24 Mac 2009

Biodata ringkas calon PAS.

Berikut ini adalah biodata ringkas YAB.DS. Muhammad Nizar Jamaluddin . Biodata lengkap akan menyusul.

IR. HAJI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN

PENDIDIKAN :
1.SM A.C.S KAMPAR
2.SM TEKNIK IPOH
3.NORWICH CITY COLLEGE OF SCIENCE TECHNOLOGY, U.K[ A – LEVEL ]
2.UNIV OF ASTON IN BIRMINGHAM, UK [ BSC MECH. ENG ]

PENGALAMAN PEKERJAAN:
1.PENGURUS PROJEK KPPD [ UDA ]
2.PENGURUS KANAN DAYA URUS SDN. BHD. [ UDA ]
3.PENGARAH URUSAN PEN – URUS HARTA S / R [ PDC PENANG ]
4.PERUNDING [ M/E] MECS ENGINEER

KEGIATAN MASYARAKAT:
1.PENGERUSI GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN AIR PERAK
2.TIMB. SETIAUSAHA PPK

JAWATAN DALAM PAS :
1.Timbalan Pesuruhjya PAS Perak.
2.YANG DIPERTUA PAS KAMPAR

Persembahan Dikir Barat Kumpulan pantai Suri meriahkan majlis umum calon PAS.

Persembahan Dikir Barat dari Kumpulan Pantai Suri Kelantan menyerikan lagi Majlis pengumuman Calon PAS PRK Bukit Gantang. Persembahan sekitar 30 minit itu cukup menghiburkan semua yang hadir dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India.

Kumpulan pantai suri menampilkan dengan juaranya J. Endoro dan Lie Mahligai telah berada di Bukit Gantang selama 4 hari bagi mennyampaikan dakwah dengan kesenian Kelantan yang paling populer itu.

Gambar majlis umum calon.

Dato' Seri Muhamaad Nizar jamaluddin, Calon PAS PRK Bukit Gantang.











Nizar berkampung di Bukit Gantang, Zambry bagaimana ?

Pengumuman DS.Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dilihat oleh banyak pihak sebagai pertaruhan suatu maruah yang telah dicalar malah "dilacurkan" oleh UMNO dan Barisan nasional Perak.

Kalaulah Najib dan Zambry sanggup merendah gelombang rakyat dan tsunami politik yang telah memihak kepada rakyat Perak pada 8 Mac 2008, saya cabar Najib dan Zambry untuk berkampung di Bukit Gantang bagi berdepan dengan rakyat tersebut bagi membuktikan kebenaran tindakan mereka.

Jangan jadi bacul untuk tanpil secara jantan dalam perkara ini. Berdepanlah dengan rakyat secara betul tanpa ada unsur sogokan, ugutan dan seribu macam penipuan yang lain. Walaupun kami tidak gusar menghadapi taktik kotor tersebut namun BN masih gusar dan gundah gulana kerana calon yang ditampilah oleh PAS cukup berwibawa dan sangat sesuai untuk mengajar BN dan "menghalau" pemimpin BN keluar dari Bukit Gantang.

Saya juga "merayu" Mohd Osman Jailu untuk balik berkempen bagi memastikan BN lebih cepat kalah. Selain itu saya juga yakin banyak "kasut" yang menunggu kepulangan Osman.

Satu laporan telah diterima dari satu UPU di DUN Changkat Jering mengatakan ada yang bergerak dari rumah ke rumah yang mempunyai anak berkerja di pejabat kerajaan. Ibu bapa telah diugut dengan katanya setiap undi akan dapat dipantau menggunakan steliet dan mereka mendakwa dapat tahu apa yang dipangkah.

Inilah bentuk penipuan dan "lawak bodoh" yang mahu mendapatkan sokongan dari rakyat yang sebetulnya sudah sangat benci kepada BN.

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

PAS memilih Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut akan dibuat malam ini.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas ketua penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Parti itu yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat. Malaysiakini.

