9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA
LUMPUR 25 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu
menyiasat kemewahan Tan Sri Taib Mahmud ekoran pendedahan anak lelaki
Ketua Menteri Sarawak itu berbelanja tiga suka juta ringgit dalam tempoh
enam bulan pertama tahun ini.
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Voon Shiak Ni, berkata
perbelanjaan mewah Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menggunakan kad caj itu
dikhuatiri hasil kemewahan luar biasa keluarga Taib Mahmud melalui
rasuah dan penyelewengan kuasa.
Bercakap kepada Keadilan Daily,
beliau berkata, banyak laporan sudah dibuat rakyat negeri itu tetapi
SPRM sehingga kini enggan menyiasat, malah berdolak-dalik.
“Keengganan SPRM menyiasat kekayaan luar biasa Taib juga memberi
petanda ketua menteri paling lama di Bumi Kenyalang itu mengamal rasuah
dan salah guna kuasa.
“Lebih 30 tahun memerintah, kekayaan negeri hanya dibolot keluarga
dan kroni. Majoriti rakyat Sarawak kekal miskin, malah antara termiskin
di Malaysia,” katanya.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam diberitahu bil
terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan
perbelanjaan itu dibuat di kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari
di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis.
Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American
Express dari Maybank, pula menunjukkan perbelanjaan RM782,520.55
dikemukakan di mahkamah.
Ia juga mendedahkan bahawa Bekir mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank berkenaan.
Ini didedahkan bekas isteri Bekir, Shahnaz A Majid, 49, ketika
memberi keterangan di mahkamah berhubung dokumen perbankan itu, dalam
tuntutan RM400 juta sebagai harta sepencarian dan hibah.
Pada 2 Oktober lalu, Shahnaz memberi keterangan mengenai kira-kira
RM700 juta dalam akaun asing atas nama Bekir di Amerika Syarikat, negara
Caribbean, Switzerland dan Hong Kong.
Mengikut keterangan Shahnaz, Bekir dikatakan bernilai lebih RM1 bilion.
keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan