01 April 2011

SU Agung PAS : Persiapan Muktamar PAS berjalan lancar


27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pemilihan PAS pusat pada tahun ini dijangka menyaksikan saingan sengit apabila semua jawatan tertinggi parti itu akan dipertandingkan pada Muktamar ke-57 yang akan berlangsung Jun ini. Muktamar tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun 2011 di Markas Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pencalonan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan sudah bermula sejak bulan lepas. “Kita sudah ada terima pencalonan, tapi saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana masih terlalu awal. “Pencalonan dan mesyuarat PAS di peringkat kawasan dan cawangan sudah pun bermula dan saya jangka ia akan berakhir pada penghujung April ini. Selepas itu kita akan kira dan umumkan siapa yang layak bertanding,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan jawatankuasa pemilihan PAS menjelang Muktamar ke-57. Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, setiap calon layak bertanding apa jua jawatan dalam PAS dengan memperoleh dua pencalonan sahaja. “Kita tidak ada sekatan dalam parti. Kalau ada orang nak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh, yang penting dia perlu dapat sekurang-kurangnya dua pencalonan,” katanya.

PAS mempunyai 171 Kawasan di seluruh negara dan setiap Kawasan perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Jawatan yang lain ialah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi tetap dan 2 orang pemeriksa kira-kira.

ADUN Lenggeng dijatuh hukuman 3 tahun penjara

27 Rabiulakhir 1432H.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim (tengah) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan mengorek pasir dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Seremban, Jumaat

RON 97 naik lagi,Hadiah bulan April untuk rakyat Malaysia

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kelmarin saya menerima sms memaklumkan harga minyak diesel dan Ron95 yang dijangkakan naik namun ianya meleset. Namun semuanya terjawab dengan kenaikan harga Ron97 pada tengah malam ini.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Pecat Bung Moktar jika BN hormati wanita

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 April: DAP mencabar Barisan Nasional (BN) memecat anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin jika benar parti itu menghormati wanita.

Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, sehingga kini Bung Mokhtar tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang menghina wanita di Dewan Rakyat pada 28 Mac lepas.

Dalam kenyataanya, Bung Mokhtar berkata, pemandu wanita menjadi punca dan penyebab kemalangan jalan raya.

Ekoran itu, anggota Parlimen wanita Pakatan Rakyat yang diketuai Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, anggota Parlimen Titiwangsa membuat sidang media membantah Bung Moktar.

Turut tidak bersetuju dengan pandangan Bung Moktar adalah isteri barunya, Zizie Izette. Zizie berkata, jika itu pandangan Bung beliau tertanya-tanya, apakah beliau memandu dengan bahaya.

"Ini bukan pertama kali Bung Moktar menghina wanita dengan kenyataan-kenyataannya. Sebelum ini pada tahun 2007, dia telah memohon maaf kepada MP Batu Gajah, Fong Po Kuan apabila berkata dia bocor setiap bulan apabila bercakap soal bumbung Parlimen bocor walaupun sudah menelan belanja RM100 juta," kata Lim Guan Eng.

Statistik menunjukkan bukan pemandu wanita yang menjadi punca kemalangan jalan raya tetapi pemandu lelaki lebih banyak menjadi punca kemalangan.

"Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (Miros) pada tahun 2009 menunjukkan kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lelaki 2.4 kali lebih banyak dari pemandu wanita," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataannya.

Bagi menghadapi serangan ekoran kenyataannya, Bung Moktar meminta Parlimen memberikan perlindungan kepadanya.

Dalam Dewan Rakyat, beliau mendakwa beliau menghadapi 'ganguan seksual' daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.

Dakwanya, kenyataan beliau “diputar belitkan oleh pihak pembangkang” bagi menunjukkan sikapnya yang seksis.

“Selepas kenyataan saya diputar belitkan, saya menjadi fokus wanita di negara ini, termasuk kumpulan-kumpulan wanita.

“Saya mohon bantuan speaker kerana ini ganguan seksual ke atas saya,” katanya semasa perbahasan soalan tambahan.

Harakahdaily/-

Muhyiddin usah jadi 'raja temberang'

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Tan Sri Muhyiddin Yasin dinasihatkan menyelesaikan dahulu masalah lambakan guru opsyen Sains dan Matematik yang didakwa lebih 26,000 orang sebelum membuat apa-apa janji manis kepada rakyat Sarawak.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Menteri Pelajaran itu tidak perlu untuk menjadi 'raja temberang' dalam kempen Pilihan Raya Sarawak nanti seolah-olah beliau seorang menteri yang bertaraf dunia.

"Persoalannya bagaimana boleh terjadi? Kalau dengar ucapan Tan Seri Muhyiddin seolah-olah mutu dan pentadbiran Kementerian Pelajaran semacam bertaraf dunia. Sekarang beliau sibuk janji bermacam-macam projek di Sarawak sehingga sanggup mengatakan mereka yang menentang BN di Sarawak hantu dan jembalang.

"Beliau juga jangan jadi raja temberang pula sepanjang kempen di Sarawak. Kita akan tengok sekolah di Sarawak yang cukup dhaif dan tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup menyedihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat.

Mereka didakwa terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.

"Apa kerja Tan Sri Muhyiddin yang menjaga Kementerian Pelajaran? Kenapa beliau tidak arahkan buat unjuran setiap keperluan guru, sehingga berlaku lambakan guru Sains dan Metematik?

"Mungkin beliau tidak sempat memantau Kementerian Pelajaran kerana sibuk berpolitik dan menziarahi surau dan solat berjamaah di dalam negeri Selangor, sebagai operasi tawan Selangor," tambah beliau lagi.

Katanya lagi, ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu.

Guru terbabit juga katanya mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik, namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa.

Harakahdaily/-

Ratusan Mayat Di Zon Larangan Nuklear Jepun

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

HONG KONG: Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan yang dikeluarkan pada Khamis.

Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan.

Mayat itu sudah "terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian", kata laporan itu memetik sumber. Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi.

Kira-kira 28,000 orang disahkan mati atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP

Video seks: Umno yang tutup mulut mufti

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut.

"Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri.

"Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

"Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi.

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar Umno itu.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani.

Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi.

Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'.

Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut.

Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat adalah Umno dan media mereka.

"Saya cabar RTM, TV3 dan kahbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukum larangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Lawatan Mahabbah Dewan Pemuda PAS Kuala Krai ke Dun Dabong

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS telah mengadakan satu lawatan mahabbah ke Dun Dabong dan bertemu mesra dengan jentera Pemuda PAS Dun Dabong pada 28 Mac 2011. Program tersebut diadakan di Taman Rekreasi Gua Ikan. Ianya bermula pada pukul 7.00 malam.





Selain daripada sesi beramah mesra, dalam majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian peralatan sukan kepada pemuda di setiap cawangan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mahadi Mat Zin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Oleh : Mr. President






























Khalil Idham : Rakyat Sarawak Perlu Letak Syarat Kepada BN

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 1 April :- Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata bahawa BN selalu menyatakan ia sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat dan selalu sayang rakyat tetapi sentiasa dengan bersyarat supaya menangkan calon BN terlebih dahulu.

“Dalam perkembangan terbaru ini menjelaskan bahawa rakyat tidak perlu sayang kepada kerajaan BN , baginya rakyat Sarawak mestilah bertekad dengan menghukum BN terlebih dahulu dalam pilihanraya kali ini” katanya ketika ditemui di sini.

"Rakyat Sarawak perlu meletakkan syarat kepada BN bahawa sekali ini peluang akan diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk 5 tahun akan datang" katanya

Tambahnya dalam konteks politik di Malaysia situasi menang-menang antara rakyat dan kerajaan belum berlaku lagi. Baginya rakyat terus dihimpit dengan kesusahan dan kenaikan harga barang selepas habis pilihanraya.

"Selain itu rakyat dihimpit dengan pelbagai akta dan undang-undang khususnya dalam hal berhimpun dan bebas bersuara" katanya.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, PR komited dan bersungguh mewujudkan situasi menang-menang dalam amalan pentadbiran di Malaysia. Ini telah dibuktikan di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat

Khalil juga menjelaskan di Sarawak, persoalan adakah BN sayang terhadap rakyat sudah boleh di muziumkan kerana ia mustahil direalisasikan berikutan hak rakyat di negeri itu telah dinafikan untuk ke sekian lama.

“Rakyat merana sudah puluhan tahun, kemudian apabila menjelang pilihanraya wujud pula janji untuk selesaikan masalah, selepas itu janji hanya tinggal janji dan rakyat perlu tunggu 5 tahun lagi untuk mendengar janji yang sama,” katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan demokrsi yang dilaung-laung sebenarnya hanya satu pembohongan, buktinya ceramah anjuran Pakatan Rakyat dikenakan sekatan yang amat hebat sekali.

Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan Sikap “double standard” BN terhadap rakyat bukan perkara baru, justeru perkara ini perlu kan perubahan segera.

“Rakyat mempunyai pilihan, maka medium pilihanraya adalah medan yang terbaik bagi rakyat menghukum BN dan memilih Pakatan Rakyat bagi memastikan kehidupan rakyat terjamin untuk 5 tahun akan datang” ujarnya.

Sebagai kerajaan menanti, Pakatan rakyat konsisten untuk mengembalikan autunomi kepada Sarawak sebagaimana yang disebutkan dalam Perjanjian Persekutuan.

Rakyat Sarawak selama ini tidak mendapat laba dari keuntungan minyak Negara dimana royalti 5% yang diamalkan masa kini tidak wajar dan memerlukan kajian semua, Pakatan Rakyat berjanji akan menaikkannya kepada 20% setelah berada di Putrajaya.

“Ini janji Pakatan Rakyat andai berjaya mentadbir Malaysia, dan gelombang itu perlulah dimulai dengan perubahan Sarawak oleh rakyatnya bagi menyelamatkan Malaysia dari BN,” katanya ketika menutup sesi temuramah.

Oleh : Hafizi Pauzi

MAHALNYA NILAI UKHUWWAH ISLAMIYYAH

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan Yang mempersatukan hati-hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah mempersatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal: 63)

Ayat diatas mengingatkan kita kepada sebuah kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam . Yaitu kisah perseteruan antara suku Aus dan suku Khazraj di daerah Yatsrib (Madinah). Perseteruan antara kedua suku tersebut telah berlangsung berpuluh-puluh tahun lamanya yang telah banyak memakan korban jiwa dan harta. Kemudian datanglah Islam, dan masuklah cahaya Islam ke dalam hati orang-orang Aus dan Khazraj. Maka terwujudlah ikatan persaudaraan dan persatuan di bawah naungan panji Islam sekaligus menghapus semangat jahiliyah serta permusuhan diantara mereka.

Asy-Syaikh As-Sa’dy rahimahulloh menyatakan tentang ayat diatas: “Maka mereka pun berkumpul dan bersatu serta bertambah kekuatan mereka dengan sebab bergabungnya mereka. Dan hal ini tidaklah terjadi karena usaha salah seorang diantara mereka dan tidak pula oleh suatu kekuatan selain kekuatan dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala.

Maka kalau seandainya kamu menginfakkan seluruh harta yang ada di muka bumi dari emas dan perak serta selain keduanya dalam rangka untuk menyatukan mereka yang bercerai-berai dan saling berselisih, niscaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka. Karena tidaklah ada yang mampu untuk menyatukan hati-hati (manusia) kecuali hanya Allah Subhanallahu wa Ta’ala semata.” (Tafsir As-Sa’dy, hal.325)

Keutamaan Ukhuwwah

Ukhuwwah merupakan anugerah yang agung dan mahal dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Dan ini merupakan nikmat dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala kepada para hamba-Nya yang mukmin, sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dan ingatlah akan nikmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala kepada kalian ketika kalian dahulu (pada masa Jahiliyah) saling bermusuhan, maka Allah Subhanallahu wa Ta’ala mempersatukan hati-hati kalian, lalu menjadilah kalian karena nikmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala, orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah Subhanallahu wa Ta’ala menyelamatkan kalian dari padanya.” (Ali Imran: 103)

Sebagian ulama ahli tafsir berkata tentang firman Allah Subhanallahu wa Ta’ala dalam ayat tersebut: “Di dalamnya terdapat isyarat bahwa tumbuhnya ukhuwwah dan mahabbah (kecintaan) antara kaum mukminin adalah semata-mata karena keutamaan dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala.”

Dan disabdakan pula oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sebuah hadits:

“Sesungguhnya Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan berkata nanti pada hari kiamat: ‘Dimanakah orang-orang yang menjalin persaudaraan karena-Ku, maka pada hari ini Aku akan menaunginya pada hari dimana tidak ada sebuah naungan kecuali hanya naungan-Ku’.” (HR. Muslim)

Hak-hak di dalam Ukhuwwah

Setelah kita mengetahui betapa agung dan mahalnya nilai sebuah ukhuwwah, maka kita harus berusaha semaksimal mungkin agar anugerah dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala tersebut tetap terjaga dan terpelihara pada diri kita.

Diantara usaha yang harus ditempuh agar ukhuwwah tersebut tetap terjaga pada diri kita, maka kita perlu memperhatikan hak-hak dalam ukhuwwah. Hak-hak tersebut adalah:

1. Hendaklah ia mencintai saudaranya semata-mata karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan bukan karena tujuan-tujuan duniawi.

Hendaklah kita mengikhlaskan niat di dalam ukhuwwah, kita mencintai saudara kita karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala dan bukan karena tujuan-tujuan duniawi. Jika seseorang mencintai saudaranya karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala, maka kecintaan tersebut akan tetap lestari.

Jika ia melakukannya karena tujuan duniawi, maka lambat laun kecintaan tersebut akan pupus di tengah jalan. Disebutkan dalam sebuah hadits yang shahih tentang 3 hal yang bila ketiganya ada pada diri seseorang, maka ia akan merasakan manisnya keimanan. Salah satu diantaranya adalah:

“…Dan yang ia mencintai saudaranya, tidaklah ia mencintainya kecuali karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala…” (Muttafaqun ‘alaihi)

2. Lebih mendahulukan untuk membantu saudaranya dengan apa yang mampu dari jiwa dan harta daripada dirinya sendiri.

Tidak diragukan lagi bahwa dalam kehidupan bermasyarakat, masing-masing individu memiliki strata sosial yang berbeda-beda. Antara yang satu dengan yang lainnya saling membantu. Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin membantu yang kaya.

Yang memiliki kedudukan akan membantu orang yang tidak memiliki kedudukan, dan sebagainya. Semua ini adalah sebuah ketetapan Allah Subhanallahu wa Ta’ala atas para hamba-Nya. Jika memang demikian keadaannya, maka diantara hak dalam ukhuwwah sesama muslim adalah membantu saudaranya dengan mencurahkan apa yang ia mampu dari potensi yang ada pada dirinya atau harta yang dimilikinya.

Hakikat dari persaudaraan adalah lebih mendahulukan kepentingan saudaranya daripada kepentingan dirinya sendiri (Al-Itsar). Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memuji sifat orang-orang Anshar yang lebih mengutamakan kebutuhan orang-orang Muhajirin padahal mereka sendiri sangat membutuhkan, sebagaimana firman-Nya (artinya):

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan.” (Al-Hasyr: 9)

Sifat “Al-Itsar” termasuk dari hak ukhuwwah yang hukumnya mustahab (sunnah). Jika seseorang bisa meraih sifat tersebut, maka sungguh hal itu merupakan kebaikan baginya. Namun bila tidak bisa meraihnya, maka paling tidak ia berusaha untuk membantu saudaranya dengan jiwa dan hartanya.

Sebagian ulama telah mengatakan: “Sesungguhnya termasuk dari adab dalam membantu saudaranya adalah hendaklah ia tidak menunggu sampai saudaranya meminta bantuan sesuatu kepadanya, namun hendaklah ia yang memulai untuk mencari apa yang dibutuhkan saudaranya yang dicintainya karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala.”

