27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 1 April: DAP mencabar Barisan Nasional (BN) memecat anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin jika benar parti itu menghormati wanita.
Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, sehingga kini Bung Mokhtar tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang menghina wanita di Dewan Rakyat pada 28 Mac lepas.
Dalam kenyataanya, Bung Mokhtar berkata, pemandu wanita menjadi punca dan penyebab kemalangan jalan raya.
Ekoran itu, anggota Parlimen wanita Pakatan Rakyat yang diketuai Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, anggota Parlimen Titiwangsa membuat sidang media membantah Bung Moktar.
Turut tidak bersetuju dengan pandangan Bung Moktar adalah isteri barunya, Zizie Izette. Zizie berkata, jika itu pandangan Bung beliau tertanya-tanya, apakah beliau memandu dengan bahaya.
"Ini bukan pertama kali Bung Moktar menghina wanita dengan kenyataan-kenyataannya. Sebelum ini pada tahun 2007, dia telah memohon maaf kepada MP Batu Gajah, Fong Po Kuan apabila berkata dia bocor setiap bulan apabila bercakap soal bumbung Parlimen bocor walaupun sudah menelan belanja RM100 juta," kata Lim Guan Eng.
Statistik menunjukkan bukan pemandu wanita yang menjadi punca kemalangan jalan raya tetapi pemandu lelaki lebih banyak menjadi punca kemalangan.
"Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (Miros) pada tahun 2009 menunjukkan kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lelaki 2.4 kali lebih banyak dari pemandu wanita," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataannya.
Bagi menghadapi serangan ekoran kenyataannya, Bung Moktar meminta Parlimen memberikan perlindungan kepadanya.
Dalam Dewan Rakyat, beliau mendakwa beliau menghadapi 'ganguan seksual' daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.
Dakwanya, kenyataan beliau “diputar belitkan oleh pihak pembangkang” bagi menunjukkan sikapnya yang seksis.
“Selepas kenyataan saya diputar belitkan, saya menjadi fokus wanita di negara ini, termasuk kumpulan-kumpulan wanita.
“Saya mohon bantuan speaker kerana ini ganguan seksual ke atas saya,” katanya semasa perbahasan soalan tambahan.
Harakahdaily/-
2 ulasan:
LIKE...teruskan perjuangan YB
myblog: http://cahayahafiz.blogspot.com/
inilah akibat beruk diberi bunga
Catat Ulasan