Perwakilan Umno temui ROS, minta tunda perhimpunan

Sekumpulan perwakilan Umno akan menemui Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) esok untuk memohon supaya perhimpunan agung Umno minggu ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.

Antara mereka yang akan menemui ROS pada jam 2 petang esok ialah ketua Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor.

"Kita juga hendak meminta ROS menjelaskan bagaimana Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini," katanya .

Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno mengikut perkara 10.1 tataetika ahli umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya terlibat dalam sogokan politik.

Ketiga-tiga ejen Mohd Ali itu juga didapati bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun.

Khairy juga didapati bersalah mengikut perkara yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Mengulas lanjut, Kadar berkata, menurut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti.

Kadar juga mendakwa, 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung kali kerana muflis.

Permit Harakah, Suara Keadilan digantung 3 bulan

Barisan Nasional dalam keadaan terdesak dalam menghadapi gelombang maklumat sebenar yang disampaikan oleh akhbar-akhbar alternatif sehingga sanggup menggantung permit 2 akhbar utama kegemaran rakyat pada masa ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit dua akhbar komponen Pakatan Rakyat iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini..

Ketika mengesahkan perkara tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pengurusan kedua-dua organ PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh mengemukakan rayuan.

"Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu (Harakah dan Suara Keadilan) berkuat kuasa hari ini.

"Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka (Harakah dan Suara Keadilan) masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan," tuduh beliau dalam satu kenyataan.


Suara Keadilan menerima surat daripada KDN tengah hari tadi manakala Harakah pukul 4.55 petang menerusi faks.

Harakah menerima surat tunjuk sebab 26 Februari lalu dikatakan melanggar tiga perkara iaitu menyiarkan berita dan rencana isu-isu semasa, menjual secara umum kepada bukan ahli dan tidak menyerahkan salinan setiap edisi tepat pada masa yang ditetapkan.

Harakah diterbitkan dua kali seminggu manakala Suara Keadilan pula setiap minggu.

Jelas Syed Hamid, Harakah dan Suara Keadilan telah pun diberikan amaran sebelum ini, namun mereka masih gagal mengikut spesifikasi berita yang sepatutnya.

"Ada berita yang mempertikaikan kedudukan Raja-raja, dan isu-isu disiarkan juga berupa laporan yang tidak tepat dari segi maklumat dan sumbernya... ini yang kita kesal," ujarnya.

Syed Hamid berkata, kedua-dua organ parti itu boleh mengemukakan rayuan.

Kedua-dua akhbar berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata surat penggantungan telah diterima di ibu pejabat parti tersebut tengah hari tadi.

"Namun tiada sebarang sebab dikemukakan," katanya.

Tegasnya, tindakan tersebut jelas bermotifkan politik.

"Ini satu serangan kepada kami (PKR), nampak sangat mereka (Barisan Nasional) menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menyekat kebebasan akhbar di negara ini.

"Mengapa tindakan menggantung Suara Keadilan dilakukan menjelang pemilihan Umno dan tiga pilihan raya kecil yang akan berlangsung 7 April ini?

"Kenapa tidak dari tahun lalu lagi?" katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan Batu berkata, BN takut maklumat tentang kelemahan serta kerapuhan dalam parti itu dipaparkan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah.

"Jadi mereka ambil jalan mudah dengan menyekat pengedaran akhbar parti pembangkang supaya maklumat ini tidak sampai kepada orang ramai," katanya.

Chua turut mengesahkan parti itu akan membuat rayuan kepada KDN untuk menarik balik larangan yang dikeluarkan ke atas akhbar rasmi parti itu.

"Kita akan buat rayuan dalam masa terdekat, tapi saya tidak dapat putuskan bila. Yang pasti kami akan merayu minta KDN tarik semula larangan ke atas Suara Keadilan," katanya.

Majlis Anwar di Bukit Selambau diserang gas pemedih mata FRU

BANTU... Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din (kiri) membantu seorang penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang terkena gas pemedih mata ketika tindakan Unit Simpanan Persekutuan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah malam tadi.


