3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegar barat Greece awal hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi itu pada mulanya dilaporkan sebagai 6.4 magnitud, 122 kilometer barat Patras dan pada kedalaman 13.7 kilometer.
03 Februari 2014
Warga emas maut, 11 cedera kemalangan tiga kenderaan di Melaka
3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
MELAKA: Seorang warga emas maut manakala 11 termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Raya AMJ (Air Keroh-Melaka-Jasin) dekat Bukit Lintang di sini, awal pagi ini.
Musa Tahir, 62, maut di tempat kejadian akibat patah tulang belakang dan rusuk dalam kemalangan kira-kira jam 1.00 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata ketika kejadian, kenderaan jenis Perodua Alza dinaiki Musa bersama anak perempuan berusia 28 tahun dan dua lagi ahli keluarganya sedang dalam perjalanan dari bandaraya Melaka menuju ke Muar, Johor.

UMCEDEL ramal Anwar menang besar di DUN Kajang
3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar), berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu.
Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.
Aliran trafik ke ibu negara perlahan dan sesak
3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan mula perlahan dan sesak tengah hari ini ketika orang ramai pulang susulan cuti sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi Bernama berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam ini.
Menurutnya, kesesakan lalu lintas berlaku di laluan Port Dickson ke Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban, sebelum Tol Juru menuju ke Tambun, Kuala Kangsar ke R&R Sungai Perak, dan dari Ipoh ke Simpang Pulai.
Trafik perlahan di kebanyakan lebuh raya
3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Trafik dilaporkan masih bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya malam tadi berikutan ramai warga kota pulang selepas cuti panjang bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad berkata di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, trafik bergerak agak perlahan di lima laluan setakat 9.30 malam, iaitu dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Simpang Pulai ke Gua Tempurung, Sungkai ke Slim River, Bertam ke Sungai Dua dan Changkat Jering ke Terowong Menora.

Pegawai pengundian tak muncul, bimbang keselamatan
3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
BANGKOK, - Pilihan raya berjalan lancar di kebanyakan wilayah di Thailand hari ini, sekalipun pemprotes anti-kerajaan menyekat kertas undi daripada sampai ke pusat-pusat mengundi.
Dalam sesetengah hal, pegawai pengundian dilaporkan tidak muncul kerana khuatirkan keselamatan diri mereka.
Pengundian diadakan di 89.2 peratus daripada 93,532 pusat mengundi di seluruh negara, dan tidak ada kejadian keganasan dilaporkan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Supachai Phucharoen pada sidang akhbar tengah hari ini selepas pusat pengundian ditutup.

Penunjuk perasaan kacau pilihan raya
3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Bangkok: Penunjuk perasaan antikerajaan menghalang proses pengundian di berpuluh-puluh kawasan pada pilihan raya Thailand yang berlangsung di dalam keadaan tegang semalam dibayangi dengan pertumpahan darah, boikot oleh pembangkang dan kebimbangan krisis politik berterusan.
Walaupun demonstrasi jalanan sejak berminggu-minggu bertujuan memaksa beliau meletak jawatan, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dijangka terus meluaskan kuasa keluarganya dengan memenangi undian semalam.

Langgan:
Catatan (Atom)