27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PARIT BUNTAR, 1 April :- Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyifatkan kenyataan Najib Razak sebagai omong kosong dan berniat menipu rakyat demi untuk kekal berkuasa seperti yang di ucapkan Najib yang menggesa rakyat perlu memilih kerajaan yang Cekap, Bersih Dan Telus sambil menyatakan BN lah yang dimaksudkan dengan sifat baik tersebut.
“Najib Razak cuba menutup kelemahan BN dan tidak mahu rakyat tahu realiti sebenar kerajaan yang ditadbirnya yang penuh dengan pembohongan, malah mereka (BN) akan menghalang dengan pelbagai cara dan akta agar maklumat sebenar tidak sampai ke pengetahuan umum,” katanya ketika ditemui di sini.
Sebagai contoh, Khalil yang juga Adun Titi Serong mengatakan bahawa banyak laporan yang mrmbuktikan bahawa BN tidak cekap mengurus tadbir Negara dan baru-baru ini Perdana Menteri sendiri gagal memberi respon terhadap saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap .
“Yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera, apakah ini dinamakan cekap?,” soalnya.
Menurutnya lagi sepanjang pemerintahan BN , banyak kes dan skandal telah didedahkan namun tidak dibersihkan oleh individu berkenaan.
"Yang peliknya kadang-kadang orang yang melaporkan kes itu kepada pihak berwajib yang kena hukum , bukannya pesalah yang dituduh. " sindirnya.
"Kalau pencuri yang masuk rumah anda, yang kena tangkap bukannya pencuri tetapi tuan rumah" katanya untuk mengambarkan keadaan yang bercelaru dengan slogan bersih, cekap dan telus yang disebutkan oleh Najib.
"Perkara ini amat memalukan Negara terumanya pada mata Negara jiran dan isu ini perlu diambil perhatian serius oleh rakyat Malaysia sendiri" Katanya
Dalam pada itu beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menjelaskan bahawa Pakatan rakyat telah menawarkan peluang kepada rakyat untuk menikmati suasana serta keadaan Negara yang lebih selamat.
"Pakatan Rakyat sebenarnya telah ujudnya kerajaan yang Cekap, Bersih Dan Telus dinegeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor , Kelantan dan semala 11 bulan di Perak" Katanya
Namun menurutnya segala kebaikan dan kecekapan yang dibuktikan oleh negeri pakatan Rakyat itu tidak mendapat liputan yang sebenarnya malah diputar beli serta banyak fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh Media BN yang tidak bertanggung jawab.
“Kami dari Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen tersebut dengan program 100 hari seperti yang terkandung dalam buku jingga, itulah komitmen yang seharusnya dipandang positif oleh rakyat Malaysia,” katanya.
“Umno BN tidak henti-henti memperlekeh tawaran ini walhal ia adalah satu tawaran untuk kebaikan rakyat secara keseluruhannya, selain itu tawaran itu dilakukan setelah menilai kemampuan kewangan negara dari kajian terperimnci yang PR lakukan terlebih dahulu” ujarnya.
Oleh : Hafizi pauzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan