8 Rabiulakhir 1431H.
Balik dari lawatan ke Mesir, Jordan dan UK saya terbaca berita bagaimana penyokong kerajaan semasa berbahas di Parlimen kelmarin menyifatkan tindakan orang Melayu membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai perbuatan paling biadap terhadap bangsanya sendiri.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) nampaknya cuba menjadi jagoh Melayu semasa perbahasan di Parlimen kelmarin. namun mereka berdua lupa bahawa yang lebih parah ialah pemimpin Melayu UMNO lah yang mereka dokong sekarang adalah penghianat bangsa dan bahasa Melayu. Merekalah yang telah menghapuskan tulisan Jawi dan menafikan pengunaan bahasa melayu dalam PPSMI yang semua sudah maklum.
Aziz mendakwa akhbar itu merupakan lidah rasmi bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan dahulu tetapi malangnya, akhbar itu kini dihina oleh orang Melayu sendiri. Dia menyifatkan tindakan itu sebagai biadap.
Kalau membakar Utusan dianggap biadap apakah tahap bahasa yang boleh dikatakan kepada pemimpin UMNO yang khianat kepada bahasa melayu dan tulisan jawi? Tentunya budak kecilpun faham bahawa bakar Utusan tentunya masih ada yang belum dibakar, malah bakar hari ini ia akan terbit lagi esoknya. Tambahan pula yang bakar bukannya semua.
Tetapi tindakam membunuh artinya mematikan Bahasa Melayu, itulah yang lebih dasyat dan mengerikan. Bunuh bahasa artinya membunuh identiti bangsa tersebut, malah terlebih dasyat bila ianya dibunuh oleh pemimpin Melayu sendiri. Kalau dia dibunuh oleh Inggeris dan Jepun saya rasa wajar kerana dia adalah penjajah satu masa dulu, tetapi bila penjajah itu sudah balik ke negara sendiri orang Melayu sendiri membunuh bahasanya.
Nampaknya perangai pemimpin UMNO sekarang ini semakin melampau dan cuba untuk menipu rakyat kononnya mereka adalah jagoh dalam membela orang Melayu seperti kata pepatah macam ayam jantan berkokok namun punggung penuh dengan tahi.
Dalam kontek lain UMNO terus menaja pemikiran sempit dan menipu rakyat bahawa merekalah yang mampu meneruskan agenda pembangunan negara.
Itulah pemimpin UMNO yang sentiasa berdrama kepada rakyat kononnya jagoh sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
“Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan UMNO. Malah orang Melayu sehingga beranggapan UMNOlah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.” Tegas beliau. (Sila lihat HARAKAH 4 Mei 2008).
UMNOlah, sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.
“…UMNOlah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telahmengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah,” kata Presiden PAS lagi.
Demikian UMNO yang akan semakin reput dan ditelan zaman, saya yakin pembohongan UMNO semakin menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO dan pemimpin UMNO. Rakyat akan menolak UMNO dan BN di masa akan datang. Walau apapun lakonan yang meraka telah, sedang dan akan lakonkan, saya yakin rakyat sudah tahu UMNO adalah penipu dan pembohong yang sebenarnya.

2 ulasan:
ahli umno lah yang membakar syarikat qalam kerna x setuju dgn kandungan majalah Qalam yg x mgikut kehendak kerajaan...
alah bodohnya dan rendahnya tahap pemikiran manusia yang dipilih rakyat menjadi ahli parlimen
tilik diri sendiri dululah, bahasa melayu yang digunakan masa berbahas di parlimen tu dah betul ker? kadang-kadang sebutan yang digunakan oleh sri gading dan kinabatangan bunyi macam boyan dengan filipina jer????
Catat Ulasan