Tinggal kurang seminggu menjelang hari penamaan calon Bukit Selambau, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan hampir 5,000 orang di Sungai Petani, yang datang untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Lebih 18 penyokong Anwar dan orang awam dilaporkan telah ditahan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Muda.

Mereka termasuklah beberapa pembantu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ketua staf Anwar, Ibrahim Yaacob.

Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar yang dipetik Malaysian Insider berkata, "saya sangat marah kerana FRU menggunakan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan 5,000 orang yang berhimpur untuk mendengar ucapan Anwar."

Ketua PKR Bahagian Merbok, Datuk Rashid Din ketika dihubungi mStar Online pula mengesahkan sejumlah penyokong dan orang ramai ditahan dalam tindakan FRU itu.

"Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Kuala Muda," kata beliau kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Penamaan calon kerusi Bukit Selambau diadakan Ahad ini manakala pengundian dijadual 7 April.

Bagaimanapun calon Pakatan Rakyat kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S. Manikumar menafikan beliau turut ditahan.

Manikumar ketika dihubungi berkata: "Saya OK, saya OK... saya berada dalam keadaan baik."

Kata beliau, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memang telah ditahan termasuk dari PKR dan DAP.

Jelas beliau, segala-galanya bermula apabila Anwar mula menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat dan PKR di sini malam ini.

"Sebaik sahaja Anwar mula berucap, gas pemedih dilepaskan menyebabkan ramai yang melarikan diri ke bangunan dua tingkat.

"Mereka hanya meninggalkan apaila FRU beredar," kata beliau sambil menambah, majlis tersebut bermula pukul 9.30 malam.

Laporan portal terdahulu melaporkan Manikumar turut ditahan.

FRU ganggu majlis pengumuman calon.

Lebih 10 orang FRU dan pegawai keselamatan menganggu ceramah PAS.


BUKIT GANTANG : Semasa majlis pengumuman calon berjalan dengan lancar dan sampai kepada wakil dari PKR berucap iaitu Naib Presidennya YB. Azmin Ali pasukan keselamatan kelihatan berada ditangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS.

Ceramah pengumuman calon sebenarnya telah mendapat permit dari pihak keselamatan dan kebenaran itu dibacakan oleh pengerusi majlis ceramah, Ust. Misbahul Munir semasa ceramah dimulai, malah beliau mengucapkan terima kasih dengan kerjasama dari pihak keselamatan.

Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapan aluannya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mengeluarkan permit.

Akhirnya hasil dari perbincangan, pihak penganjur terpaska akur dengan arahan menghadkan masa sehingga jam 11.00 malam sahaja walaupun masa asal yang dibenarkan sehingga jam 12.00 malam.


Nizar : Saya akan teruskan kerja baik Hj. Roslan Sharum.

"Saya ucapkan penghargaan kepada YB. Presiden PAS dan PAS yang telah mencalonkan saya , InsyaAllah saya akan meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Allahyarham Hj. Roslan Sharum" demikian antara ucapan DS. Muhammad Nizar Jamaluddin selepas diumumkan sebagai calon PRK Bukit Gantang

Nizar calon PAS PRK Bukit Gantang

YAB DS. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diumumkan oleh Presiden PAS sebagai calon PRK Bukit Gantang sebentar tadi. Pengumuman itu disambut dengan taklbir dan tepukan gemuruh dari lebih 30,000 orang penyokong yang hadir dalam Majlis pengistiharan calon yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya Sebentar tadi.

Bukit Gantang: Pakatan umum calon malam ini

Pakatan Rakyat akan mengumumkan malam ini nama calonnya dari PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang pada 7 April depan.

Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Padang Taman Kota, Taiping.

Menurut satu kenyataan PAS hari ini, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan turut hadir di ceramah tersebut.

Beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Mereka adalah Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; dan ahli jawatankuasa PAS pusat, Idris Ahmad.Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Namun begitu keputusan muktamad siapakah calon pilihan Pakatan Rakyat akan ditentukan dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat yang diadakan di sini petang ini.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Namun begitu keputusan muktamad siapakah calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat akan ditentukan oleh Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini.

Isu Perlembagaan Perak diputus Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah membenarkan bantahan awal oleh Sulaiman Abdullah, peguam utama Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bahawa Mahkamah Persekutuan tidak tertakluk kepada bidang kuasa untuk mendengar empat persoalan yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan.

Mahkamah sepatutnya hari ini mendengar kes berhubung empat persoalan yang dibangkitkan dalam saman Mohammad Nizar yang mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Alauddin berkata panel lima hakim bersepakat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah agar empat persoalan itu dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman kerana seksyen itu hanya terbatas kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya perlembagan negeri.

Beliau kemudian mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac lepas, dan mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan. Tiada tarikh ditetapkan.

Mohammad Nizar, 52, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.Mstar.

Norza lucut hak tanding MT

KUALA LUMPUR:: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakaria hari ini dilucutkan hak daripada bertanding mempertahankan jawatan itu Khamis ini.

Perkara itu diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini yang melarang Norza daripada bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Majistret Temerloh, atas dua tuduhan bagi memenangi jawatan pada pemilihan UMNO peringkat pusat.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Mohamad Norza boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.

Norza mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.Mstar.

Terkini: Jam 3.00 petang, Mesyuarat AJK Pas pusat tentukan calon Bukit Gantang.

BUKIT GANTANG : Mesyuarat AJK PAS Pusat bagi menentukan siapakah calon bagi PRK Bukit Gantang telah berlangsung sejak jam 3.00 tadi di Markas Tarbiyah PAS Ayer Kuning disini..

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB. Dato' Presiden PAS itu dihadiri oleh Timbalan Presiden dan AJK Pusat yang lain.

Difahamkan keputusan siapakah yang akan dicalonkan sebagai calon PAS akan ditentukan pada petang ini dan pengumumannya akan berlangsung di Padang Taman Kota Jaya Simpang pada jam 9.00 malam ini.

Gambar : 22 Mac 2009.


Perang poster, satu tradisi pilihanraya yang memeriahkan suasana.


22 Mac/Penyampaian hadiah di Hari Pasti Sungai Tinggi Trong.


22 Mac, 12.00 tengahhari/ Pemeriksaan kesihatan percuma.


22 Mac, 3.00 petang/ Taklimat penerangan bersama Ust. Misbah.


22 Mac 5.30 petang/Ceramah Kelab Penyokong PAS, di Simpang Halt.


21 Mac, 9.30 malam/ Ceramah Krisis Ekonomi anjuran PSM Jelapang.


22 Mac, 6.30 petang/ Ceramah Kaum Cina di Taman Kaya.


22 Mac, 9.30 malam/ Persembahan dikir barat kumpulan Pantai Suri di Markaz Penuda Changkat Ibul.


Terkini : Cara ke tempat pengumuman calon malam ini.


BUKIT GANTANG : Persiapan tempat pengumuman calon PAS yang akan diadakan malam ini di Padang Taman Kota Jaya berjalan lancar.

Berikut ini adalah keterangan ringkas untuk ke tapak ceramah tersebut....

1. Bagi yang datang dari sebelah utara, sila keluar di Tok Kamunting/Taiping sesudah itu beluk sebelah kanan. Sebelum sampai di Simpang terdapat lampu isyarat/simpang tiga. Tempat itu baru diturap jalan dengan "mee segera". Sila beluk ke kanan. Simpang itu adalah sebelum Balai Polis Simpang.

2. Sahabat yang datang dari selatan/Ipoh/Kuala Kangsar sila keluar di Tol Changkat Jering. Beluk ke kiri dan menghala ke Simpang juga ke sebelah kiri dari pekan Changkat Jering. Tempat ceramah adalah selepas simpang empat dan balai Polis Simpang. Jumpa lampu Isyarat sesudah balai polis sila beluk ke kiri.

