24 Mac 2009

Nizar berkampung di Bukit Gantang, Zambry bagaimana ?

Pengumuman DS.Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dilihat oleh banyak pihak sebagai pertaruhan suatu maruah yang telah dicalar malah "dilacurkan" oleh UMNO dan Barisan nasional Perak.

Kalaulah Najib dan Zambry sanggup merendah gelombang rakyat dan tsunami politik yang telah memihak kepada rakyat Perak pada 8 Mac 2008, saya cabar Najib dan Zambry untuk berkampung di Bukit Gantang bagi berdepan dengan rakyat tersebut bagi membuktikan kebenaran tindakan mereka.

Jangan jadi bacul untuk tanpil secara jantan dalam perkara ini. Berdepanlah dengan rakyat secara betul tanpa ada unsur sogokan, ugutan dan seribu macam penipuan yang lain. Walaupun kami tidak gusar menghadapi taktik kotor tersebut namun BN masih gusar dan gundah gulana kerana calon yang ditampilah oleh PAS cukup berwibawa dan sangat sesuai untuk mengajar BN dan "menghalau" pemimpin BN keluar dari Bukit Gantang.

Saya juga "merayu" Mohd Osman Jailu untuk balik berkempen bagi memastikan BN lebih cepat kalah. Selain itu saya juga yakin banyak "kasut" yang menunggu kepulangan Osman.

Satu laporan telah diterima dari satu UPU di DUN Changkat Jering mengatakan ada yang bergerak dari rumah ke rumah yang mempunyai anak berkerja di pejabat kerajaan. Ibu bapa telah diugut dengan katanya setiap undi akan dapat dipantau menggunakan steliet dan mereka mendakwa dapat tahu apa yang dipangkah.

Inilah bentuk penipuan dan "lawak bodoh" yang mahu mendapatkan sokongan dari rakyat yang sebetulnya sudah sangat benci kepada BN.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

knapa x cakap satelit lawak tu pun blh tahu sekali apa dalam hati para pengundi...nak bohong bajet2 la...rakyat sekarang tau la B-END memang penipu dan pendusta!!!

Unknown berkata...

Tindakan BN merampas kuasa rakyat di Perak telah menunjukkan kuasa Rakyat telah direndahkan apakah anda hanya mampu duduk dan melihat sajer??????????????

Tanpa Nama berkata...

Jawablah pulak.. satelit tu cuma boleh baca pangkah (X) dalam bahasa inggeris sahaja.. jadi kita pangkah (X) sahaja dalam bahasa Melayu..

Tanpa Nama berkata...

kalau betoi le satalit tu leh nampak tunjukkan sape yang bom altantuya dan sape genaral bom tersebut bru betoi....pe barang punya makhluk ummo
nak tipu tak betoi tempat///

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

yg blogger ditahan tu pun nak tunjuk bahawa semua BN boleh tahu/tangkap..Supaya org takut tengok internet.