03 September 2009

Sidang di hotel: Ganesan dan Hee 'dihukum penjara'

Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Laporan jawatankuasa tersebut yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan tahun lalu, dibentangkan dalam sidang DUN kelmarin yang berlangsung di Hotel Heritage Ipoh, selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak pagi tadi.

Perbahasan hangat berlangsung mengenai tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.

Wakil Pakatan berkata, Ganesan, yang bukan ADUN, juga dilihat duduk di meja BN. Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.

Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.

Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru.

Selepas laporan jawatankuasa itu disahkan oleh dewan, Sivakumar berkata beliau akan mengarahkan polis untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut.

Pada mulanya, Sivakumar dan ADUN Pakatan cuba mengadakan persidangan di dewan DUN yang terletak di dalam bangunan SUK.

Bagaimanapun, polis mengawal ketat bangunan tersebut dan menghalang mereka masuk. Selepas setengah jam bertegang urat dengan polis, Sivakumar dan ADUN Pakatan beralih ke Hotel Heritage.

Di hotel tersebut, Sivakumar duduk di kerusi yang ditinggikan manakala setiausaha dewan yang dilantik Pakatan, Misbahul Munir Masduki duduk di bawah di depannya.

Hotel tersebut digunakan berdasarkan kepada doktrin keperluan, kata Sivakumar.

Manakala tempat duduk ADUN yang lain disusun dalam bentuk ladam kuda, dengan wakil rakyat Pakatan duduk di sebelah kanan speaker (untuk ADUN kerajaan negeri yang memerintah), manakala kerusi untuk pembangkang kosong.

Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Tiada tempat duduk disediakan untuk mereka yang diisytiharkan oleh Sivakumar telah meletak jawatan atau digantung semasa 'sidang bawah pokok' 3 Mac lalu.

Mereka yang diisytiharkan oleh Sivakumar telah menyerahkan surat letak jawatan tanpa tarikh adalah tiga ADUN Bebas yang menyokong BN - Hee (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

Manakala mereka yang digantung sewaktu sidang 'bawah pokok' lalu ialah Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir (Pangkor), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Ramly Zahari (Manong), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Mah Hang Soon (Chenderiang).

Jawatankuasa DUN dilantik semula

Sementara itu, sidang di hotel itu juga menyaksikan pelantikan semula tiga jawatankuasa DUN - Hak dan Kebebasan, Kira-kira Awam dan Peraturan Tutup.

Berikutan itu, perbahasan menjadi panas berhubung usul tergempar mengecam tindakan polis yang didakwa menjadi “alat BN' untuk menghalang ADUN Pakatan daripada melaksanakan tugas mereka pagi tadi.

Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) memberi amaran bahawa kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Sivakumar berkata DUN masih kekal menggesa Sultan membubarkan DUN, seperti usul yang diluluskan dalam sidang 'bawah pokok'.

"Memandangkan dewan masih belum dibubarkan, maka kita terpaksa mengadakan sidang hari ini,” katanya.

Mengikut perlembagaan Perak, DUN mesti bersidang setiap enam bulan. Walaupun ia tidak menyatakan apa yang akan berlaku jika DUN tidak bersidang mengikut tempoh tersebut, tetapi pakar-pakar perundangan percaya ia boleh membawa kepada pembubaran dewan secara automatik.

Menteri Besar Perak Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menggesa polis supaya menghormati DUN dan menjalankan arahan speaker supaya mereka yang 'dihukum' ditangkap.

"Jika mereka tidak mengambil tindakan tersebut, ia di luar bidangkuasa kita,” katanya, sambil menambah bahawa sebaik sahaja minit persidangan diwartakan, ia akan dikemukakan kepada istana.

Nizar bertegas bahawa sidang pada 7 Mei lalu tidak berlaku dan semua keputusan yang dibuat adalah tidak sah kerana ia tidak mematuhi prosedur yang betul.

Terkini 2.00 pm : Sidang Media Berakhir...

Sidang media baru berakhir sebentar tadi dengan beberapa kenyataan dari Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin (kandungana sidang medianya akan menyusul). Selepas itu semua ADUN bersurai. Bagi yang non muslim satu jamuan tengahari disediakan di hotel yang sama dan bagi ADUN yang beragama Islam diberikan kupon untuk digunakan di lain masa.


Sidang DUN di hotel

Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.

Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.

ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.

Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.

Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:

1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).

2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

Malaysiakini/-

Terkini 1.40 pm : Sidang Media selepas sidang ditangguh..

Sekarang ini satu sidang media sedang berjalan setelah sidang DUN yang mencatat satu lagi sejarah ditangguhkan oleh Speaker Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar.



Terkini 1.40 pm : Sidang ditangguhkan Speaker

Setelah DS. Nizar menghabiskan ucapannya tadi, Speaker PR, V.Sivakumar menangguhkan sementara sidang sehingga tarikh dan masa yang dimaklumkan kemudian...


Terkini 1.35 pm : Mesyuarat masih berjalan....

Pada masa ini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Nizar sedang membahaskan usul.


ADUN Kuala Kurau kecam tindakan Polis pilih bulu..

ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari mengecam tindakan polis yang membenarkan Pemuda Umno memakai baju kuning bertulis Daulat Tuanku mengganggu ADUN Pakatan Rakyat untuk memasuki dewan pagi tadi. Sikap double standard ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan pihak polis yang ditugaskan menjaga keselamatan tanpa mengira sesiapa pun.


Terkini : Perbahasan Usul Tergempar

Setakat ini ADUN Canning, YB Wong Kar Woh, ADUN Pantai Remis, YB Nga Kor Ming, ADUN Melintang, YB Kesevan, ADUN Teja, YB Chan Lih Kang, ADUN Lubuk Merbau, YB Hj Mohd Zainuddin dan ADUN Kepayang, YB Loke Chee Yan telah membahaskan USUL TERGEMPAR tentang isu kelakuan jahat dan tindakan kekerasan terhadap ADUN Pakatan Rakyat pada pagi tadi.


Terkini 1.15 pm : Mereka yang ditangkap di balai polis Sungai Chenam

Semua mereka yang ditangkap diberitakan ditempatkan di Balai Polis Sungai Chenam Ipoh, belakang Stadium Ipoh.


Terkini 12.52 : Usul Tergempar diterima Speaker untuk di bahas

Usul TERGEMPAR mengutuk tindakan BN menggunakan pasukan keselamatan bagi menghalang sidang DUN pada hari ini DITERIMA SEBENTAR tadi oleh Speaker, dan mula di bahas.....


Terkini 12.45 : Usul tergempar kecam tindakan Polis

Sekarang ni satu USUL TERGEMPAR MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN PIHAK POLIS MENGHALANG ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke dalam bangunan DUN Perak bagi mengadakan Sidang pada hari ini.



Kumpulan Pro-BN

Sementara itu, kumpulan kedua - penyokong BN yang memakai baju kuning - juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.

Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.

Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.

Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.

Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

MalaysiaKini/-

ADUN Pakatan ditangkap, SUK Perak dikawal ketat

Kemaskini



ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.
"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

Turut ditahangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.

Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.

Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.

Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.

"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.

Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.


MalaysiaKini/-



Terkini 12.00 : Sidang diadakan di Hotel Heritage

IPOH : Atas dasar keperluan setelah di halang dengan ketat oleh pihak keselamatan maka Sidang DUN pada hari ini diteruskan juga di Hotel Heritage di sini.


Sidang DUN 2 September - Adun cuba bergerak ke Dewan





'Spiderman' didenda RM2,000, bersalah ceroboh menara KLCC

Alain "Spiderman" Robert mengaku bersalah di mahkamah majistret hari ini atas kesalahan menceroboh menara berkembar Petronas pagi semalam.

Pemanjat bangunan berasal dari Perancis yang tersohor di dunia - sehingga digelar "Spiderman" diwakili oleh tiga peguam yang diketuai oleh Wong Kian Kheong, peguam yang membela Abdul Razak Baginda.

