya masih ada yang belum dibakar, malah bakar hari ini ia akan terbit lagi esoknya. Tambahan pula yang bakar bukannya semua.

Tetapi tindakam membunuh artinya mematikan Bahasa Melayu, itulah yang lebih dasyat dan mengerikan. Bunuh bahasa artinya membunuh identiti bangsa tersebut, malah terlebih dasyat bila ianya dibunuh oleh pemimpin Melayu sendiri. Kalau dia dibunuh oleh Inggeris dan Jepun saya rasa wajar kerana dia adalah penjajah satu masa dulu, tetapi bila penjajah itu sudah balik ke negara sendiri orang Melayu sendiri membunuh bahasanya.

Nampaknya perangai pemimpin UMNO sekarang ini semakin melampau dan cuba untuk menipu rakyat kononnya mereka adalah jagoh dalam membela orang Melayu seperti kata pepatah macam ayam jantan berkokok namun punggung penuh dengan tahi.

Dalam kontek lain UMNO terus menaja pemikiran sempit dan menipu rakyat bahawa merekalah yang mampu meneruskan agenda pembangunan negara.

Itulah pemimpin UMNO yang sentiasa berdrama kepada rakyat kononnya jagoh sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

“Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan UMNO. Malah orang Melayu sehingga beranggapan UMNOlah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.” Tegas beliau. (Sila lihat HARAKAH 4 Mei 2008).

UMNOlah, sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.

“…UMNOlah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telahmengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah,” kata Presiden PAS lagi.

Demikian UMNO yang akan semakin reput dan ditelan zaman, saya yakin pembohongan UMNO semakin menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO dan pemimpin UMNO. Rakyat akan menolak UMNO dan BN di masa akan datang. Walau apapun lakonan yang meraka telah, sedang dan akan lakonkan, saya yakin rakyat sudah tahu UMNO adalah penipu dan pembohong yang sebenarnya.

Hukum-Hakam Berkenaan Buang Bayi

8 Rabiulakhir 1431H.
oleh : Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil

Isu buang bayi yang semakin menular hari ini, kononnya mendapat perhatian sesetengah pihak. Namun, ia tidak seperti yang diwar-warkan. Ia hanyalah gimik semata-mata. Ia berdasarkan beberapa bukti :

1. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu penzinaan tidak pula dilihat.

2. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam.

3. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan undang-undang Islam masih lagi diketepikan.

4. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan institusi pelacuran masih hidup

5. Dan banyak lagi.

Di dalam artikel ini, suka untuk saya ketengahkan tentang pengharaman buang bayi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Antara yang boleh dijelaskan di sini ialah :

1. Penzinaan atau pelacuran diharamkan oleh Islam
2. Kes penzinaan tidak diselesaikan dengan undang-undang Islam
3. Undang-undang Islam ditolak
4. Pusat-pusat pelacuran underground masih berkembang biak
5. Pembuangan bayi terhasil daripada amalan-amalan haram yang disebutkan ini

Sebelum Buang Bayi...

1. Penzinaan atau pelacuran yang diharamkan oleh Islam, semakin berleluasa.

a. Islam mengharamkan zina dengan dalil yang jelas di dalam al Quran, Surah al Isra, ayat 32 :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

b. Telah disebut di dalam ayat ini bahawa zina tersebut akan membawa kerosakan. Antara kerosakan yang dapat dilihat ialah “pembuangan bayi” yang terjadi hari ini. Maka, Islam melarang sebarang kerosakan, tetapi sekular mempromosikan “zina” melalui serangan pemikiran sekularisme ( Mahyuddin Mokthar, Intisari Diskusi Buku Kenapa Kita Menolak Sekularisme, terbitan Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM, ms 2 )

c. Kajian Nationwide telah menyiarkan statistik pada 2006, menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke 63, bilangan pengidap Aids yang teramai. Disebut bahawa pengidap Aids di Malaysia seramai 52 000 orang. Sepertimana yang kita ketahui, faktor terbesar Aids ialah disebabkan “zina”.

2. Kes Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam

a. Islam menggariskan bahawa hukuman bagi penzina terbahagi kepada dua jenis, iaitu samada sudah berkahwin, atau belum berkahwin. Orang yang berkahwin dikenakan hukuman rejam sehingga mati, manakala orang yang belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali, dan dibuang negeri. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 417-420 )

b. Maka, apabila zina tidak dapat diselesaikan melalui cara sekular, akan menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi yang berleluasa. Pemerintah sepatutnya bertanggungjawab dalam melaksanakan hukuman Islam bagi penzina. Pemerintah yang tidak melaksanakannya dianggap sebagai satu jenayah. Allah SWT berfirman

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Ma’idah : 44)

Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.

c. Undang-undang sekular, menjatuhkan hukuman denda beberapa ribu ringgit, sebatan (tidak sama dengan cara Islam) dan sebagainya, yang tidak sesuai untuk membasmi kes penzinaan. Bahkan pihak mahkamah terikat dengan undang-undang ini, yang jelas bercanggah dengan Islam.