Diceritakan pada zaman dahulu bahwa sebagian ulama mencari informasi tentang sesuatu yang dibutuhkan oleh saudaranya tanpa saudaranya tersebut mengetahuinya. Kemudian setelah itu, ia memasukkan harta ke dalam rumah saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya.

Sebagaimana kisah Ar-Rabi’ bin Khutsaim rahimahulloh. Suatu ketika, ia memerintahkan keluarganya untuk membuatkan makanan yang terbaik dari makanan yang ada. Maka dibuatlah makanan tersebut.

Kemudian setelah itu pergilah Ar-Rabi’ rahimahulloh dengan membawa makanan tersebut ke rumah seorang laki-laki mukmin yang buta, bisu dan tuli. Maka diberikanlah makanan tersebut dan segera disantap sampai kenyang. Padahal laki-laki tersebut tidak pernah mengeluhkan kebutuhannya kepada Ar-Rabi’ rahimahulloh. Demikianlah akhlak para ulama salaf.

3. Menjaga kehormatan dan harga diri saudaranya.

Ini termasuk dari inti dan hak yang agung dalam ukhuwwah. Sesungguhnya Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan kepada umatnya untuk menjaga kehormatan sesama muslim. Disebutkan dalam sebuah riwayat dari shahabat Abu Bakrah radliyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda dalam khutbahnya di hari ‘Arafah pada saat haji Wada’:

“Sesungguhnya darah-darah kalian dan harta-harta kalian serta kehormatan-kehormatan kalian haram atas kalian….” (HR. Al-Bukhari & Muslim)

Kehormatan seorang muslim terhadap muslim yang lainnya adalah haram secara umum. Realisasi dalam hal ini ialah seperti:

1. Tidak menyebutkan ‘aib saudaranya, baik ketika ia hadir dihadapannya maupun ketika tidak ada.

2. Tidak mencampuri urusan pribadinya.

3. Menjaga rahasianya.

4. Menjauhi prasangka buruk terhadap saudaranya.

Hukum asal seorang muslim adalah taat kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala, bersifat jujur, dan baik. Maka kita harus berbaik sangka kepada saudara kita, dan harus menjauhi prasangka buruk, karena dengan berprasangka buruk, kita bisa jatuh kedalam perbuatan dosa. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah melarang perbuatan tersebut dalam firman-Nya (artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa.” (Al-Hujurat: 12)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Hati-hatilah kalian dari prasangka, karena prasangka itu adalah sedusta-dusta ucapan.” (HR. Al-Bukhari & Muslim)

Umar bin Khattab radliyallahu ‘anhu berkata: “Janganlah kalian berprasangka buruk terhadap sebuah kalimat yang keluar dari saudaramu, sementara memungkinkan bagimu untuk membawa kalimat tersebut ke arah kebaikan.” (Riwayat Ahmad, Az-Zuhd)

Abdullah bin Al-Mubarak rahimahulloh berkata: “Bagi seorang mukmin, diberikan kepadanya berbagai kemungkinan alasan yang dapat dimaafkan.”

Maka jangan sampai kita membuka peluang bagi setan untuk masuk kemudian menghembuskan sesuatu yang buruk kepada diri kita, sampai akhirnya berhasil memecah belah persaudaraan sesama muslim.

5. Menjauhi perdebatan dengan saudaranya.

Sesungguhnya perdebatan akan menghilangkan sifat mahabbah (saling mencintai) dan persahabatan. Dan akan mewariskan kemarahan, dendam dan pemutusan ukhuwwah.

Maka meninggalkan sikap perdebatan merupakan tindakan yang terpuji. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada di pihak yang salah, maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di surga paling bawah. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sementara ia berada pada pihak yang benar, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di tengah surga…” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Diantara sebab yang mendorong seseorang untuk melakukan perdebatan adalah dalam rangka memperoleh kemenangan, agar ia dikatakan sebagai seorang yang pintar dan paling benar pendapatnya, dan kurangnya penjagaan terhadap tergelincirnya lisan pada dirinya. Kesemuanya itu merupakan sikap yang tidak terpuji.

6. Mengucapkan kalimat-kalimat yang baik kepada saudaranya.

Realisasi dalam hal ini ialah seperti:

1. Mengatakan kepada saudaranya: “Aku mencintaimu karena Allah Subhanallahu wa Ta’ala.”

2. Memuji saudaranya ketika tidak ada di hadapannya.

3. Mengucapkan terima kasih atas kebaikan saudaranya tersebut.

7. Memaafkan atas kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh saudaranya.

Setiap orang pasti memiliki kesalahan. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam :

“Setiap keturunan Adam (manusia) pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah no. 4251)

8. Merasa gembira dengan kenikmatan yang Allah Subhanallahu wa Ta’ala berikan kepada saudaranya.

Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memberikan keutamaan dan kelebihan yang berbeda pada masing-masing orang. Baik dalam hal kepemilikan harta, keilmuan, banyak melakukan amalan-amalan ibadah, kebaikan akhlaknya dan lain sebagainya.

Kita patut merasa gembira dengan nikmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala yang diberikan kepada saudara kita baik dari sisi harta, ilmu, semangat dalam beribadah, dan lain-lain. Kita harus menghilangkan sifat hasad (iri, dengki) terhadap keutamaan yang diberikan oleh Allah Subhanallahu wa Ta’ala kepada saudara kita.

9. Saling membantu dengan saudaranya dalam perkara-perkara kebaikan.

Sungguh Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memerintahkan yang demikian dalam firman-Nya (artinya):

“Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

10. Bermusyawarah dan bersikap lemah lembut terhadap saudaranya.

Janganlah salah seorang diantara mereka bersendirian dalam memutuskan suatu perkara, namun hendaklah saling bermusyawarah. Allah Subhanallahu wa Ta’ala telah memerintahkan hal tersebut dalam firman-Nya (artinya):

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Asy-Syuura: 38)

Maka kita memohon kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala agar menjadikan kita semua termasuk dari orang-orang yang saling tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, saling nasehat-menasehati dalam kebenaran dan kesabaran, serta menjadikan persaudaraan kita semata-mata karena mengharap ridho-Nya.

Dan semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala memberikan taufik-Nya kepada kita, karena sesungguhnya tidak ada daya dan upaya pada diri kita, kecuali kekuatan dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala. Ämïn yä Rabbal ‘Älamïn. Wallahu Ta'ala a'lam. [http://www.buletin-alilmu.com/mahalnya-nilai-ukhuwwah-islamiyyah-persaudaraan-sesama-muslim ]

SMG BERMANFA'AT UTK KEBAHAGIAAN DI DUNIA & KEJAYAAN DI AKHIRAT.

Cerita Abu Qudamah (Kisah teladan)

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Abu Qudamah dahulu dikenal sebagai orang yang hatinya dipenuhi kecintaan akan jihad fi sabilillah. Tidak pernah dia mendengar akan jihad fi sabilillah, atau adanya perang antara kaum muslimin dengan orang kafir, kecuali dia selalu ikut serta berjuang di pihak kaum muslimin.

Suatu ketika sedang ia duduk-duduk di Masjidil Haram, ada seseorang yang menghampirinya seraya berkata: "Hai Abu Qudamah, anda adalah orang yang gemar berjihad di jalan Allah, maka ceritakanlah peristiwa paling ajaib yang pernah kau alami dalam berjihad."

"Baiklah, aku akan menceritakannya bagi kalian," kata Abu Qudamah.

"Suatu ketika aku berangkat bersama beberapa sahabatku untuk memerangi kaum Salibis di beberapa pos kawalan dekat sempadan. Dalam perjalanan itu aku melalui kota Raqqah (sebuah kota di Iraq, dekat sungai Eufrat).

Di sana aku membeli seekor unta yang akan kugunakan untuk membawa persenjataanku. Di samping itu aku mengajak warga kota melalui masjid-masjid, untuk ikut serta dalam jihad dan berinfaq fi sabilillah.

