24 Mac 2009

Bukit Gantang: Pakatan umum calon malam ini

Pakatan Rakyat akan mengumumkan malam ini nama calonnya dari PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang pada 7 April depan.

Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Padang Taman Kota, Taiping.

Menurut satu kenyataan PAS hari ini, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan turut hadir di ceramah tersebut.

Beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Mereka adalah Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; dan ahli jawatankuasa PAS pusat, Idris Ahmad.Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Namun begitu keputusan muktamad siapakah calon pilihan Pakatan Rakyat akan ditentukan dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat yang diadakan di sini petang ini.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Namun begitu keputusan muktamad siapakah calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat akan ditentukan oleh Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada petang ini.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan Mad Sabu sudahlah. Ustaz Idris calon terbaik. Dr Apa nama tupun boleh jugak.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Walau pun sesiapa calon yang di pertengahkan saya rasa tidak penting.Paling penting sekali bukit gantang tetap bersama pakatan rakyat jangan biarkan jatuh kepada BN durjana pengamal rasuah.

Tanpa Nama berkata...

x kira sape calon,yg penting teguhkan jemaah,susunkan saf dan bulatkan tekad,kuatkan doa dan tawakalInsyaallah Bukit Gantang milik kita

Tanpa Nama berkata...

Calun popular ialah Nizar. Apa salah bagi dia Parlemen tu. Kalau dah tahu calun tak popular tu dah banyak kali tertunging janganlah banyak kerenah sangat.Kalau tidak ambillah Dr.Azhar Mulkan tu?

Tanpa Nama berkata...

السلام عليكــم
demi Islam kita sokong sesiapa yang
dipilih oleh pemimpin

leaflizard berkata...

di taman ria sg petani, saya ada terima SMS, dah kene tembak gas pemedih mata..

masyaALLAH....

sedih nya..

Tanpa Nama berkata...

YES MENTERI BESAR KITA CALON PAS BUKIT GANTANG..TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

MB NIZAR, CALON PAS DI BUKIT GANTANG...

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Syabas diucapkan kepada YB DS Nizar kerana sudah terpilih menjadi Calon PAS dalam PRK 059.Apa yang menjadi tandatanya kpd saya ialah kenapa AJK Pusat memilih calon yang tidak persetujui oleh Mursyidul Am.Sebelum ini YAB Musyidul Am dengan keras menolak cadangan awal supaya YAB DS Nizar jamaluddin calon Parlimen Bukit Gantang-tulisan ini tanpa perjudis.

Tanpa Nama berkata...

itu pandangan peribadi tuan guru mursyidul am.tak mengapa.Raikan syura,teguhkan jemaah,mantapkan saf.Gempur habis-habisan,menangkan calon kita,Dato'Seri Nizar Jamaluddin.Takbirrrrrr.dari Kaherah Mesir

Bangsa Cina Malaysia berkata...

InsyaAllah malay chinese indian will all vote for MB Nizar 100%.

Ameen.