3. Undang-undang Islam ditolak

a. Antara perkara yang menyebabkan lagi pembuangan bayi, ialah penolakan terhadap undang-undang Islam. Lihatlah firman Allah SWT di dalam Surah al Maidah, ayat 44 yang telah disebutkan sebelum ini. Manusia hari ini inginkan keamanan, sedangkan mereka menolak undang-undang Allah.

Sesudah itu, patutkah mereka berpandukan lagi kepada undang-undang Jahiliyah? Siapakah yang lebih baik undang-undangnya berbanding undang-undang Allah, bagi mereka yang yakin? (Surah al Ma’idah : 50)

b. Undang-undang Islam bukan sahaja ditolak, bahkan dipersenda dan dihina. Sedangkan mereka mendakwa bahawa inginkan keamanan dan kesejahteraan. Mereka yang mempersenda undang-undang Allah boleh membatalkan akidahnya. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 466-467 )

Allah SWT berfirman

Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumnya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.(Surah al Baqarah : 187)

4. Pusat-pusat pelacuran underground

a. Pusat-pusat pelacuran yang masih lagi wujud di beberapa tempat yang sedia makruf, kurang dikenakan tindakan yang sewajarnya. Bapa-bapa ayam masih lagi beroperasi dan bebas menjalankan “perniagaan anak dara”. Pelacur-pelacur merasa seronok apabila mendapat habuan setiap malam, sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibinatangkan.

b. Kenapakah pusat pelacuran ini boleh berkembang biak walaupun telah digariskan undang-undang? Jawapannya ialah, undang-undang yang digariskan tersebut tidak selari dengan Islam. Firman Allah SWT :

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al Baqarah : 229)

FirmanNya lagi

Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya (Surah al Baqarah : 30)

Mempersoalkan tentang buang anak, seharusnya melihat kepada pelaksanaan undang-undang Islam yang semakin hari dinafikan oleh pemerintah.

c. Menghapuskan pusat-pusat pelacuran bagi pemerintah adalah satu perkara yang wajib. Sekiranya ia tidak dilakukan, maka pemerintah tersebut akan menanggung dosa sehinggalah terlucut jawatannya. ( Dr Mustafa al Khin, Dr Mustafa Bugho, Dr Ali asy Syarbaji, al Fiqhul Manhaji, cet. ke 8, 2007, Darul Qalam, jil. 3, ms 537-539 )

Pembuangan Bayi Terhasil Daripada Amalan-amalan Haram Ini

1. Sebelum ini telah disenaraikan beberapa perkara sebelum terhasilnya bayi yang terbuang. Kesemuanya adalah amalan haram, lalu menghasilkan anak haram, dan seterusnya berlakukan kes pembuangan bayi secara haram. Ia terhasil daripada perbuatan-perbuatan haram. Iaitu :

a. Penzinaan yang diharamkan
b. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam
c. Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam
d. Pusat pelacuran yang diharamkan berkembang pesat

2. Maka, pembuangan anak ini disebabkan beberapa punca, samada pemerintah dan perempuan yang berzina. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam, turut menerima dosa yang setimpal atas perbuatan mereka yang tidak melaksanakan undang-undang Islam.

3. Di dalam al Quran sudah menyebutkan bahawa zina itu akan membawa kerosakan, dan di antara kerosakan tersebut ialah jangkitan aids, pembuangan bayi, membunuh bayi dan banyak lagi. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 75 )

4. Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam juga akan menimbulkan kerosakan dan kezaliman. Ini kerana mereka sendiri sudah dikatakan sebagai zalim. Perkara ini telah diakui oleh Allah SWT :

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (Surah al Ma’idah : 44)

Dalil Pengharaman Buang Bayi

Hukum buang bayi diharamkan di dalam Islam. Berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1. Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am, ayat 151

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

a. Daripada ayat ini, terdapat dua ayat yang menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms450-451). Iaitu :

Pertama : Dilarang membunuh anak, kerana khuatirkan kemiskinan

Maka, apabila diharamkan membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, apatah lagi sekiranya membunuh anak tanpa sebab, dengan membuang anak contohnya.

Kedua : Dilarang daripada menghampiri penzinaan

Iaitu larangan daripada menghampiri kejahatan atau penzinaan. Samada secara terang-terangan, ataupun secara sembunyi.

Ketiga : Dilarang daripada membunuh jiwa

Iaitu larangan membunuh jiwa. Samada anak sendiri, atau sesiapa sahaja. Buang anak adalah salah satu bentuk pembunuhan yang diharamkan.

b. Ayat-ayat di atas saling berkaitan di antara satu sama lain. Pada mulanya disebut tentang larangan membunuh anak, kemudian ayat melarang penzinaan, dan disusuli pula dengan larangan membunuh jiwa.

2. Allah SWT berfirman di dalam Surah al Isra’, ayat 31-33

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

a. Ayat di dalam Surah al Isra ini berkaitan dengan ayat sebelumnya, iaitu bermula daripada ayat 22 sehingga 33. Kesemuanya menceritakan tentang dosa-dosa besar.

b. Membunuh anak khuatirkan kefakiran di antara dosa-dosa besar. Apatah lagi membunuh anak disebabkan alasan yang lebih ringan daripada itu. Ia juga berdasarkan hadis Nabi SAW yang akan disebutkan selepas ini. ( Dr Wahbah Zuhaili, at Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 8 ms 73-74 )

3. Hadis Nabi SAW

Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah dosa yang paling besar? Baginda SA menjawab : Sekiranya kamu menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi : Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran kamu.

( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, cet. Mu’assasah ar Risalah bah. 10, ms 263 no. 4415 / Imam Bukhari, Shahih Bukhari bah. 13, ms 394 no. 4117 / ibid. bah. 14, ms 420 no. 4389 dan banyak lagi )

a. Jelas di dalam hadis ini, larangan membunuh anak, dan ia di antara dosa yang besar, yang tersenarai. Apatah lagi membunuh anak tanpa sebarang alasan, dan anak tersebut hasil daripada penzinaan.

b. Maka, berzina adalah dosa besar, kemudian anak hasil penzinaan tersebut dibuang. Ini juga merupakan dosa yang besar. Maka, terdapat dua dosa besar yang ditanggung oleh penzina yang membuang anaknya.

Kesimpulan

1. Maqasid syariah (tujuan pensyariatan) menjaga 5 perkara, iaitu Agama, jiwa (maruah atau nyawa), harta, akal dan keturunan. ( Dr Jamaluddin Atiah, Nahwa Taf’il Maqasid asy Syariah, cet. pertama 1422, Darul Fikr, fasal 1, bah. 2, ms 28 - 48 )

a. Penzinaan akan merosakkan Agama, jiwa dan keturunan, sedangkan Islam menjaga perkara-perkara tersebut dengan mengharamkan penzinaan dan menghalalkan perkahwinan.

b. Pembunuhan akan merosakkan jiwa, harta dan keturunan. Sedangkan Islam menjaga kesemuanya dengan mengharamkan pembunuhan, melainkan berperang untuk menegakkan kebenaran.

c. Buang anak yang merosakkan jiwa, keturunan, Agama, sedangkan Islam menjaga perkara tersebut dengan mengharamkan buang anak.

2. Tiada sebarang alasan untuk membolehkan buang anak. Walaupun ada yang beralasan dengan alasan-alasan berikut :

a. Tiada duit untuk sara hidup, maka terpaksa membuang anak kerana keperluan peribadi.

Ia telah dijawab oleh Allah SWT di dalam ayat sebelum ini ( Surah al An’am : 151, Surah al Isra : 32 dan hadis-hadis Shahih ). Iaitu rezeki itu adalah milik Allah. Bukan disebabkan anak. Bahkan di dalam ayat tersebut juga menjawab bahawa anak itu adalah rezeki yang sebenar.

b. Menjaga maruah keluarga, sekiranya anak tersebut diketahui orang.

Menjaga maruah keluarga bukanlah dengan berzina kemudian membuang anak. Tetapi menjaga maruah ialah dengan menghindarkan diri daripada lembah penzinaan. Seseorang yang “bekerja sebagai pelacur, tidak pernah merasa maruahnya tercalar. Tetapi apabila sudah melahirkan anak, mereka mula khuatir tentang maruah mereka.

(Penulis adalah Mahasiswa Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah,Universiti al Azhar)

Khasiat buah kurma.

8 Rabiulakhir 1431H.
Email : nizamkem2003@yahoo.com

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurmasudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariyang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :"Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma. Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar
daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amatsesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.

Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak. Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Majlis Syura PAS akan tentukan siapa Mursyidul Am malam tadi

8 RabiulAkhir 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kalinya malam tadi untuk sessi baru bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi badan yang paling berkuasa dalam PAS itu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pemimpin paling kanan di kalangan anggota yang ada. Mereka akan menentukan siapakah pengerusi Majlis Syura Ulama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya serta empat lagi anggota majlis itu

Mursyidul Am PAS dan timbalannya kini disandang masing-masing oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

Mesyuarat itu juga buat pertama kalinya akan mengikut format baru Majlis Syura berdasar pindaan terbaru kepada Perlembagaan PAS.