Robert dituduh bawah Seksten 447 Kanun Keseksaan atau kesalahan pencerobohan jenayah di depan majistret Siti Shakirah Mohtaruddin.

Beliau dikenakan hukuman RM2,000.

Semalam, lelaki 46 tahun itu mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu pada Subuh dan sampai ke kemuncaknya dua jam kemudian, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, gagal.

Robert bagaimanapun dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau pernah memanjat Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.

Malaysiakini/-


Alahai Gadis Melayu!

Oleh : mohd fauzi ge

Program ubah format ikut selera penonton

APA sudah jadi kepada program realiti Gadis Melayu musim kedua? Program terbitan TV9 yang baru memulakan musim barunya pada 6 Ogos yang lalu seperti lari daripada objektif asalnya mencari sekumpulan gadis yang penuh dengan ciri kemelayuan.

Pada sidang media mengumumkan kemunculan semula program itu, wakil TV9 memberitahu memang wujud perubahan pada program Gadis Melayu kali ini yang berkonsepkan kontemporari dan moden. Seperti yang dijanjikan TV9, apabila program itu memulakan siarannya satu fasa perubahan besar berlaku kepada program berkenaan. Paling ketara, penampilan 12 peserta serta dua hosnya iaitu Sharifah Shawati dan Juliana Evans langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan.


Jika pada musim terdahulu, pesertanya kelihatan ayu berbaju kurung tetapi kali ini terutamanya pada episod yang ketiga, tiada lagi baju kurung atau kebaya tersarung pada tubuh pesertanya sebaliknya baju di paras lutut serta seluar ketat menjadi pilihan.

Kenapakah TV9 mahu memodenkan sebuah program unik? Sepatutnya mereka berbangga kerana belum pernah ada mana-mana stesen televisyen mewujudkan program sebegitu. Apabila Gadis Melayu dikontemporarikan, ia sekali gus meletakkan program ini sama dengan program stesen televisyen lain yang mencungkil bakat wanita muda dalam bidang pengacaraan.

Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.
Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.

Kota Seputeh: SPR boleh dipersoal di mahkamah

Keputusan SPR kelmarin telah terang dianggap adil oleh pemimpin UMNO. Ia juga suatu keputusan yang melegakan Datuk Abu Hasan Sarif, ADUN Kota Seputih yang jelas tidak bertanggungjawab, cuai dan menghina dewan undangan negeri Kedah.

Kenyataan Pengerusi SPR mengenai keputusan 'tiada kekosongan' di DUN Kota Seputeh adalah beralaskan hujah 'politik' bukannya 'perlembagaan'. Ia semacam sama dengan keputusan ketika memutuskan kedudukan dua ADUN Perak (Changkat Jering dan Behrang) pada 3 Februari 2009 lalu - tidak kosong kerusi kerana meletak jawatan melalui surat perletakan jawatan yang ditulis lebih awal sebelum melompat parti.

Alasan SPR mengenai Kota Seputih adalah berlandaskan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah ( ... mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan) yang ditafsirkan sebagai "tidak boleh disabitkan ke atas Abu Hasan kerana dua kali ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan bukan dalam satu penggal yang sama." Sementara itu, SPR turut menerima bukti surat sakit ADUN tersebut sebagai alasan ketidak hadirannya ke sidang DUN.

Mungkin kita boleh komen atas alasan SPR itu: Pertama, Perkara 51 jelas tidak menyatakan kekosongan kerusi berlaku bila seseorang ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut dalam tempoh satu penggal yang sama; keduanya, SPR mudah percaya dengan bukti surat sakit itu dibuat, tanpa mempersoalkan sejauhmanakah sahihnya, atau mungkinkah surat sakit itu bertujuan menutup kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ADUN tersebut yang jelas menghina dewan undangan negeri.