TERKINI : Mee segera datang, bukti Najib bohong.

BUKIT GANTANG : Semasa mengumumkan tidak ada lagi "mee segera" dalam piliharaya kali ini, saya agak terkejut dan termenung panjang. Terfikir macamana kalau tidak ada mee segera kerana itulah bentuk kempen UMNO yang paling utama. Hatta dengan selori tanah merah pun orang Melayu telah sanggup mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya.

Kesimpulan awal saya ambil, mustahil UMNO tidak turunkan mee segera di Bukit Gantang.

Dalam perjalanan ke Bukit Gantang dari Parit Buntar pagi ini saya sempat mengambil gambar di atas, dan gambar ini diambil berdekatan dengan simpang masuk ke Padang permainan Taman Kota Jaya tempat akan berlangsungnya pengumuman Calon PAS malam.

Perbanyakkanlah mee segera di Bukit Ganbtang, dan saya yakin rakyat Bukit Gantang tidak mampu ditipu lagi untuk kali ini dan kali berikutnya.

Begitulah nasib rakyat Malaysia terutamanya yang masih menyokong BN,sentiasa ditipu dan terus ditipu berulang kali oleh pemimpinnya yang tahu jenis penyokongnya yang mudah ditipu.

10 Tabiat Rosakkan Otak

Email : ila zamzila"

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Wasiat ke-9 Al-Banna, sebarkanlah salam!

Oleh : Fahri Abdullah al-Masri

Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. - Hasan al-Banna.

Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.

Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan.

Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja. Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada pendokong gerakan Ikhwan Muslimin.

"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara: "Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah, menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Lihat anjuran agama yang mahukan umatnya menyebarluaskan salam itu. Semua ini tidak lari dan tidak jauh daripada sikap Islam yang mahu menjadi juara kepada perpaduan sejagat dan Islam sebagai faham yang membawa rahmat ke serata alam.

Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.

Sinar Islam malap oleh sikap Muslimin

Diakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, "Al-Islam mahjuubun bil Muslimin - (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."

Wasiat ke-9 Al-Banna ini tidak lari daripada seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." - (lmam at-Tirmizi).

Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.

"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86)

'Budaya lepak' secara Islam

Budaya lepak bukan budaya baru. Rasulullah s.a.w tidak suka mereka yang berada di tepian jalanan. Maka, baginda tegah para sahabat membuat pekerjaan yang sia-sia di tepi jalan itu. Tapi jika kita mahu berlepak-lepak juga, hendaklah kita melaksanakan 'hak-hak jalan' itu. Maka, termasuk dalam hak jalan itu ialah menjawab salam!

Dari Abi Sa'id Al-Khudriy r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah duduk-duduk di pinggir jalan!" Sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap dalamnya."

Rasulullah berkata, "Kalau enggan meninggalkannya, maka beri hak jalan itu." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?" kata Rasulullah, "Tundukkan pandangan, singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar." (Muttafaq 'alaih).

Maka, perbuatan duduk di tepi jalan atau minum-minum petang di kedai kopi dan berbual-bual itu tergolong dalam istilah budaya lepak dalam masyarakat kita. Maka, hendaklah kita menunaikan hak-hak jalan di tempat kita sedang bersantai itu. Rasulullah cuba mengelakkan kita, tapi jika hendak melakukannya, maka hendaklah menunaikan hak jalan.

Kita lihat, dakwah Hasan al-Banna pun bermula di tempat lepak juga. Seperti yang kita ketahui, Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.

Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.

Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti Yahudi, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan nabi.

Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam. Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.

Kita telah lama berdakwah di dalam Parlimen, mendakwahkan orang-orang atasan. Tapi, orang-orang bawahan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di atas mimbar masjid, di khutbah-khutbah Jumaat dan di Parlimen.

Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan.

10:15 p.m, 20 Mac
Sekolah Pemikiran Kg Baru