27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Salam perjuangan.Pada hari ahad baru-baru ini aku berkesempatan untuk bertandang sebentar ke program anak angkat di Kg. Padas, Tebobon, Kota Kinabalu.
Program anjuran Persatuan Siswazah Sabah itu telah membuka mata banyak pihak terutamanya para peserta bahawa rakyat Sabah sebenarnya hidup dalam penderitaan dan tangisan. Rata-rata penduduk disini adalah penyokong setia PBS dan akhirnya mereka ditaburkan janji-janji palsu pada setiap kali pilihanraya.
Kehadiran aku kesana sekadar untuk melihat sendiri bagaimana suasana masyarakat melalui kehidupan seharian. Dapatkah kita bayangkan bagaimana untuk mereka lalui kehidupan dengan tiada bekalan elektrik dan air. Malah tanah yang mereka duduki juga belum ada apa-apa tanda untuk di gezetkan sebagai tanah kampung (adat).
Keadaan surau juga yang sangat daif membuktikan bahawa kerajaan langsung tidak memberi perhatian kepada masyarakat muslim yang majoritinya tinggal disana. Sekurang-kurangnya, walaupun tanah itu bukan milik mereka, tapi pastikanlah keperluan ibadah mereka terurus kerana disitulah teletaknya kekuatan insan sebagai hamba Allah.
Sebelum dari itu, aku berkesempatan melawat kampung tersebut pada hari jumaat, dan hampir-hampir masuk solat jumaat, namun apa yang aku saksikan adalah golongan remaja/belia yang masih melepak berbual-bual dan kanak-kanak yang masih bermain. Inikah masa depan Islam yang diinginkan oleh kerajaan UMNO/BN. Generasi apakah yang ingin mereka hasilkan?
Sebenarnya, apa yang aku saksikan ini, membuatkan sifat pemuda aku tercabar..! Rasanya seperti ingin sekali menentang kerajaan BN ini sehingga ke hujung nyawa. Semoga suatu hari nanti rakyat Sabah sedar bahawa BN sebenarnya sedang menyedut darah/keringat mereka semata-mata untuk kesenangan pemimpin dan kroni-kroni mereka.
Keadaan surau yang teletak di kawasan BANDARAYA KOTA KINABALU
Keadaan surau yang sangat Dhoif
Oleh : Sabahkita
2 ulasan:
Bak kata pepatah,beruk dibandar disusukan,manusia dikampung mati kelaparan...
TV 3 tak malu menyiarkan siri lawatan PM di Sarawak. Betapa naifnya suasana kehidupan rakyat disana. Tak malu ke dok buka pekong sendiri.
Selama berkurun depa perintah...tergamak mereka membina kekayaan dengan hasil sumber alam Sarawak sedang rakyat ada yang makan siput babi. Pemimpin depa tu yang zalim sampai kematu.
Paling tidak memberikan kemudahan belajar patut diberi keutamaan. Maju lah sangat orang semenanjung tapi rakyat pun ramai yang merempat. Melambak dok dalam jel...nak belajar pun mahal lebih baik jadi pencuri. Tak pun pakat jadi penagih dadah biar kerajaan yang tanggug makan minum.
UMNO cukup suka ramai anak2 melayu masuk penjara. Biar semua mak bapak pakat bodo2 senang depa nak pekuda.
Musim pilihanraya depa mai hantar beras sorang sekampit. Pakat makanlah lima tahun.
Baru2 ni banjir di kedah. Kotak2 isi makanan terpampang gambar syarizat. Macam tu sekali pakat pulun nak nama. Muka tak pemalu!!
Kotak tu je la UMNO punya. Yang dalam tu hak rakyat. Tak payah nak rasa terhutang budi dengan syarizat. Sapa dia yang kita kena taat!!
Bertambah meluap bencinya rakyat.
Catat Ulasan