Menjelang malamnya, ada orang yang mengetuk pintu. Tatkala kubukakan, ternyata ada seorang wanita yang menutupi wajahnya dengan pakaiannya.

"Apa yang anda inginkan?" tanyaku.
"Andakah yang bernama Abu Qudamah?" katanya balik bertanya.
"Benar," jawabku.

"Andakah yang hari ini mengumpulkan dana untuk membantu jihad di perbatasan?" tanyanya kembali.

"Ya, benar," jawabku.
Maka wanita itu menyerahkan secarik kertas dan sebuah bungkusan terikat, kemudian berpaling sambil menangis.

Pada kertas itu tertulis, "Anda mengajak kami untuk ikut berjihad, namun aku tidak sanggup untuk itu. Maka kupotong dua pintal rambut kesayanganku (1)­­ agar anda jadikan sebagai tali kuda Anda. Kuharap bila Allah melihatnya pada kuda Anda dalam jihad, Dia mengampuni dosaku kerananya."

"Demi Allah, aku kagum atas semangat dan kegigihannya untuk ikut berjihad, demikian pula dengan kerinduannya untuk mendapat ampunan Allah dan Syurga-Nya," kata Abu Qudamah.

Keesokan harinya, aku bersama sahabatku berangkat meninggalkan Raqqah.
Tatkala kami tiba dimedan Maslamah bin Abdul Malik, tiba-tiba dari belakang ada seseorang penunggang kuda yang memanggil-manggil,

"Hai Abu Qudamah.. Hai Abu Qudamah.. tunggulah sebentar, semoga Allah merahmatimu," laung orang itu.

"Kalian berangkat dahulu, biar aku yang mencari siapa orang ini," perintahku kepada para sahabatku.

Ketika aku hendak menyapanya, orang itu mendahuluiku dan mengatakan, "Segala puji bagi Allah yang mengizinkanku untuk ikut bersamamu, dan tidak menolak penyertaanku."

"Apa yang kau inginkan?" tanyaku.
"Aku ingin ikut bersamamu memerangi orang-orang kafir," jawabnya.

"Perlihatkan wajahmu, aku ingin lihat, kalau engkau memang cukup dewasa dan wajib berjihad, akan aku terima. Namun jika masih kecil dan tidak wajib berjihad, terpaksa kutolak." kataku.

Ketika ia menyingkap wajahnya, tampaklah olehku wajah yang putih bersinar bak bulan purnama. Ternyata ia masih muda belia, dan umurnya baru 17 tahun.

"Wahai anakku, apakah kamu memiliki ayah?" tanyaku.
"Ayah terbunuh di tangan kaum Salibis dan aku ingin ikut bersamamu untuk memerangi orang-orang yang membunuh ayahku," jawabnya.

Bagaimana dengan ibumu, masih hidupkah dia?" tanyaku lagi.
"Ya," jawabnya.
"Kembalilah ke ibumu dan jagalah ia baik-baik, kerana syurga ada di bawah telapak kakinya," pintaku kepadanya.

"Kau tidak kenal ibuku?" tanyanya
"Tidak," jawabku.

"Ibuku ialah pemilik amanah itu," katanya.
"Amanah yang mana," tanyaku
"Dialah yang mengamanahkan tali kuda itu," jawabnya.
"Tali kuda yang mana?" tanyaku kehairanan.

"Subhanallah..!! Alangkah pelupanya Anda ini, tidak ingatkah Anda dengan wanita yang datang malam tadi menyerahkan seutas tali kuda dan bingkisan?"
"Ya , aku ingat," jawabku.

"Dialah ibuku! Dia menyuruhku untuk berjihad bersamamu dan mengambil sumpah dariku supaya aku tidak kembali lagi," katanya.

"Ibuku berkata, "Wahai anakku, jika kamu telah berhadapan dengan musuh, maka janganlah kamu melarikan diri. Persembahkanlah jiwamu untuk Allah.
Mintalah kedudukan di sisi-Nya, dan mintalah agar engkau ditempatkan bersama ayah dan bapa saudaramu di Jannah. Jika Allah mengurniaimu mati syahid, maka mintalah syafa'at bagiku."

Kemudian ibu memelukku, lalu mendongakkan kepalanya ke langit seraya berkata, "Ya Allah.. Ya Ilahi.. inilah puteraku, buah hati dan belahan jiwaku, kupersembahkan dia untukmu, maka dekatkanlah dia dengan ayahnya."

"Aku benar-benar takjub dengan anak ini," kata Abu Qudamah, lalu anak itupun segera merayu, "Kerananya, kumohon atas nama Allah, janganlah engkau halangi aku untuk berjihad bersamamu. InsyaaAllah akulah asy-syahid putra asy-syahid. Aku telah hafal al-Qur'an. Aku juga pandai menunggang kuda dan memanah. Maka janganlah meremehkanku hanya karena usiaku yang masih muda," kata anak itu memelas.

Setelah mendengar permintaannya aku tidak upaya melarangnya, maka kusertakanlah ia bersamaku.

Demi Allah, ternyata tidak pernah kulihat orang yang lebih cekap darinya. Ketika pasukan bergerak, dialah yang tercepat ketika kami singgah untuk beristirahat, dialah yang paling sibuk menguruskan kami, sedang lidahnya tidak pernah berhenti dari dzikrullah sama sekali.

Kemudian kamipun singgah di suatu tempat dekat pos sempadan. Semasa itu matahari hampir tenggelam dan kami dalam keadaan berpuasa. Maka ketika kami hendak menyiapkan hidangan untuk berbuka dan makan malam, pemuda itu bersumpah atas nama Allah bahawa ialah yang akan menyiapkannya.
Tentu saja kami melarangnya kerana ia baru saja keletihan kerana perjalanan yanh jauh tadi.

Akan tetapi pemuda itu berkeras untuk menyiapkan hidangan bagi kami.
Maka ketika kami beristirahat di suatu tempat, kami katakan kepadanya, "Jauhkan sedikit agar asap kayu apimu tidak mengganggu kami."

Maka pemuda itupun mengambil tempat yang agak jauh dari kami untuk memasak. Akan tetapi ia itu tidak kunjung tiba. Mereka merasa bahawa ia agak terlambat menyiapkan hidangan mereka.

"Hai Abu Qudamah, tengoklah pemuda itu. Ia telah terlalu lama memasak.
Apa dah jadi dengannya?" pinta seseorang kepadaku. Lalu aku bergegas menemuinya, maka kudapati pemuda itu telah menyalakan api unggun dan memasak sesuatu di atasnya. Tetapi kerana terlalu letih, iapun tertidur sambil menyandarkan kepalanya pada sebuah batu.

Melihat keadaanya yang seperti itu, sungguh demi Allah aku tidak sampai hati mengganggu tidurnya, namun aku juga tidak mungkin kembali kepada sahabat-sahabatku dengan tangan hampa, kerana sampai sekarang kami belum memakan apa-apa.

Akhirnya kuputuskan untuk menyiapkan makanan itu sendiri. Akupun mula menyediakan masakan, sambil memasak, sesekali aku memandang pemuda itu. Suatu ketika terlihat olehku bahawa anak muda itu tersenyum. Lalu perlahan-lahan senyumnya makin melebar dan mulailah ia tertawa kegirangan.

Aku merasa takjub melihat tingkah lakunya itu, kemudian ia tersentak dari mimpinya dan terbangun.

Ketika melihatku menyiapkan masakan sendirian, ia nampak gugup dan terburu-buru mengatakan, "Pak cik, maafkan aku, nampaknya aku terlambat menyiapkan makanan bagi kalian."

"Ah tidak, sebenarnya kamu tidak terlambat ," jawabku.
"Sudah, tinggalkan saja masakan ini, biar aku yang menyiapkannya, aku adalah pelayan kalian selama jihad," kata pemuda itu.