SPR juga dilaporkan berpandangan bahawa di atas ketidakhadiran ADUN itu sebanyak dua kali berturut-turut, padan dengan dipanggil ADUN itu menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan atas kesalahan tidak melaporkan ketidakhadirannya ke sidang dewan. Di sini, mungkin SPR tidak melihat kekuatan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Seorang ADUN yang telah bersumpah dalam dewan wajib mematuhi kesemua undang-undang yang berkaitan. Maka, tindakan ADUN itu sudah jelas gagal melapordiri hadir adalah jelas melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan melanggar sumpahnya sendiri. Oleh itu, sewajarnya Speaker menghukum mengikut kuasanya, ADUN itu hendaklah gugur. Sekarang jelas, SPR sekali lagi bertindak tanpa melihat kuasa khas Speaker menurut lunas undang-undang yang ada. Sebaliknya SPR menyebelahi kedudukan ADUN yang cuai, engkar dan menghina dewan.

Sehubungan itu, kita sepatutnya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyerahkan tindakan SPR itu kepada pihak Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Penasihat Undang-undang Negeri membawanya ke mahkamah. Sewajarnya keputusan SPR kelmarin diseret ke mahkamah bagi mendapat pentafsiran yang memuaskan semua pihak.

Sesuai dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini, semestinya Tuhan Yang Esa bersifat adil seadil-adilnya dalam meletakkan segala amal perbuatan manusia. Layakkah seseorang itu menerima pahala atas perbuatan yang boleh mencetuskan kekalutan dalam negara? Semuga sifat maha pengampun Tuhan akan mengampunkan semua manusia yang bertaubat.

HarakahDaily.Net/-

Catatan Ramadhan 3: Dapat 3 juzuk di hari minggu?

Oleh : hamdy

salam,

Catatan saya yg lalu mengatakan bahawa untuk melakukan sesuatu yang extra pada bulan ramadhan ia memerlukan kepada satu tekad dan keazaman yang tinggi. Keazaman yang tinggi itu diperlukan untuk mengatasi rasa malas atau rasa keletihan.
Keazaman yang tinggi itu juga akan membuatkan diri terasa kuat atau buat buat kuat walaupun nafsu mengatakan malas.

Hari hari cuti pula adalah amat penting dalam bulan ramadhan. Ianya merupakan hari yang memberi peluang utk keluarga membeli barangan persediaan untuk hari raya. Ia juga merupakan hari yang sedap untuk tidur lebih pada bulan ramadhan. Bagi mereka yang telah menanam azam utk melakukan extra pada bulan ramadhan, hari cuti juga merupakan hari dimana pembacaan quran akan dilebihkan. Jika pada hari bekerja, kita terkejar kejar atau tercuri curi untuk membaca quran tetapi pada hari cuti jika kita pandai mengatur masa maka quran itu dapat dibaca pada masa yang baik. Ini bermakna jika keluarga mahu membeli belah, pembacaan quran dapat kita rancangkan juga.

Mengambil peluang untuk membaca quran dengan lebih pada masa cuti adalah penting dalam memastikan untuk kita mencapai target kita dalam menghabiskan quran. Kalau pun target kita hanya separuh quran tetapi dengan penggunaan hari cuti utk membaca quran, kita mungkin akan mencapai lebih dari separuh quran.

Persoalannya, pada cuti hujung minggu yang lalu, dapatkah anda menghabiskan paling kurang 3 juzuk alquran? Jika tidak, maka anda mungkin mahu melihat kembali fokus anda terhadap ramadhan ini. Jika fokus anda hanyalah sekadar berpuasa siang hari dan pergi terawih yang kadang2 missed, maka mungkin itu tidak mengapa. Tetapi jika target ramadhan anda lebih tinggi dari itu, maka ana mungkin mahu melihat kembali rancangan pembacaan quran anda.

DAN jika anda adalah dari golongan yang dikatakan sebagai aktivis islam atau yang mahu dan memperjuangkan penegakkan syariah, maka adalah malang jika anda gagal menghabiskan minima 3 juzuk semasa cuti 3 hari yang lalu. Standard yang tinggi perlu diletakkan kepada mereka yang mahu memperjuangkan penegakkan syariah dibumi malaysia.