Melalui pindaan ini, anggota majlis ini adalah empat dipilih oleh Jawatankuasa PAS Pusat, empat dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan dua dari setiap dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka pula akan memilih empat lagi anggota tambahan.

Sebelum ini, Majlis Syura hanya terdiri dari 12 anggota iaitu empat dilantik oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak PAS. Kelapan-lapan mereka pula akan melantik empat lagi anggota serta Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Abdul Hadi bersama dengan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.

Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.

Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad.

Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura tersebut.

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

7 Rabiulakhir 1431H.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Speaker DUN Perlis telah dengesahkan berita tersebut seperti yang disiarkan dalam media elektronik termasuk Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, dilapor juga telah mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," kata Speaker DUN Perlis.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Temp atnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Semangat keusahawanan di Kelantan tinggi

7 Rabiulakhir 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 23 Mac: Kelantan sedang melangkah maju dalam bidang berasaskan ICT dan multimedia memandangkan semangat keusahawanan rakyatnya tinggi.

Oleh itu, pengerusi Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri dapat mempertingkatkan kemudahan infrastruktur ICT negeri.

“Di samping itu menyediakan insentif yang bersesuaian sebagai pemangkin kepada usahawan-usahawan tempatan.

”Usahawan-usahawan di sini hendaklah mengambil peluang untuk terus maju dan berdaya saing secara sihat dalam era teknologi maklumat,” katanya pada majlis penyerahan sijil status MCS Malaysia Inkubator kepda ICT Incubator Centre Sdn Bhd di Kelantan Trade Centre hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mohd Sabri Abdullah.

Abdul Halim yang juga bekas Ketua Setiuasaha Negara berkata, MDeC mencetus dan merangka pelbagai program bagi memberi kesedaran untuk menarik lebih ramai penyertaan rakyat Malaysia menceburi bidang ICT dan multimedia.

Katanya, sejak 2008 program-program bagi melahirkan lebih ramai usahawan ICT dijalankan di Kelantan antaranya ‘Technopreneur Academy Program’ dan ‘Idea Refinement Program’

“Hari ini hasil daripada program yang dilaksanakan telah lahir beberapa usahawan baru dalam bidang ICT dan Multimedia.

”Terdapat juga beberapa usahawan berjaya mendapat dana MSC Malaysia bagi membangunkan idea perniagaan ICT dan multimedia mereka.

“Di mana tahun lepas dua usahawan ICT dari negeri ini berjaya memperolehi dana bernilai RM150,000 setiap projek untuk membangunkan idea perniagaan ICT dan multimedia,” katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri melalui PKINK dalam usaha menjenamakan semula bangunan KB Bazar bagi menjadikan sebagai sebuah pusat ICT yang terkenal di negara ini.

Katanya, pada masa ini beberapa syarikat IT sudah beroperasi di KB Bazar termasuk syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan iaitu Darul Digital.

”Saya menaruh harapan tinggi dengan adanya syarikat-syarikat IT milik swasta dan kerajaan, ia akan menjadi pelengkap kepada Pusat Inkubator ICT yang baru ditubuhkan ini.

”Saya berkeyakinan usaha PKINK akan berjaya dengan sokongan dan bantuan semua pihak,” katanya.

Menurutnya, penjenamaan tersebut bakal merubah wajah dan nama KB Bazar kepada Kota Bharu Siber Plaza apabila segala prasarana Pusat Inkubator ICT siap dan beroperasi sepenuhnya.

Di samping itu, penglibatan beberapa syarikat industri komputer yang akan membuka operasi di Kota Bharu Siber Plaza dalam jangka masa terdekat.

Beliau juga berkata, menjadi dasar kerajaan negeri untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri ICT dan multimedia kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan minda, akhlak, ekonomi dan sakhsiah demi pembangunan ummah.

Harakahdaily.net/-

Tersenyumlah!

7 Rabiulakhir 1431H
By: agussyafii

Sepasang pengantin baru merasa senang bercampur aneh ketika menerima kado yang berisikan dua lembar karcis bioskop yang bertuliskan :

"Coba tebak siapa saya?"

Mengira mereka sedang dikerjai oleh teman-temannya yang memang jail, akhirnya mereka memutuskan untuk nonton menggunakan karcis itu.

Sepulang nonton, betapa terkejutnya mereka mendapati rumah barunya kosong melompong kecuali sebuah kado yang belum dibuka.

Setelah dibuka, mereka hanya mendapati secarik kertas bertuliskan:

"Sekarang kalian tahu siapa saya."

Tersenyumlah! Kisah diatas adalah pengantar pagi hari ini agar teman-teman bisa tersenyum. Kita bisa menjadi lebih bahagia di tempat bekerja bila kita lebih banyak tersenyum. Dalam sebuah penelitian Harvard University, menampilkan wajah ceria akan memberikan dampak positif, baik bagi dirinya maupun orang-orang disekitarnya. Tersenyum sangat bermanfaat baik dalam hubungan pribadi maupun hubungan kerja. Tersenyum membuat setiap orang merasa nyaman.

- Tersenyumlah pada pasangan hidup anda, anak, orang tua, kerabat, sahabat, atasan atau teman kantor.

- Tersenyumlah di saat anda melintasi pintu dan memberi salam kepada orang yang anda jumpai.

- Tersenyumlah ketika anda berbicara melalui telepon dengan siapapun yang anda hubungi.

- Cobalah sekarang juga! Tersenyumlah dan perhatikan bagaimana tersenyum menjadikan anda lebih santai dan gembira.

Senyuman bermanfaat bagi kesehatan tubuh, sosial dan jiwa. Secara kejiwaan senyuman mengubah perasaan memberi anda semangat positif dan menghilangkan tekanan psikologis. Secara sosial, senyuman membuat anda lebih menarik dimata orang lain, senyuman juga menular sehingga menebarkan semangat positif kepada lingkungan disekitar kita. . Secara tubuh, senyuman menurunkan tekanan darah. Dan satu lagi yang paling penting senyuman bisa meningkatkan produktifitas kerja kita sehingga bisa menyelesaikan banyak pekerjaan kita dengan baik.

Ada satu hadist yang diriwayatkan al-Thabrani dalam kitab Mu'jam al-Awsath bahwasanya Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi wa Salam bersabda, ' Allah senang jika kalian bisa menyelesaikan pekerjaan dengan baik.'

Jadi, sudah tersenyumkah anda dipagi hari yang indah ini?

Wassalam,
agussyafii

Museum Pelik......!!

7 Rabiulakhir 1431H
Email : Abang Mat






















Kalau DAP anti Islam, adakah Umno dua kali ganda anti Islam

7 Rabiulakhir 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 23 Mac: “Kalau DAP (dan) Pakatan Rakyat dianggap ‘anti Islam’, adakah Umno dua kali ganda ‘anti Islam’ kerana memberikan peruntukan yang jauh lebih sedikit waktu memerintah kerajaan negeri dulu,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, beliau menempelak dakwaan Umno bahawa DAP melaksanakan dasar ‘anti-Islam’ di Pulau Pinang apabila membacakan jumlah peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri era Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional untuk perkembangan Islam.

“Waktu kita ambil alih kerajaan (2008), kerajaan Umno beri peruntukan (sebanyak) RM12.5 juta untuk perkembangan Islam di Pulau Pinang, selepas kita memerintah (2009), kita naikkan pada RM20.5 juta,” jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP di Dewan Rakyat pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri turut meningkatkan peruntukan kewangan untuk aktiviti perkembangan Islam sehingga RM24.3 juta pada tahun ini.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam sesi soal jawab, mendakwa Guan Eng dan DAP mengamalkan sikap anti-Islam ketika mentadbir kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Utusan Malaysia turut didakwa cuba menutup pencapaian sebenar kerajaan negeri dalam memelihara kepentingan Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang.

Tidak cukup dengan mendakwa Utusan Malaysia sebagai ‘utusan fitnah’, beliau turut mendakwa akhbar tersebut juga mengamalkan sikap anti Islam demi merealisasikan cita-cita Umno untuk menguasai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kelak.

Pun begitu, beliau melahirkan rasa yakin bahawa rakyat Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan dakyah ‘anti Islam’ yang dipropagandakan oleh akhbar Utusan Malaysia kerana rakyat sekarang bermaklumat dan bijak menilai berita dari akhbar tersebut.

Harakahdaily.net/-

PAS ucap takziah kepada keluarga Sulaiman Daud

7 Rabiulakhir 1431H
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sulaiman Daud (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 8.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, allahyarham ketika hayatnya mempunyai hubungan yang baik dengan PAS sewaktu berada dalam kabinet.

"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kami mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum.

"Beliau sangat sedih bila PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada tahun 1978 menunjukkan betapa eratnya hubungan almarhum dengan PAS," katanya ketika ditemui di Parlimen pagi ini.

Ujarnya lagi, almarhum juga seorang pemimpin yang tidak pernah menunjukkan sikap kedaerahan dan kepartian khususnya kepada PAS sewaktu PAS memerintah Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mengumumkan Dewan Rakyat bertafakur seketika bagi memberi penghormatan kepada allahyarham.

Allahyarham meninggalkan empat anak, Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat Persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di klinik Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

Harakahdaily.net/-

Polis rampas lagi buku kartun Zunar

7 Rabiulakhir 1431H

JASIN, 23 Mac: Polis bertindak merampas lagi buku-buku kartun yang diterbitkan oleh Gedung Kartun yang dimiliki oleh Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar Ulhaque dan rakan-rakannya.Kali ini, Polis Jasin merampas buku dan majalah kartun itu di Asahan, Melaka.

Menurut Zunar dalam kenyataannya, pada 20 Mac lepas, ASP Woon Chai Choi serta tiga anggota dari IPD Jasin Melaka bertindak merampas majalah-majalah kartun keluaran beliau dari seorang pengedar di Asahan.

Mereka pada mulanya merampas berpuluh-puluh majalah Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia, tetapi selepas bantahan dari beliau melalui telefon, barulah jumlahnya dikurangkan kepada satu naskah setiap judul.

Dalam perbualan melalui telefon dengan beliau, ASP Woon menyatakan sebab rampasan ialah untuk menyiasat. Tetapi melalui surat rampasan yang diberi (dilampirkan) tidak dinyatakan sebab-sebab rampasan dan di bawah akta apakah rampasan dibuat.

Februari lepas, sepasukan polis yang diketuai Chief Inspektor Mohd Noor Azlan Bin Mansor telah membuat serbuan di sebuah kedai di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang dan merampas empat naskah majalah Isu Dalam Kartun.

Serbuan yang sama juga dibuat di Butterworth dengan 15 naskah rampasan, Taman Bertam, pekan Kepala Batas, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi.

Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur Pegawai-pegawai KDN juga merampas plat percetakan dari kilang percetakan majalah tersebut.

Dalam kenyataan medianya, Zunar menyifatkan tindakan pihak berkuasa ini sebagai 'rampasan sesuka hati' dan membelakangkan kedaulatan undang-undang.

"Saya mengulangi bahawa tindakan pihak berkuasa bermotif politik untuk menyekat pandangan alternatif dan suara-suara yang mengkritik. Ia juga adalah satu bentuk ancaman kepada saya dan kartunis-kartunis saya," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan ini menjadikan kebebasan akhbar di bawah pemerintahan Najib Tun Razak mengundur beratus tapak ke belakang dan sekarang tidak lebih dari 'satu cerita kartun' dan bahan ketawa masyarakat dunia.

"Saya menggesa agar semua buku saya yang dirampas dipulangkan. Saya juga sedang berbincang dengan peguam untuk mengkaji apakah tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak berkuasa berhubung tindakan ini," katanya lagi.

Harakahdaily.net/-

PAS mahu Rukun Negara dipinda

7 Rabiulakhir 1431H

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (berserban) berkata pemimpin Islam gagal menangani isu penggunaan kalimah Allah sehingga menyebabkan berlakunya serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Beliau yang juga wakil PAS berkata dari segi hukum, Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah berkenaan.

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas.

"Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif.

"(Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, peluang itu juga seharusnya digunakan untuk berdakwah dan memberi penerangan mengenai Islam kepada golongan bukan Islam.

"Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan.

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukun Negara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Katanya lagi, al-Quran tidak pernah menghalang penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah semasa hayat Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, pendirian seperti itu boleh dilihat dalam surat yang dikirim oleh Nabi Muhammad kepada Raja Mesir yang menganut Kristian.

"Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan," katanya lagi.

Jelasnya, dalam warkah berkenaan, Nabi Muhammad memberitahu Raja Mesir bahawa umat manusia tidak boleh menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada di kalangan pemimpin mahupun di kalangan paderi.

Katanya, Nabi Muhammad juga tidak menghalang penganut Kristian itu menggunakan kalimah Allah.

"Di sinilah mengapa Islam membenarkan penganutnya makan sembelihan daripada penganut agama lain (ahli kitab).

"Sembelihan mereka halal kerana mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah.

"Ini menunjukkan keizinan itu berlaku," kata Abdul Hadi lagi.
Ketika ditemui media selepas itu, Abdul Hadi berkata beliau turut mencadangkan supaya perkara 'kepercayaan kepada tuhan' dalam Rukunegara diubah dengan 'kepercayaan kepada Allah.'

Jelasnya perkara tersebut boleh dilakukan memandangkan masyarakat bukan Islam sudah boleh menerima Islam sebagai sebahagian daripada agama mereka.

"Kerajaan perlu terima positif dalam tangani isu ini, bukan negatif. Penganut agama Kristian dan agama lain sudah sedar Allah diberi nama unggul, perkataan lain yang mereka guna sebelum ini, God, Lord dan lain-lain tidak tepat," katanya.