"Tidak," sahutku, "Demi Allah, engkau tidak kuizinkan menyiapkan apa-apa bagi kami sampai engkau menceritakan kepadaku apa yang membuatmu tertawa sewaktu tidur tadi? Keadaanmu sungguh menghairankan," ujarku.

"Pak cik, itu cuma mimpi yang kulihat sewaktu tidur," kata pemuda itu.
"Mimpi apa yang engkau lihat?" tanyaku.

"Sudahlah, tidak usah bertanya tentangnya. Ini masalah pribadi antara aku dengan Allah," sahut pemuda itu.
"Tidak boleh "Mimpi apa yang engkau lihat?" tanyaku.

"Sudahlah, tidak usah bertanya tentangnya. Ini masalah pribadi antara aku dengan Allah," sahut pemuda itu.
"Tidak boleh, kumohon atas nama Allah agar kamu menceritakannya," kataku.

"Pak cik, dalam mimpi tadi aku melihat seakan aku berada di Jannah, kudapati Jannah itu dalam segala keindahan dan keanggunannya, sebagaimana yang Allah ceritakan dalam al-Qur'an.

Ketika aku berjalan-jalan di dalamnya dengan rasa kagum, tiba-tiba terlihat olehku sebuah istana megah yang berkilauan, dindingnya dari emas dan perak, tiangnya dari mutiara dan batu permata, dan gerbangnya dari emas.

Di tiang itu ada kerai-kerai yang terjuntai, lalu perlahan kerai itu tersingkap dan nampaklah gadis-gadis remaja yang cantik jelita, wajah mereka bersinar bak rembulan."

Kutatap wajah-wajah cantik itu dengan penuh kekaguman, sungguh, kecantikan yang luar biasa, kelu lidahku, lalu muncullah seorang gadis lain yang lebih cantik dari mereka, dengan telunjuknya ia memberi isyarat kepada gadis yang ada di sampingnya seraya mengatakan, "Inilah (calon) suami al-Mardhiyyah.. ya, dialah calon suaminya.. benar, dialah orangnya!"

Aku tidak faham siapa itu al-Mardhiyyah, maka aku bertanya kepadanya, "Kamukah al-Mardhiyyah..?"

"Aku hanyalah satu di antara dayang-dayang al-Mardhiyyah.." katanya.
"Anda ingin bertemu dengan al-Mardhiyyah..?" tanya gadis itu.

"Kemarilah.. masuklah ke sini, semoga Allah merahmatimu," serunya.

Tiba-tiba kulihat diatasnya ada sebuah bilik dari emas merah.. dalam bilik itu ada tilam yang bertahtakan permata hijau dan kaki-kakinya terbuat dari perak putih yang berkilauan.

Dan di atasnya.. seorang gadis remaja dengan wajah bersinar laksana surya!! Kalaulah Allah tidak memantapkan hati dan penglihatanku, niscaya butalah mataku dan hilanglah akalku kerana tidak kuasa menatap kecantikannya..!!!
Tatkala ia menatapku, ia menyambutku seraya berkata, "Selamat datang, hai Wali Allah dan Kekasih-Nya. Aku diciptakan untukmu, dan engkau adalah milikku."

Mendengar suara merdu itu, aku berusaha mendekatinya dan menyentuhnya..
namun sebelum tanganku sampai kepadanya, ia berkata, "Wahai kekasihku dan tambatan hatiku.. semoga Allah menjauhkanmu dari segala kekejian.. urusanmu di dunia masih tersisa sedikit.. InsyaaAllah besok kita akan bertemu selepas Ashar."
Akupun tersenyum dan senang mendengarnya."

Abu Qudamah melanjutkan, "Selesai mendengar cerita si pemuda yang indah tadi, aku berkata kepadanya, "InsyaaAllah mimpimu merupakan pertanda baik."

Lalu kamipun makan hidangan tadi bersama-sama, kemudian meneruskan perjalanan kami menuju pos perbatasan.

**************************************************************************
catatatan :

1. Ibnul Jauzi dalam syarahnya mengatakan, "Wanita ini niatnya baik, namun caranya keliru kerana ia tidak tahu bahawa perbuatannya itu - yakni memotong ikatan rambutrnya - terlarang, kerananya dalam hal ini kita hanya mengikuti niatnya saja."

**************************************************************************

Setibanya di pos perbatasan kami menurunkan semua muatan dan bermalam di sana. Keesokan harinya setelah menunaikan sholat fajar, kita bergerak ke medan pertempuran untuk menghadapi musuh.

Panglima (Comandant) bangun untuk mengatur barisan. Ia membaca permulaan Surat al-Anfaal. Ia mengingatkan kami akan besarnya pahala jihad fi sabilillah dan mati syahid, sambil terus mengobarkan semangat jihad kaum muslimin.

Abu Qudamah menceritakan, "Tatkala kuperhatikan orang-orang di sekitarku, kudapati masing-masing dari mereka mengumpulkan anak buahnya di kelilingnya. Adapun si pemuda, ia tidak punya ayah yang memanggilnya, atau bapa saudara yang mengajaknya, dan tidak pula saudara yang mendampinginya.

Akupun terus mengikuti dan memperhatikan gerak-geriknya, lalu terlihatlah olehku bahawa ia berada di barisan terdepan. Maka segeralah kukejar dia, kusibak barisan demi barisan hingga sampai kepadanya, kemudian aku berkata, "Wahai anakku, apakah engkau ada pengalaman berperang..?"

"Tidak.. tidak pernah. Ini justru pertempuranku yang pertama kali melawan orang kafir," jawab pemuda itu.

"Wahai anakku, sesungguhnya perkara ini tidak semudah yang engkau bayangkan, ini adalah peperangan. Satu pertumpahan darah di tengah gemerincingnya pedang, ringkikan kuda, dan hujan panah.

Wahai anakku, sebaiknya engkau ambil tempat di belakang saja. Jika kita menang engkaupun ikut menang, namun jika kita kalah engkau tidak menjadi korban pertama," pintaku kepadanya.

Lalu dengan tatapan penuh kehairanan ia berkata," Pak cik, engkau berkata seperti itu kepadaku..!?"
"Ya, aku mengatakan seperti itu kepadamu," jawabku.

"Pak cik.. apa engkau menginginkanku jadi penghuni neraka..?" tanyanya.
"A'uudzubillaah!! Sungguh, bukan begitu.. kita semua tidak berada di medan jihad seperti ini kecuali kerana lari dari neraka dan memburu syurga," jawabku.

Lalu kata si pemuda, "Sesungguhnya Allah berfirman, "Hai orang-orang beriman, apabila kamu bertemu orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka(mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (strategi) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan lain, maka sesungguhnya orang itu kembali membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya itu."(QS. Al-Anfaal: 15-16)

"Adakah Pak cik menginginkan aku berpaling membelakangi mereka sehingga tempat kembaliku adalah neraka?" tanyanya.

Akupun hairan dengan kegigihannya dan sikapnya yang memegang teguh ayat tersebut. Kemudian aku berusaha menjelaskan, "Wahai anakku, ayat itu maksudnya bukan seperti yang engkau katakan." Namun tetap saja ia berkeras tidak mau berpindah ke belakang.

Akupun menarik tangannya secara paksa, membawa ke akhir barisan. Namun ia justru menarik lengannya kembali seakan ingin melepaskan diri dari genggamanku. Lalu perangpun dimulai dan aku terhalang oleh pasukan berkuda darinya.

Dalam kancah pertempuran itu terdengarlah derap kaki kuda, diiringi gemerincing pedang dan hujan panah, lalu mulalah kepala-kepala berjatuhan satu-persatu. Bau hanyir darah tercium di mana-mana. Tangan dan kaki bergelimpangan. Dan tubuh-tubuh tidak bernyawa terbujur bermandi darah.

Demi Allah, perang itu telah menyibukkan setiap orang akan dirinya sendiri dan melupakan orang lain. Sebatan dan kilatan pedang di atas kepala yang tidak henti-hentinya, menjadikan suhu memuncak, seakan-akan ada tungku api yang menyala di atas kami.

