24 Mac 2009

FRU ganggu majlis pengumuman calon.

Lebih 10 orang FRU dan pegawai keselamatan menganggu ceramah PAS.


BUKIT GANTANG : Semasa majlis pengumuman calon berjalan dengan lancar dan sampai kepada wakil dari PKR berucap iaitu Naib Presidennya YB. Azmin Ali pasukan keselamatan kelihatan berada ditangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS.

Ceramah pengumuman calon sebenarnya telah mendapat permit dari pihak keselamatan dan kebenaran itu dibacakan oleh pengerusi majlis ceramah, Ust. Misbahul Munir semasa ceramah dimulai, malah beliau mengucapkan terima kasih dengan kerjasama dari pihak keselamatan.

Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapan aluannya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mengeluarkan permit.

Akhirnya hasil dari perbincangan, pihak penganjur terpaska akur dengan arahan menghadkan masa sehingga jam 11.00 malam sahaja walaupun masa asal yang dibenarkan sehingga jam 12.00 malam.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersabarlah...

Itulah liku-liku perjalanan menuju kemenangan yang gilang gemilang. Jangan harapkan kemenangan mudah kerana UMNO mempertaruhkan masa depan mereka dalam pilihanraya akan datang dalam PRK ini.
Terus MARA!!

Tanpa Nama berkata...

Aku meluat habis dgn gangguan serupa ni...apa ni? Tak payah buat pilihanraya la kalau tak bagi orang berucap! Kalau rakyat maki Polis, patut lah nak marah pun, ni mana ada gitu, kalau orang maki UMNO dan bongkar rahsia jahat pemimpinnya , salah ke. undang undang apa ni? Tak payahlah kita hantar anak anak kita gi sekolah pagi pagi. Kan masa hantar depa ke sekolah, dihati kecil kita terdetik...harap anak aku ni jadi orang baik laaaa. Tapi ebaik saja kita hantar anak tadi dan mula ke pejabat...kita pulak berkelakuan macam tak baik!! So..ketam mengajar anak jalan betul le

Tanpa Nama berkata...

inilah tanda kemenangan pakatan rakyat. Teruskan perjuangan. Tumbangkan Be End/umno