25 Oktober 2012

'Murid Orang Asli ditampar tak baca doa'

9 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



 
Sekumpulan ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan.

Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.

Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka turut ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan ke Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.

Pos Bijai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.

Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.

Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.

malaysiakini/-

2 ulasan:

Unknown berkata...

Sabarlah dik..Mungkin Cikgu tu tengah stres. Kalau adik maafkan cikgu tu lagi besar pahala dapat. Cikgu pulak kenalah mintak maaf kat org tua dia.

Tanpa Nama berkata...

Org politik isu macam nilah yang ditunggu2 utk diperbesarkan. Maklumlah dpt manfaat pd mereka..