9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Sebelum kita jawab Dato Najib- kita komen sedikit mengenai kenyataan
Dr Mahathir. the man who can walk on water. setelah 55 tahun, dibawah
pemerintahan UMNO, Dr Mahathir kata orang Melayu mengemis ditanah air
mereka sendiri. Adakah keadaan demikian disebabkan oleh PAS, PKR dan
DAP? Atau adakah keadaan orang Melayu itu disebabkan kesemulajadian
mereka iu berbangsanya Melayu?
Mahathir akan mengatakan all of the above. Its in the genes. Melayu bodoh kata Dr Mahathir.
Keadaan orang Melayu jadi begini adalah disebabkan kepimpinan mereka.
Dan hampir seluruh tempoh hidup orang Melayu dizaman moden ini, mereka
diperintah oleh UMNO. Inginlah saya mengulangi apa yang pernah
dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah olah
penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO
Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena
perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya
–iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.
Tidak syak lagi yang dimaksudkan oleh Pendita Zaaba ialah UMNO!.
Dr Mahathir tidak berhenti daripada membodohkan orang Melayu. Yang
pegang kuasa ialah UMNO dan 22 tahun darinya di pegang oleh Dr Mahathir
sendiri. Masa nya sudah tiba kita buangkan rasa sentimentalism terhadap
UMNO yang telah merompak kekayaan negara dan melanun kekayaan negara.
Yang kaya ialah Melayu terpilih.
Yang memegang kuasa ialah UMNO dan gerombolan penyamun BN. suatu hari
dirumah Dato Najib , dia memberitahu saya Dr Mahathir menyamun kekayaan
negara melalui projek lebuhraya, projek pelabuhan, projek IPP. Tun Musa
Hitam berpendapat Dr Mahathir tidak ada perasaan malu bila menyatakan
bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas sampai kebawah.
Sedangkan yang memulakan budaya merasuah ialah Dr Mahathir sendiri.
Tun
Daim beritahu saya- sejarah akan menghukum Mahathir dari satu sudut
sahaja, iaitu rasuah yang berluasa. History will judge Mahathir in the
end on his record of incubating and nurturing rampant corruption.
testimony Mahathir bahawa Ling Liong Sik tidak berupaya menipu negara
adalah bahan ketawa. Tun Daim juga beritahu saya, macam mana kita mahu
benteras rasuah, jika sogokan wang sudah menyampai kepada pemimpin yang
tertinggi.
Segala masaalah dan malapetaka, rasuah, kegawatan ekonomi disebabkan
oleh UMNO. Apa yang akan buat kita percaya yang gagal dibetulkan oleh
UMNO selama 55 tahun, boleh ia lakukan dalam masa 5 tahun? UMNO tidak
ada rekod untuk menyokong janji2 mereka. Yang mungkir janji ialah UMNO.
Yang membuktikan mereka boleh memenuhi janji ialah semua negeri yang
dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka sayugialah rakyat menyokong Pakatan
Rakyat dan membenamkan UMNO.
Rakyat Selangor umpamanya tidak pernah diberitahu bahawa kajian yang
dijalankan oleh UM menunjukkan hanya 29% sahaja responden percaya BN
boleh merampas balik Selangor. kenapa rakyat Selangor mahu mengembalikan
negeri ini dalam tangan lanun dan perompak?
bukan kah UMNO yang menjalankan dasar ekonomi yang menyebabkan 40%
dari penduduk negara ini mempunyai pendapatan kurang dari RM1500
sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut ialah orang Melayu? 8 juta lebih
Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan itu adalah hasil
dasar dan kepimpinan UMNO. Marilah kita sama sama menghantar semua lanun
dan perompak ini ke Sungai Buloh dan jadikan mereka B1M!- Banduan 1
Malaysia.
Bukankah dasar ekonomi Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi
Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi penindasan Dr
Mahathir? menindas majority orang Melayu dan mengayakan segelintir
Melayu terpilih? Antara yang terpilih ialah anak Dr Mahathir sendiri
yang kaya raya bahkan seorang dari nya boleh membina ruang pameran
kereta Ferari bernilai RM20 juta. Orang yang buang tebiat akan meyebut
seperti yang dinyatakan oleh Mahathir. dan Mahathir disertai oleh geng2
lama perompak negara seperti Sanusi Junid dan lain lain.
Nanti lah kita akan mengupas apa Dr Mahathir kata dalam artikel yang
lain. Let us deal with the political invertebrate Najib Razak for now.
Dato Sri Najib kata orang Melayu benci dengan DAP. Kita boleh jawab
awal dan tidak perlu tanya Tunku Aziz. Yang benci adalah mereka yang
termakan dakyah UMNO. Yang benci ialah mereka yang berfikiran sempit.
Pemimpin UMNO takkanlah menyukai parti yang akan membenamkan geng
perompak nya. Yang membenci ialah mereka yang tidak faham politik dan
lupa bahawa daripada 29 juta rakyat Malaysia, hampir 19 juta orang
Melayu. UMNO ingat 16 juta orang Melayu yang lain itu, penakut dan bacul
macam mereka.
Yang benci ialah mereka yang lupa, kalau 1 orang UMNO kecundang, ada 6
orang lagi Melayu yang terus hidup. Melayu tidak memerlukan UMNO.
Kenyataan Najib tidak mengherankan dan bukan nya sesuatu yang baru.
Mustahil kita akan dengar Najib menyatakan perkara yang baik mengenai
DAP. Pada pandangan Najib, DAP itu parti cauvinis cina. DAP mahukan
negara repablik. DAP akan menguasai politik Malaysia. DAP mengkuda semua
parti politik yang lain. Pendek kata, Najib mengulangi penceritaan
lapuk dan basi terhadap DAP. Inilah standard pemikiran dari seorang
pemimpin yang penakut dan kurang cerdik.
