9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SEREMBAN – Seorang pemandu lori balak terpaksa menahan kesakitan
hampir satu jam akibat dihempap beberapa batang kayu balak yang terjatuh
selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan
di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku apabila lori yang
dipandu mangsa yang belum dikenal pasti identiti bersama seorang
kelindan, V. Radakrishnan, 48, dipercayai hilang kawalan sebelum
merempuh lereng bukit laluan berkenaan.
Kelindan lori terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang
ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Difahamkan, lori balak berkenaan yang dalam perjalanan dari arah
Jelebu menuju ke Seremban hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum
melanggar lereng bukit terbabit.
Pegawai Operasi Kanan Bomba Seremban, A. Gonaselan berkata, pihaknya
menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan
sampai di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.27 petang.
Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan