9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang
sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki
bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati
selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas Pulau Sebang, Tampin di sini
itu mengakibatkan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Pulau Sebang,
K. Saravannan, 14, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.
Ekoran itu, polis menahan dua pelajar masing-masing berusia 14 tahun
empat jam kemudian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan iaitu membunuh. Sabit kesalahan, mereka boleh dihantar ke
pusat tahanan Henry Gurney, Melaka untuk satu tempoh yang ditetapkan
mahkamah.
Kedua-dua suspek merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Mansur Shah di sini. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd.
Rahman Jid berkata, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang sedang
melepak di tingkat satu bangunan itu sementara menunggu bas untuk pulang
ke rumah ibu saudaranya di Rembia di sini didatangi dua suspek
berkenaan.
Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan