27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PTUIHHH...izinkan aku meludah dulu. Eskay yang mengaku promosi video lucah yang terkantoi tu buat `teka-teki' baru pula. Sudah jadi macam cerita Nujum Pak Belalang pula, tapi Eskay kemukakan 5 soalan suruh Anwar jawab. Jika tidak, kununnya pengedar video lucah ini akan dedahkan kisah di Thailand pula. Ptuihhhhh...izinkan aku nak meludah lagi.
Aku malas nak taip semula `teka-teki' 5 soalan bodoh yang dikemukakan oleh Eskay. Sesiapa yang sudah baca tulisan aku di sini, sudah tahu apa soalannya. Aku nak bagitahu Eskay, tak payah lah rajin sangat buat teka-teki bangang tu. Dah tau video seks yang kau taja tu kantoi, kau dedahkan je yang lain. Mengapa nak buat `teka-teki' macam budak-budak sekolah tadika?
Aku cabar eskay, dedahkan apa jua rahsia Anwar jika kau ada dengan buktinya sekali. Jika setakat kata ada rahsia, aku pun boleh cakap aku ada rahsia siapa yang suruh bunuh Altantuya. Ini zaman orang sudah tidak mahu dengar cerita karut, orang mahu dengar cerita benar dan berfakta. Bukan cerita lucah yang sumbang ceritanya.
Ugut mengugut, cabar mencabar ni bukan perkara baru buat Anwar. Lebih 10 tahun beliau mendengar ugut-mengugut dan cabar mencabar serta sumpah menyumpah ni. Naik jemu Anwar mendengarnya dan rakyat pun dah jemu. Jadi, Eskay kena jadi lah anak jantan sikit biar berani. Sampai bila Eskay mahu harapkan `tangan ghaib' yang menjaganya? Dia mengaku tayangkan video lucah pun selamat setakat ni.
Jika ada budak muda yang menyimpan klip video lucah dalam telefon bimbit mereka, jika ditahan oleh Polis, agaknya ke mana budak tu lepas duduk? Paling tidak merasa duduk dalam lokap walaupun sekejap. Eskay? Orait jer...
Nasihat aku kat Eskay, selesaikan dulu satu persatu yang telah beliau dedahkan. Kes video seks ini pun belum selesai lagi biar pun telah menjadi bahan lawak jenaka seluruh dunia. Jangan tamak sangat nak dedahkan kesemuanya kerana jika terkantoi lagi, teramat besar malunya. Biar rakyat lupa dulu kisah lucu video seks yang tengah hangat sekarang ni, barulah dedahkan yang baru atau tunggu musim pilihanraya umum nanti. Baru gempak.
Umi Hafilda pun cabar nak dedah semenjak dari PRK Tenang hinggalah selesai PRK di Merlimau dan Kerdau. Sampai sekarang sepi je. Dedahkan lah. Jangan mengaku je ada banyak rahsia tapi tak mahu dedahkan. Mahu tunggu mahkamah? Kalau mahu tunggu mahkamah, mengapa sibuk dok taja cerita sekarang? Ertinya, Umi dengan Eskay tu 2 x 5, 5 x 2.
Sekali lagi aku nak bagitahu Eskay, Anwar tidak perlu jawab soalan bodoh dari beliau kerana aku serta seluruh rakyat nak tahu apa yang Eskay mahu dedahkan selepas ini. Kalau Anwar jawab soalan tentang beliau kat Thailand itu pun, lepas ni akan ada pula soalan bodoh apa Anwar buat kat Mesir, Mekah, Amerika, Iran, Singapore dan banyak pelusuk dunia yang Anwar dah pergi. Mahu layan orang macam tu?
Oleh: WFAUZDIN NS
2 ulasan:
CERITA CERITA BEGINI MENDAYUSKAN KAUM LELAKI. YANG DI CERITAKAN TU IALAH LELAKI DAN YANG HEBOH MEMBAWA CERITA TU ADALAH LELAKI JUGA. APAKAH TIDAK ADA PERKARA LAIN YANG LEBIH MENAFAAT YANG BOLEH DI LAKUKAN OLEH DATO DAN TAN SRI NI.
WAHAI KAUM LELAKI, GANYANG LAH MEREKA MEREKA YANG MEMALUKAN KAUM SEJENISMU. APA KATA BUNG MOKHTAR?
bung mokhtar nak cajap apa dia 1 kapal mari punya kalau karam pun 1 kapal jugak x apa...he..he..
Catat Ulasan