24 Mac 2010

Minta fatwa hukum bayar RM60 juta pada syarikat Yahudi

7 Rabiulakhir 1431H
Angkasanuri

Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat akan menentukan tindakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kenyataan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa 1Malaysia sama dengan 1Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Dakwaan ini kerana kerajaan 1Malaysia dikatakan membayar kira-kira RM 60 juta untuk menjual jenama 1Malaysia kepada APCO Worlwide konsultan milik Yahudi yang sama digunakan oleh Ehud Barak.

Sehingga hari pemimpin Umno-BN hanya melenting dan marah-marah apabila 1Malaysia disamakan dengan 1Israel.

Tetapi sehingga hari ini belum ada satupun kenyataan penafian bahawa kerajaan 1Malaysia ada membayar kepada APCO Worldwide.

Dr. Yusof Al Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa adalah haram melawat negara haram yahudi itu kerana akan membantu ekonomi mereka.

Justeru itu saya teringin mendengar fatwa terutama dari Menteri di JPM Datuk Jamil Khir dan Mufti Perak Tan Sri Harussani apa hukumnya membayar Rm 60 juta kepada syarikat milik yahudi. Maklumlah saya ni belajar agama tak tinggi.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KITA TANYA DATO' SERI HARUSANI DULU, SEBAB YANG BUAT KERJA NI KAWAN UMNO NYA. KOT-KOT HARUS.

Tanpa Nama berkata...

apa lg dato dua kali harus...jwb ler..apasal senyap??? kata perjuangkan islam...jwb la dato mufti dua kali harus...

Tanpa Nama berkata...

BUKAN LAGI DATO' SRI HARUSSANI TAPI TAN SRI HARUSSANI.

UMNO BUAT APA SAJA PUN TAK APA, JANGAN RISAULAH, MESTI HALAL PUNYA SEBAB UMNO KAN PEJUANG ISLAM DAN BANGSA MELAYU TERULUNG DI MALAYSIA, DULU KINI DAN SELAMA2NYA.

ISLAM SEMAKIN MAJU DI MALAYSIA DAN DI IKTIRAF OLEH NEGARA2 SEKULAR SEBAGAI NEGARA ISLAM, SEBAB ITULAH DATIN-DATIN UMNO PAKAI TUDUNG RAMBUT KELUAR TERJULUR TINGGI KE ATAS SIAP KALER LAGI DAN MEKAP TEBAL 4 INCHI.

KELAB2 MALAM DAN DISKO, RUMAH URUT, JENAYAH MAKIN TINGGI, ANAK LUAR NIKAH YG DIBUANG DI MERATA TEMPAT MENUNJUKKAN NEGARA KITA SEMAKIN MAJU SETARAF SEBAGAIMANA NEGARA MAJU EROPAH AMERIKA TAPI IKUT ACUAN KITA SENDIRI.

IMEJ NEGARA KITA MESTI MAKIN TERKENAL KALAU KITA PAKAI PERUNDING IMEJ YAHUDI NI,SEBAB DAH TERBUKTI MASA EHUD BERAK MENYEMBELIH RAKYAT PALESTIN, 1 DUNIA TAHU.

PENINGKATAN IMEJ SECARA MEE SEGERA INI PENTING BAGI SEBUAH NEGARA ISLAM YG AHLI2 POLITIKNYA RAMAI YG KETAGIH ARAK DAN JUDI MCM MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

klau tanya dia.. dia misti jawab halalam...