"Ini menunjukkan mereka sudah terima Allah sebagaimana mereka terima Islam sebagai agama. (Jadi perlu) ubah Rukun Negara kepada lebih pro-aktif dalam masa sama tuju ke arah perpaduan rakyat," katanya lagi dan menambah kekeliruan yang berlaku adalah akibat kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran.

Malaysiakini/-

Selepas diserang Utusan: Adun Selangor pertahan Sultan

7 Rabiulakhir 1431H

SHAH ALAM, 22 Mac: Sekurang-kurangnya lima Adun Selangor akan mengadakan sidang media esok bagi mempertahankan Sultan mereka selepas diserang oleh Utusan Malaysia melalui ruangan Awang Selamat, iaitu ruangan yang ditulis oleh pemimpin editorial akhbar Umno itu.

Kelima-lima mereka memanggil satu sidang akhbar khas atas nama "ADUN-ADUN SELANGOR PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR."

Mereka yang akan mengadakan sidang akhbar itu adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr. Abdul Rani Osman (Meru) dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang).

Ia akan diadakan jam 12.30 tengahari esok di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Annexe Bangunan SUK, Shah Alam.

Utusan Malaysia hari ini, melalui tulisan Awang Selamat, menyiarkan satu tulisan yang disifatkan sebagai mempertikaikan tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang membatalkan rancangannya untuk merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini.

Ulasan yang dibuat oleh pimpinan editorial Utusan itu dianggap mencabar keputusan Sultan Selangor itu dan mengungkit siapakah yang membela raja-raja Melayu selama ini.

Antaranya, Utusan melaporkan:

"Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?"

Ekoran keputusan Sultan Selangor tidak mahu merasmikan mesyuarat itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir akan menggantikannya.

Harakahdaily.net/-

Mampukah Najib mengurangkan pelepasan 40% karbon?

7 Rabiulakhir 1431H
http://drdzul.wordpress.com

Soalan YB Rembau kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini menarik saya untuk membuat komentar ini. Rembau bertanya tentang strategi dan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Najib di Conference ‘Climate Change’ Copenhagen, Denmark bulan Disember 2009.

Najib berjanji untuk mengurangkan pelepasan 40% karbon ‘in term of emissions intensity of GDP’ pada tahun 2020 berbanding 2005 (sebagai baseline). Terkini mengikut United Nations, Malaysia melepaskan 187 juta tan setiap tahun atau bersamaan 7.2 juta tan setiap warga negara ini.Meskipun Menteri telah menyebutkan pelbagai pendekatan untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti aktiviti penjana kuasa, kenderaan automotif, pengilangan dll yang seluruhnya berakhir dengan pelepasan karbon, tegasnya adalah pelepasan karbon adalah berkadar langsung dengan kegiatan ekonomi sekaligus GDP atau KDNK.

Dengan kata lain, untuk Najib berjanji mengurangkan 40% pelepasan karbon intensiti nisbah KNDK/GDP, sedarkah Najib bahawa kurang lebih, negara hanya boleh melakukan pertumbuhan sebanyak 2.5% setiap tahun sahaja. Apakah ini satu yang realistik dan menasabah. Bukankah mengikut Najib sendiri bahawa negara perlu tumbuh sebanyak 6.5%, paling tidaknya, untuk selama 10 tahun supaya negara mencapai negara maju atau sebagai NIC (New Industrilaised Country) pada 2020.

Disamping segala kegiatan ekonomi yang bersifat ‘carbon-emitting’ yang membakar bahan fosil, penggunaan tanah gambut pula dalam perladangan kelapa sawit menghapuskan mekanisme ‘carbon-trapping’ secara tabii.

Nyata bahawa Perdana Menteri secara mudah-mudah membuat janji nampaknya, sehingga Ahli Parlimen Rembau tidak dapat mengelakkan dari menyebut bahawa beliau juga sangsi akan matlamat pengurangan itu sebgai satu yang realistik dalam soalan tambahan beliau. Ini meletakkan janji-janji yang dibuat oleh Najib semacam tidak difikirkan secara tuntas atau ‘thought through’.

Saya tidak berpeluang bertanya Menteri, dalam soalan tambahan, apakah kerajaan BN ini, pertama-tama telah komited dan punya satu tekad untuk menghayati ‘budaya pemikiran lestari’ yang perlu wujud pertama-tama di kalangan pimpinan negara dahulu dan warga pendidik, sebelum negara ini mampu memacu satu konsep pembangunan yang mapan, lestari dan mesra-alam.

Hanya dengan kesediaan ‘minda lestari’ ini serta pelaburan dalam R&D maka pembangunan dan inovasi teknologi hijau sebagai wasilah untuk mencapai pelestarian secara lebih terencana, holistik dan bersepadu mampu dijana. Berdasarkan kayu ukor ini dan kedudukan prestasi semasa serta ‘ekosistem minda’ yang masih di takok lama, saya cenderung untuk bersetuju dengan YB Rembau bahawa komitmen Najib untuk mengurangkan 40% pelepasan karbon adalah tidak realistik.

Najib perlu merujuk kepada khidmat pakar-pakar tempatan dan juga pengalaman negara lain sebelum beliau membuat janji yang sebesar ini. Kalau tidak ia menjadi omongan kosong yang kemudian akan dimungkiri dan dipersalahkan pelbagai pihak lain.

Dr Dzulkefly Ahmad,
Ahli Parlimen Kuala Selangor.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Episod kemusnahan sedang deras melanda negara

7 Rabiulakhir 1431H
http://episodeperjuangan.blogspot.com

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Minta fatwa hukum bayar RM60 juta pada syarikat Yahudi

7 Rabiulakhir 1431H
Angkasanuri

Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat akan menentukan tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kenyataan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa 1Malaysia sama dengan 1Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Dakwaan ini kerana kerajaan 1Malaysia dikatakan membayar kira-kira RM 60 juta untuk menjual jenama 1Malaysia kepada APCO Worlwide konsultan milik Yahudi yang sama digunakan oleh Ehud Barak.

Sehingga hari pemimpin Umno-BN hanya melenting dan marah-marah apabila 1Malaysia disamakan dengan 1Israel.

Tetapi sehingga hari ini belum ada satupun kenyataan penafian bahawa kerajaan 1Malaysia ada membayar kepada APCO Worldwide.

Dr. Yusof Al Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa adalah haram melawat negara haram yahudi itu kerana akan membantu ekonomi mereka.

Justeru itu saya teringin mendengar fatwa terutama dari Menteri di JPM Datuk Jamil Khir dan Mufti Perak Tan Sri Harussani apa hukumnya membayar Rm 60 juta kepada syarikat milik yahudi. Maklumlah saya ni belajar agama tak tinggi.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Presiden PAS

7 Rabiulakhir 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam berkata, 1Malaysia belum bebas daripada masalah moral di kalangan pemimpin Umno/BN.

"Bukan saya marah 1Malaysia, tapi jangan tulis 1Malaysia besar-besar tapi pengisian tidak tepat. Di negeri saya (Terengganu) contohnya, banyak sekolah didirikan di pedalaman tapi tiada pelajar. Ada kelas yang langsung tidak ada pelajar disebabkan kroni-kroni Umno/BN berebut untuk mendapatkan projek sehingga berlakunya lebihan sekolah.

"Tetapi ada pula di kawasan yang padat penduduk tapi sekolah tidak mencukupi. Bilik darjahnya tak cukup, makmal komputer runtuh kerana masih ada salah urus, rasuah yang perlu disiasat," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan terdahulu bertanggungjawab terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan yang berleluasa hari ini kerana ianya diwarisi oleh mereka.

"Perkara ini berlaku dalam era pemerintahan yang lalu. Jadi kerajaan hari ini harus berani menyatakan kesalahan pemimpin yang lalu," katanya.

Beliau menambah, slogan 1Malaysia akan juga menjadi seperti slogan yang terdahuliu jika kerajaan hanya memikirkan slogan pada zahirnya, tanpa berusaha meningkatkan mutunya.

"Media yang hanya mengiklankan 1Malaysia, sehingga salam pun 1Malaysia, bukan mengisi modal insan akan menyebabkan slogan 1Malaysia menerima nasib yang sama dengan slogan yang terdahulu," katanya.

Ustaz Abdul Hadi turut menyentuh mengenai media yang semakin tidak bermutu kerana lambakan rancangan hiburan yang melampau, mendahului fungsinya sebagai penyebar ilmu dan maklumat kepada rakyat.

"Media ialah alat mengilmukan rakyat tapi sekarang ini media dipenuhi oleh hiburan yang melampau. Media bukan lagi menjadi alat untuk kita mendapatkan ilmu yang berfaedah sebaliknya hanya menjadi penting ketika adanya pilihan raya kerana media digunakan Umno/BN untuk memenangkan mereka.

“Rakyat sedang diperbodohkan kerajaan melalui media dengan menyiarkan iklan-iklan yang melampau menjadikan rakyat lebih berkhayal di alam impian daripada berilmu dan beramal di alam nyata," katanya.

Menyentuh mengenai sistem kehakiman pula, Beliau berkata, sehingga kini sistem itu di Malaysia belum mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada rakyat.

"Betapa besarnya bidang kehakiman, sehingga Islam meletakkannya dalam perkara fardu kifayah dan menjadi perkara fardu ain pula kepada pengamalnya. Oleh sebab itu, Islam meletakkan sistem ini terpisah dengan sistem lain," katanya.

Harakahdaily.net/-