9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
NARATHIWAT - Agensi kerajaan dipanggil menyalurkan bantuan kepada askar
dan polis tempatan untuk menamatkan keganasan di wilayah selatan
Thailand, semalam.
Ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, serangan terbaru pada
hujung minggu lalu menyebabkan dua askar terbunuh dan lebih 10 orang
lagi cedera termasuk kanak-kanak.
Prayuth berkata, sehingga kini penduduk di selatan Thailand enggan
bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk membanteras serangan
kumpulan pemisah.
"Saya menghantar permintaan kepada 17 kementerian dan 66 agensi
mengenai bantuan di wilayah selatan. Tentera dan polis hanya
melaksanakan undang-undang tetapi jika tidak dibantu, kita tidak dapat
mencapai persefahaman," kata Prayuth.
Prayuth mendakwa, puak pemisah masih melancarkan serangan untuk menunjukkan mereka masih berkuasa.
Pada masa sama, ketua polis kebangsaan, Adul Saengsingkaew dilaporkan
tiba di pusat operasi polis di Muang, Yala bagi mendapatkan maklumat
lanjut mengenai serangan di Narathiwat, Tak Bai dan Bacho.
Sementara itu, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menyuarakan
kebimbangan terhadap serangan terbaru di wilayah berkenaan. -Bangkok
Post
2 ulasan:
pesan pada askar thai bubar kan islam
Kerajaan Thailand bukalah sedikit ruang berikanlah kuasa Atonomi kepada Penduduk Selatan Thai supaya tidak terjadi lagi Peristiwa2 yg tidak d ingini berlaku...
Catat Ulasan