Perangpun makin memuncak, kedua pasukan bertempur habis-habisan sampai matahari tergelincir dan masuk waktu zhuhur. Ketika itulah Allah berkenan menganugerahkan kemenangan bagi kaum muslimin, dan pasukan Salib lari tunggang-langgang.

Setelah mereka kalah dan berundur, aku berkumpul bersama beberapa orang sahabatku untuk menunaikan sholat zhuhur. Selepas sholat, mulailah masing-masing dari kami mencari sanak keluarganya di antara para korban perang.

Sedangkan si pemuda itu.. tidak ada seorangpun yang mencarinya atau menanyakan khabarnya. Maka kukatakan dalam hati, "Aku harus mencarinya dan mengetahui keadaannya, barangkali ia terbunuh, terluka atau jatuh dalam tawanan musuh?"

Akupun mulai mencarinya di tengah para korban, aku menoleh ke kanan dan kiri kalau-kalau ia terlihat olehku. Di masa itulah aku mendengar ada suara yang lemah di belakangku yang mengatakan, "Saudara-saudara.. tolong panggilkan pak cik ku Abu Qudamah kemari.. panggilkan Abu Qudamah kemari."

Aku menoleh kearah suara tadi, ternyata tubuh itu ialah tubuh si pemuda dan ternyata puluhan tombak telah menusuk tubuhnya. Ia terpijak oleh pasukan berkuda. Dari mulutnya keluar darah segar. Badannya terkoyak-koyak (luka) dan tulangnya patah teruk.

Ia terlantar seorang diri di tengah padang pasir. Maka aku segera bersimpuh di hadapannya dan berteriak sekuat tenagaku, "Akulah Abu Qudamah..!! Aku ada di sampingmu..!!"

"Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku hingga aku dapat berwasiat kepadamu.. maka dengarlah baik-baik wasiatku ini.." kata pemuda itu.

Abu Qudamah mengatakan, sungguh demi Allah, tidak kuasa menahan tangisku. Aku teringat akan segala kebaikannya, sekaligus sedih akan ibunya yang tinggal di Raqqah. Tahun lalu ia dikejutkan dengan kematian suami dan saudara-saudaranya, lalu sekarang dikejutkan dengan kematian anaknya.

Aku menyingsingkan sebahagian kainku lalu mengusap darah yang menutupi wajah pucatnya itu. Ketika ia merasakan sentuhanku ia berkata, "Pak cik.. usaplah darahku dengan pakaianku, dan jangan engkau usap dengan pakaianmu."

Demi Allah, aku tidak kuasa menahan tangisku dan tidak tahu harus berkata apa. Sesaat kemudian, anak muda itu berkata dengan suara yang lemah, "Pak cik.. berjanjilah bahawa sepeninggalku nanti engkau akan kembali ke Raqqah, dan memberi khabar gembira bagi ibuku bahawa Allah telah menerima hadiahnya, dan bahawa anaknya telah gugur di jalan Allah dalam keadaan maju dan pantang berundur. Sampaikan pula kepadanya jikalau Allah menakdirkanku sebagai syuhada, akan kusampaikan salamnya untuk ayah dan baba saudaraku di jannah.

Pak cik.. aku khawatir kalau nanti ibu tidak mempercayai ucapanmu. Maka ambillah pakaianku yang berlumuran darah ini, kerana bila ibu melihatnya ia akan yakin bahawa aku telah terbunuh, dan insyaaAllah kami bertemu kembali di jannah.

Pak cik.. setibanya engkau di rumahku, akan engkau temui seorang gadis kecil berumur sembilan tahun. Ia adalah adikku.. tidak pernah aku masuk rumah kecuali ia menyambutku dengan keceriaan, dan tidak pernah aku pergi kecuali diiringi isak tangis dan kesedihannya. Ia begitu terkejut ketika mendengar kematian ayah tahun lalu, dan sekarang ia akan terkejut mendengar kematianku.

Ketika melihatku mengenakan pakaian safar ia berkata dengan berat hati, "Abang.. jangan engkau tinggalkan kami lama-lama.. segeralah pulang.. !!"

Pak cik.. jika engkau bertemu dengannya maka hiburlah hatinya dengan kata-kata yang manis. Katakan kepadanya bahawa abangmu mengatakan, "Allah-lah yang akan menggantikanku mengurusmu."

Abu Qudamah melanjutkan, "Kemudian anak muda itu berusaha menguatkan dirinya, namun nafasnya mulai sesak dan kata-katanya tidak jelas. Ia berusaha kedua kalinya untuk menguatkan dirinya dan berkata,

"Pak cik.. demi Allah, mimpi itu benar.. mimpi itu sekarang menjadi kenyataan. Demi Allah, masa ini aku benar-benar sedang melihat al-Mardhiyyah dan mencium bau wanginya."

Lalu pemuda itu mulai sekarat, dahinya berpeluh, nafasnya tersekat-sekat dan kemudian wafat di pangkuanku."

Abu Qudamah berkata, "Maka kulepaskan pakaiannya yang berlumuran darah, lalu kuletakkan dalam sebuah bekas, kemudian kukebumikan dia. Selesai mengebumikannya, keinginan terbesarku ialah segera kembali ke Raqqah dan menyampaikan pesannya kepada ibunya.

Maka akupun kembali ke Raqqah. Aku tidak tahu siapa nama ibunya dan dimana rumah mereka.

Tatkala aku menyusuri jalan-jalan di Raqqah, terlihat olehku sebuah rumah. Di depan rumah itu ada gadis kecil berumur Sembilan tahun yang berdiri menunggu kedatangan seseorang. Ia melihat-lihat setiap orang yang lalu di depannya. Setiap kali melihat orang yang baru pulang dari bepergian ia bertanya, "Pak cik.. Anda datang dari mana?"

"Aku datang dari jihad," kata lelaki itu.
"Kalau begitu abangku ada bersamamu..?" tanyanya.
"Aku tidak kenal, siapa abangmu..?" kata lelaki itu sambil berlalu.

Lalu melintaslah orang kedua, dan tanyanya, "Akhi, Anda datang dari mana?"
"Aku datang dari jihad," jawabnya.
"Abangku ada bersamamu?" tanya gadis itu.
"Aku tidak kenal, siapa abangmu..?" kata lelaki itu sambil berlalu.

Lalu melintasalah orang ketiga, keempat, dan demikian seterusnya. Lalu setelah putus asa menanyakan saudaranya, gadis itu menangis sambil tertunduk dan berkata, "Mengapa mereka semua kembali tetapi abangku tidak kunjung kembali?"

Melihat ia seperti itu, akupun datang menghampirinya. Ketika ia melihat kesan-kesan safar padaku dan beg yang kubawa, ia bertanya, "Pak cik.. Anda datang dari mana?"
"Aku datang dari jihad," jawabku.
"Kalau begitu abangku ada bersamamu?" tanyanya.

"Dimanakah ibumu?" tanyaku.
"Ibu ada di dalam rumah," jawabnya.
"Sampaikan kepadanya agar ia keluar menemuiku," perintahku kepadanya.

Ketika perempuan tua itu keluar, ia menemuiku dengan wajah tertutup pakaiannya. Ketika aku mendengar suaranya dan ia mendengar suaraku, ia bertanya, "Hai Abu Qudamah, engkau datang hendak mengucapkan takziah atau memberi khabar gembira?"

Maka tanyaku, "Semoga Allah merahmatimu. Jelaskanlah kepadaku apa yang engkau maksud dengan ucap takziah dan khabar gembira itu?"

"Jika engkau hendak mengatakan bahawa anakku telah gugur di jalan Allah, dalam keadaan maju dan pantang berundur bererti engkau datang membawa khabar gembira untukku, kerana Allah telah menerima hadiahku yang telah kusiapkan untuk-Nya sejak tujuh belas tahun silam.

Namun jika engkau hendak mengatakan bahawa anakku kembali dengan selamat dan membawa ghanimah, bererti engkau datang untuk bertakziah kepadaku, kerana Allah belum berkenan menerima hadiah yang kupersembahkan untuk-Nya," jelas si perempuan tua.