Apa yang tidak dikemukakan kepada rakyat Malaysia, ialah alasan2
rasional kenapa orang Melayu mesti membenci DAP. Najib tidak mampu
berbuat demikian selain dari mengkakaktuakan apa yang dinyatakan oleh
pecacai UMNO yang lain.
Bolehkah kita harapkan apa2 yang besar dan menakjubkan dari pemimpin yang penakut dan kurang cerdik?
Apabila saya ceramah, takkanlah saya hendak ceritakan kebaikan UMNO.
Tentulah saya mengambil kesempatan mendedahkan keburukan pemimpin UMNO
yang merugikan orang Melayu. Menyokong UMNO akan membawa bangsa Melayu
rebah dan negara kita musnah. Menyokong UMNO bererti menyokong
gerombalan pencuri dan perompak.
Maka, bila Najib bercakap, sudah barang tentu tidak ada apa2 baik
untuk diberitahu mengenai DAP, PKR dan Anwar Ibrahim, serta PAS. Tapi,
marilah kita dedahkan sebab2 sebenar Najib berkata demikian. Kita tidak
perlu tanya apa2 dari Tunku Aziz. Biarkan Tunku Aziz dengan leteran
kebangsawanan nya. Itu pun sebab utama Tunku Aziz keluar DAP- dia ada
sense of over inflated importance. Bila perasaan demikian tidak
dipedulikan atau tidak dilihat begitu penting, tergurislah hati
aristokrat itu. yang lain dalam DAP tidak ada perasaan demikian. Kita
tak kira itu semua.
Ketakutan. Ketakutan
yang amat sangat menyebabkan Najib melatah seperti orang tidak siuman.
Saban hari Najib melihat UMNO kian keseorangan. Gerakan berada diambang
maut dengan 2 kerusi parlimen nya. MCA dengan 15 kerusi akan kecundang
teruk. MIC dengan 3 kerusi nya hanya kerana ehsan UMNO. PPP ialah Parti
Peminta Sedekah. UMNO dengan 79 kerusi nya pun dalam keadaan cemas.
Kerana apa? Kerana undi dan sokongan cina berpindah kepada DAP. Undi
orang Melayu berpindah kepada PAS. Undi golongan menengah pergi ke PKR.
Dimana datang sokongan untuk UMNO dan BN? ia datang dari warga negara
segera- rakyat Bangla, Nepal, Myanmar, Cambodia. Inilah dia parti yang
berjuang Hidup Melayu dan Agama, Bangsa dan Tanah Air. Akhirnya UMNO
melacur maruah dan mengkhianati negara dengan menjual kerakyatan kerana
mahu mengekalkan kuasa.
Najib melihat sokongan masyarakat Cina kepada nya merosot dengan
teruk. Dan penyebab utama kemerosotan sokongan tersebut ialah DAP. Hari
ini DAP telah menguasai 80-90% sokongan masyarakat Cina. Ini akan
menyebabkan BN akan hilang lebih banyak kerusi dimana dalam kawasan
parlimen itu ada sekurang kurangnya 40% orang Cina.
Najib juga tahu bahawa MCA sduah tidak terdaya menahan penghijrahan sokongan orang Cina.
Kedua, Najib tidak faham.
Masakan orang kurang cerdik faham bahawa sokongan orang Cina bukan
disebabkan chauvinism dan ekstremism. Orang Cina memperakui bahawa ini
negara majority nya Melayu dan orang Melayu akan terus menguasai
politik. Orang Cina bukan beroperasi atas chauvinism tapi menginginkan
kerajaan yang telus, demokratik, menjalankan dasar2 ekonomi yang
adil,mahukan sebuah negara yang menghormati undang2. UMNO dan BN
mempunyai rekod buruk dalam kesemua perkara ini dan sebab2 ini yang
menyebabkan orang Cina tidak mahu lagi menyokong UMNO, MCA atau parti2
BN yang lain.
Najib ingat orang cina beroperasi atas perasaan ekstrim dan
bersangkaan bahawa orang menyokong DAP dan membenci dan berniat jahat
keatas bangsa lain terutama bangsa Melayu. Sebab itu DAP dituduh mahu
menubuhkan repablik dimana institusi Raja Melayu dihapuskan, apa2
kepentingan bangsa Melayu dihapuskan dan seumpamanya.
Sebab sebenarnya orang Cina menyokong DAP ialah kerana parti tersebut
tidak bacul dan tidak perlu menggunakan isiu emosional seperti MCA. DAP
is fearless. Sebagai sebuah parti yang fearless, DAP boleh memahami
atas prinsip apa orang PAS beroperasi. Kerana itu PAS dan DAP saling
menghormati. Demikian juga DAP memahami PKR. DAP boleh memahami parti2
dimana pemimpin nya berani masuk jel, di ISAkan, ada yang dibunuh, serta
dipenjarai. DAP boleh faham ketokohan parti2 yang berani berjuang dan
berkorban.
Berani berjuang dan berkorbanlan yang menyebabkan orang Cina
menyokong DAP. Orang Cina yang menikmati lebih demokrasi dan oleh itu
memiliki lebih pilihan melihat MCA parti yang penakut dan lembik
memperjuangkan isiu2 yang melibatkan kepentingan orang Cina. Dan cubaan
MCA menjuarai isiu kepentingan cina disaat akhir sudah tidak berguna
lagi. Orang Cina tidak ada isiu dengan hudud. Orang Cina sedar itu isiu
orang Melayu yang beragma Islam. Orang Cina tahu, walaupun mereka bukan
Islam, tapi hak dan kepentingan mereka akan dihirmati dan dilindungi.
harakahdaily/-