Saya mengingatkan diri saya sambil berkongsi idea ini dengan anda jika anda juga berminat untuk mengingatkan diri anda.

Kota Seputeh: Umno kalah 8-0

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu," kata beliau.

Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

"Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

"Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya.

Image"Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

"Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya.

"Amat malang bagi demokrasi negara ini apabila SPR menjadi watak kartun untuk menemani Umno yang menggeletar ketakutan untuk menghadapi pilihan raya dan kuasa rakyat," katanya.

Mahfuz menyifatkan SPR sengaja mencari-cari alasan apabila mendakwa bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh kerana beliau tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza dan bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama," kata beliau.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Sepatutnya, kata beliau, Umno yang mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR pula yang menjadi mahkamah yang mentafsir dan membuat keputusan sebelah pihak.

Mengenai surat cuti sakit ADUN Kota Seputeh ayang diterima oleh SPR, Mahfuz mempersoalkan keengganan SPR menyiasat surat cuti sakit itu.

"Adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit? Sedangkan, akhbar Sinar Harian edisi tempatan melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu," beliau mempersoalkan.

Mahfuz mempersoalkan mengapa SPR tidak mengambilkira persetujuan Speaker untuk membolehkan seseoran ADUN tidak menghadiri sidang DUN.

"Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN," katanya.

Sebelum ini Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno yang hilang keanggotaannya di dalam dewan itu.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Seputeh selama empat penggal berturut-turut.

HarakahDaily.Net/-

Jalan ke bangunan SUK Perak ditutup

IPOH, 2 Sept: Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini.

Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana.

Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini.

Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan.

Lebih 300 anggota polis dilihat berkawal di kedua dua pintu masuk ke bangunan tersebut termasuk yang berpakaian biasa.

Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi.

Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini.



HarakahDaily.Net/-

Tazkirah dari Pesuruhjaya PAS Perak: Hati rosak punca manusia tolak perjuangan Islam

Oleh : mohd hafez sabri

Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain, menegaskan antara punca manusia kini menolak perjuangan Islam adalah kerana hati manusia itu sudah mati, beliau menyatakan bahawasanaya Allah SWT, sudah lama memberitakan perkara ini didalam Al Quran, dalam ayat 258 surah al-Baqarah :

Maksudnya : Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu).

Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

Beliau menyatakan,perbezaan antara hak dan batil begitu terang, percanggahan antara iman dan kufur begitu jelas, pertembungan antara Islam dan jahiliah begitu ketara. Pejuang Islam termasuk golongan Nabi dan Rasul sentiasa berdepan dengan musuh Islam yang menolak kebenaran walau pun pelbagai hujah dan dalil dikemukakan. Akibat hati yang rosak dipenuhi penyakit takabbur serta ditutup daripada menerima hidayah Allah SWT maka kebenaran ditolak, kesesatan dipertahankan. Pesuruhjaya PAS Perak itu mengambil contoh pada zaman Nabi Ibrahim, ramai kalangan umatnya termasuk bapanya sendiri Azar menyembah berhala sehingga Nabi Ibrahim begitu bersungguh-sungguh berhujah dengan mereka agar meninggalkan perbuatan syirik yang merugikan itu.

Beliau menyatakan lagi, kekuatan hujah kebenaran Islam tidak mampu dilawan oleh golongan yang menentang Islam tetapi golongan yang kufur pada Allah SWT akan menggunakan kekerasan walau pun mereka tahu mereka kalah dan bersalah. Begitulah nasib yang menimpa Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api oleh Namrud dan pengikutnya tetapi Allah SWT tetap membantu NabiNya dan dakwah Islam.

Kita pada ini yang berjuang Islam terus berdepan dengan pemimpin dan golongan yang tidak yakin dengan Islam. Mereka tidak menyembah berhala tetapi menyembah system ciptaan manusia dari pelbagai segi termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apabila hujah golongan yang tidak yakin kepada system Islam ini dapat dipatahkan maka kekerasan digunakan termasuk ISA, ugutan, buang kerja dan sebagainya.