Maka ku katakan, "Kalau begitu aku datang membawa khabar gembira untukmu.
Sesungguhnya anakmu telah terbunuh fi sabilillah dalam keadaan maju dan pantang mundur. Ia bahkan masih menyisakan sedikit kebaikan, dan Allah berkenan untuk mengambil sebahagian darahnya hingga ia redha."

'Tidak!, kurasa engkau tidak berkata jujur," kata si ibu sambil memandang kepada bekas yang kubawa, sedang puterinya menatapku dengan tenang.

Maka ku keluarkanlah isi beg tersebut, kutunjukkan kepadanya pakaian puteranya yang berlumuran darah. Nampak serpihan wajah anaknya berjatuhan dari kain itu, diikuti titisan darah yang bercampur beberapa helai rambutnya.

"Bukankah ini adalah pakaiannya.. dan ini serbannya.. lalu ini seluarnya yang engkau kenakan kepada anakmu sewaktu berangkat berjihad..?" kataku.
"Allaahu Akbar..!!" teriak si ibu kegirangan.

Adapun gadis kecil tadi, ia justru meraung seperti histeris lalu jatuh terkulai tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian ia mulai merintih, "Aakh..! aakh..!"

Si ibu merasa cemas, ia bergegas masuk kedalam mengambil air untuk puterinya, sedang aku duduk di samping kepalanya, menjiruskan air kepadanya.

Demi Allah, ia tidak sedang merintih.. ia tidak sedang memanggil-manggil abangnya. Akan tetapi ia sedang sekarat!! Nafasnya semakin berat.. dadanya kembang kempis.. Lalu perlahan rintihannya terhenti. Ya, gadis itu telah tiada.

Setelah puterinya tiada, ia mendakapnya lalu membawanya ke dalam rumah dan menutup pintu di hadapanku. Namun sayup-sayup terdengar suara dari dalam, "Ya Allah, aku telah merelakan kepergian suamiku, saudaraku, dan anakku di jalan-Mu. Ya Allah, kuharap Engkau meridhaiku dan mengumpulkanku bersama mereka di jannah-Mu."

Abu Qudamah berkata, "Maka kuketuk pintu rumahnya dengan harapan ia akan membukakan. Aku ingin memberinya sejumlah wang, atau menceritakan kepada orang-orang tentang kesabarannya sehingga kisahnya menjadi teladan. Akan tetapi sungguh, ia tidak membukanya untukku ataupun menjawab seruanku.

"Sungguh demi Allah, tidak pernah kualami kejadian yang lebih menakjubkan dari ini," kata Abu Qudamah mengakhiri kisahnya

Lihatlah, bagaimana si ibu mengorbankan segala yang ia miliki demi mengharapkan kebahagiaan ukhrawi. Ia memerintahkan anaknya untuk berjihad fi sabilillah demi keridhaan Ilahi. Maka bagaimanakah nasib para pemalas seperti kita. Apa yang telah kita korbankan demi keridhaan-Nya?"

Sumber: al-Musytaaquuna ilal Jannah

Idham Care bantu Dana Tabung Bloggers ke Sarawak

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Sebagai menghargai usaha murni dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Blogger Al Banjari bagi membantu jentera Pilihanraya Sarawak dengan ini Idham Care dengan sedikit kemampuan dana yang ada menyumbangkan sebanyak RM 500 kepada Dana Tabung Bloggers tersebut

Kami juga mengharapkan dalam tempoh yang terdekat lebih ramai penyumbang akan menyalurkan sumbangan masing-masing bagi merealisasikan usaha murni tersebut.

Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi Idham Care.

SOALAN BODOH NUJUM PAK BELALANG, SELEPAS DI THAILAND, ANWAR BUAT APA DI MEKAH PULA

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PTUIHHH...izinkan aku meludah dulu. Eskay yang mengaku promosi video lucah yang terkantoi tu buat `teka-teki' baru pula. Sudah jadi macam cerita Nujum Pak Belalang pula, tapi Eskay kemukakan 5 soalan suruh Anwar jawab. Jika tidak, kununnya pengedar video lucah ini akan dedahkan kisah di Thailand pula. Ptuihhhhh...izinkan aku nak meludah lagi.

Aku malas nak taip semula `teka-teki' 5 soalan bodoh yang dikemukakan oleh Eskay. Sesiapa yang sudah baca tulisan aku di sini, sudah tahu apa soalannya. Aku nak bagitahu Eskay, tak payah lah rajin sangat buat teka-teki bangang tu. Dah tau video seks yang kau taja tu kantoi, kau dedahkan je yang lain. Mengapa nak buat `teka-teki' macam budak-budak sekolah tadika?

Aku cabar eskay, dedahkan apa jua rahsia Anwar jika kau ada dengan buktinya sekali. Jika setakat kata ada rahsia, aku pun boleh cakap aku ada rahsia siapa yang suruh bunuh Altantuya. Ini zaman orang sudah tidak mahu dengar cerita karut, orang mahu dengar cerita benar dan berfakta. Bukan cerita lucah yang sumbang ceritanya.

Ugut mengugut, cabar mencabar ni bukan perkara baru buat Anwar. Lebih 10 tahun beliau mendengar ugut-mengugut dan cabar mencabar serta sumpah menyumpah ni. Naik jemu Anwar mendengarnya dan rakyat pun dah jemu. Jadi, Eskay kena jadi lah anak jantan sikit biar berani. Sampai bila Eskay mahu harapkan `tangan ghaib' yang menjaganya? Dia mengaku tayangkan video lucah pun selamat setakat ni.

Jika ada budak muda yang menyimpan klip video lucah dalam telefon bimbit mereka, jika ditahan oleh Polis, agaknya ke mana budak tu lepas duduk? Paling tidak merasa duduk dalam lokap walaupun sekejap. Eskay? Orait jer...

Nasihat aku kat Eskay, selesaikan dulu satu persatu yang telah beliau dedahkan. Kes video seks ini pun belum selesai lagi biar pun telah menjadi bahan lawak jenaka seluruh dunia. Jangan tamak sangat nak dedahkan kesemuanya kerana jika terkantoi lagi, teramat besar malunya. Biar rakyat lupa dulu kisah lucu video seks yang tengah hangat sekarang ni, barulah dedahkan yang baru atau tunggu musim pilihanraya umum nanti. Baru gempak.

Umi Hafilda pun cabar nak dedah semenjak dari PRK Tenang hinggalah selesai PRK di Merlimau dan Kerdau. Sampai sekarang sepi je. Dedahkan lah. Jangan mengaku je ada banyak rahsia tapi tak mahu dedahkan. Mahu tunggu mahkamah? Kalau mahu tunggu mahkamah, mengapa sibuk dok taja cerita sekarang? Ertinya, Umi dengan Eskay tu 2 x 5, 5 x 2.

Sekali lagi aku nak bagitahu Eskay, Anwar tidak perlu jawab soalan bodoh dari beliau kerana aku serta seluruh rakyat nak tahu apa yang Eskay mahu dedahkan selepas ini. Kalau Anwar jawab soalan tentang beliau kat Thailand itu pun, lepas ni akan ada pula soalan bodoh apa Anwar buat kat Mesir, Mekah, Amerika, Iran, Singapore dan banyak pelusuk dunia yang Anwar dah pergi. Mahu layan orang macam tu?

Oleh: WFAUZDIN NS

Pilih kerajaan yang Cekap, Bersih Dan Telus : BN atau PR ?

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 1 April :- Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan kenyataan Najib Razak sebagai omong kosong dan berniat menipu rakyat demi untuk kekal berkuasa seperti yang di ucapkan Najib yang menggesa rakyat perlu memilih kerajaan yang Cekap, Bersih Dan Telus sambil menyatakan BN lah yang dimaksudkan dengan sifat baik tersebut.

“Najib Razak cuba menutup kelemahan BN dan tidak mahu rakyat tahu realiti sebenar kerajaan yang ditadbirnya yang penuh dengan pembohongan, malah mereka (BN) akan menghalang dengan pelbagai cara dan akta agar maklumat sebenar tidak sampai ke pengetahuan umum,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebagai contoh, Khalil yang juga Adun Titi Serong mengatakan bahawa banyak laporan yang mrmbuktikan bahawa BN tidak cekap mengurus tadbir Negara dan baru-baru ini Perdana Menteri sendiri gagal memberi respon terhadap saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap .

“Yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera, apakah ini dinamakan cekap?,” soalnya.

Menurutnya lagi sepanjang pemerintahan BN , banyak kes dan skandal telah didedahkan namun tidak dibersihkan oleh individu berkenaan.

"Yang peliknya kadang-kadang orang yang melaporkan kes itu kepada pihak berwajib yang kena hukum , bukannya pesalah yang dituduh. " sindirnya.

"Kalau pencuri yang masuk rumah anda, yang kena tangkap bukannya pencuri tetapi tuan rumah" katanya untuk mengambarkan keadaan yang bercelaru dengan slogan bersih, cekap dan telus yang disebutkan oleh Najib.

"Perkara ini amat memalukan Negara terumanya pada mata Negara jiran dan isu ini perlu diambil perhatian serius oleh rakyat Malaysia sendiri" Katanya

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menjelaskan bahawa Pakatan rakyat telah menawarkan peluang kepada rakyat untuk menikmati suasana serta keadaan Negara yang lebih selamat.

"Pakatan Rakyat sebenarnya telah ujudnya kerajaan yang Cekap, Bersih Dan Telus dinegeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor , Kelantan dan semala 11 bulan di Perak" Katanya

Namun menurutnya segala kebaikan dan kecekapan yang dibuktikan oleh negeri pakatan Rakyat itu tidak mendapat liputan yang sebenarnya malah diputar beli serta banyak fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh Media BN yang tidak bertanggung jawab.

“Kami dari Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen tersebut dengan program 100 hari seperti yang terkandung dalam buku jingga, itulah komitmen yang seharusnya dipandang positif oleh rakyat Malaysia,” katanya.

“Umno BN tidak henti-henti memperlekeh tawaran ini walhal ia adalah satu tawaran untuk kebaikan rakyat secara keseluruhannya, selain itu tawaran itu dilakukan setelah menilai kemampuan kewangan negara dari kajian terperimnci yang PR lakukan terlebih dahulu” ujarnya.

Oleh : Hafizi pauzi

Lawak : Mandi Lumpur

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Oleh : Tok Busu

Akhir Umur Dunia

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Hadith:

NABI SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya."

Riwayat Jabir RA

Huraian Hadith:

Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan segala perkara yang dilakukan. Sekiranya sewaktu hidup di dunia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, pasti ganjaran pahala sedia menanti.

Sebaliknya, jika perbuatan-perbutan keji yang menjadi amalan hidupnya, catatan dosa pula sedia menanti. Ajal maut adalah ketentuan ilahi. Tidak terawal, atau terlewat, walaupun sedetik.

Insya-Allah pintu taubat masih terbuka, selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sekiranya seseorang mati dalam keadaan beriman, dibangkitkan kelak dalam kedaan gembira.

Sebaliknya, apabila mati dalam keadaan derhaka, pasti dibangkitkan dalam keadaan mendukacitakan. Setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jangan pakai tudung cara biarawati nasrani

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.

Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Sebarluaskan banner di bawah:



Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"













OHH, TIADA TANGKAPAN LAGI RUPANYA....

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TELAH beberapa hari berlalu isu video seks yang dipertontonkan oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay. Ramai yang menontonnya dan tempat tontonan juga telah dikenal pasti. Bahkan, video lucah tersebut telah pun diserahkan pada pihak Polis. Ada tangkapan atau belum?

Hari ini, Malaysiakini mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa masih belum ada tangkapan lagi berhubung penayangan video lucah berkenaan. Kenyataan dipetik, "Menteri Dalam Negeri,

Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa siri tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu.

“Tidak pada pengetahuan saya,” katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen (Malaysiakini).

Mengapa slow sangat? Ada orang telah mengaku menayangkan video lucah, tempat sudah dikenalpasti dan laporan polis telah pun dibuat. Adakah tidak cukup bukti dengan pengakuan dari Rahim Thamby Chik dan Eskay tersebut? Isu siapa yang beraksi,

itu mungkin dalam siasatan tetapi yang menayangkan video tersebut sepatutnya tidak perlu lagi siasatan yang begitu lama kerana sudah ada pengakuan dari mereka. Mungkin mereka tidak bersalah kerana mereka `berniat baik'?

Bayangkan jika kita berpakat dengan kawan-kawan kita menayangkan video lucah, kemudian kita panggil beberapa remaja lelaki dan perempuan menontonnya. Apabila kita ditangkap, kita memberitahu bahawa kita `berniat baik' menayangkan video tersebut untuk menunjukkan kepada remaja-remaja berkenaan cara melakukan seks dengan `selamat' atau menunjukkan kepada mereka jangan lakukan perbuatan seperti yang mereka tonton itu.

Boleh ke? Adakah kita boleh lepas dari tindakan undang-undang? Atau, si ayah menayangkan video lucah kepada anak gadisnya dengan `niat baik' untuk mengajar anak gadisnya cara-cara atau teknik melakukan hubungan suami isteri. Boleh ke?

Cukup-cukup lah dengan bermacam auta untuk menipu rakyat. Jika mahu lepaskan si Rahim atau Eskay tu berterus terang sahaja lah. Kita pun tahu Rahim Thamby tu orang baik-baik belaka, jika tidak masakan dilantik menjaga Risda.

Oleh: WFAUZDIN NS

PEDIH : Surau ibarat kandang

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Salam perjuangan.Pada hari ahad baru-baru ini aku berkesempatan untuk bertandang sebentar ke program anak angkat di Kg. Padas, Tebobon, Kota Kinabalu.

Program anjuran Persatuan Siswazah Sabah itu telah membuka mata banyak pihak terutamanya para peserta bahawa rakyat Sabah sebenarnya hidup dalam penderitaan dan tangisan. Rata-rata penduduk disini adalah penyokong setia PBS dan akhirnya mereka ditaburkan janji-janji palsu pada setiap kali pilihanraya.

Kehadiran aku kesana sekadar untuk melihat sendiri bagaimana suasana masyarakat melalui kehidupan seharian. Dapatkah kita bayangkan bagaimana untuk mereka lalui kehidupan dengan tiada bekalan elektrik dan air. Malah tanah yang mereka duduki juga belum ada apa-apa tanda untuk di gezetkan sebagai tanah kampung (adat).

Keadaan surau juga yang sangat daif membuktikan bahawa kerajaan langsung tidak memberi perhatian kepada masyarakat muslim yang majoritinya tinggal disana. Sekurang-kurangnya, walaupun tanah itu bukan milik mereka, tapi pastikanlah keperluan ibadah mereka terurus kerana disitulah teletaknya kekuatan insan sebagai hamba Allah.

Sebelum dari itu, aku berkesempatan melawat kampung tersebut pada hari jumaat, dan hampir-hampir masuk solat jumaat, namun apa yang aku saksikan adalah golongan remaja/belia yang masih melepak berbual-bual dan kanak-kanak yang masih bermain. Inikah masa depan Islam yang diinginkan oleh kerajaan UMNO/BN. Generasi apakah yang ingin mereka hasilkan?

Sebenarnya, apa yang aku saksikan ini, membuatkan sifat pemuda aku tercabar..! Rasanya seperti ingin sekali menentang kerajaan BN ini sehingga ke hujung nyawa. Semoga suatu hari nanti rakyat Sabah sedar bahawa BN sebenarnya sedang menyedut darah/keringat mereka semata-mata untuk kesenangan pemimpin dan kroni-kroni mereka.

Keadaan surau yang teletak di kawasan BANDARAYA KOTA KINABALU



Keadaan surau yang sangat Dhoif



Oleh : Sabahkita