Begitu juga dalam mempertahankan kuasa yang dimiliki maka pelbagai cara yang bercanggah dengan demokrasi apatah lagi Islam digunakan semaksima yang mungkin sehingga mandat rakyat dicabuli, undang-undang rimba disanjungi. Tidak pelik bila undang-undang Allah pun berani dilanggar apatah lagi undang-undang ciptaan manusia yang boleh dipermain sesuka hati tegas beliau.

Beliau memperingatkan kepada seluruh manusia supaya jangan sesekali menolak perjuangan Islam, sebagaimana kaum terdahulu menolak kebenaran yang dibawa Nabi mereka, ini dibuktikan melalui Firman Allah SWT dalam surah al-Ghafir ayat 23 – 24 yang bermaksud

“Sesungguhnya telah Kami utuskan nabi Musa dengan membawa keterangan Kami dan dalil yang nyata kepada Firaun, Haman dan Qarun lalu mereka berkata : “ Ini ahli sihir lagi pendusta”.

Perjuangan Nabi Musa a.s pula menyaksikan bagaimana baginda terpaksa berdepan dengan tiga jenis manusia yang berbeza dari segi pangkat, tugas dan peranan tetapi matlamatnya sama iaitu memastikan umat manusia terus menyembah sesama manusia serta kufur kepada Allah SWT. Manusia pertama bernama Firaun yang berjawatan sebagai raja pemerintah yang menjadikan kuasa sebagai hak milik mutlak bukannya menjadikan kuasa itu sebagai suatu amanah daripada Allah SWT sehingga dia sanggup melawan Allah SWT tanpa rasa takut dan bersalah. Firaun telah ditulis dalam al-Quran sebagai pemimpin dan ahli politik paling jahat dalam sejarah berpunca daripada hati yang rosak bertindak memecah-belah masyarakatnya dengan mencipta puak-puak dan bangsa sekaligus menindas serta bertindak zalim.

Dengan cara itu, dia fikir dapat memerintah lama dan tiada masyarakat yang bersatu-padu yang akan menentangnya di kemudian hari. Menurut catatan Ibnu Kathir, Firaun telah membunuh sejumlah 40,000 kanak-kanak lelaki daripada kalangan bani Israel demi memastikan survival politiknya kerana bimbang ada generasi muda iaitu bakal pemimpin yang akan menggulingkannya. Firaun telah lama mati lemas dengan penuh kehinaan tetapi pemimpin-pemimpin yang bersikap sepertinya terus ada setiap zaman dan tempat. Pemimpin jenis ini tidak pernah takut untuk mempersendakan Islam dan mengenepikan agama dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Pemimpin jenis ini gemar mengapi-apikan isu perkauman bagi menjaga kepentingan diri sendiri serta menggunakan pelbagai cara termasuk kekerasan yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah sistem demokrasi itu sendiri demi memastikan kuasa politiknya tidak tergugat. Akhirnya pemimpin jenis ini menjadikan dirinya sebagai penguasa yang tidak boleh disanggah sehingga yang kuat dan kaya sentiasa menang manakala yang lemah dan miskin menjadi mangsa kezaliman yang sentiasa kalah.

Firaun dibantu oleh Haman yang berperanan sebagai menteri atau pegawai yang berusaha siang dan malam dalam memastikan rakyat jelata sentiasa tunduk kepada pemimpin yang sesat dan zalim secara membabi buta. Haman juga telah mati tetapi menteri dan pegawai yang bersikap sebagaimana Haman terus muncul sehingga rakyat terus keliru hasil kepetahan bicara manusia jenis ini yang bijak menutup kesesatan dan kezaliman pemimpin. Firaun turut dibantu oleh Qarun yang merupakan hartawan yang sanggup membantu pemimpin dan menteri melalui harta kekayaannya dengan syarat dia mendapat balasan yang berganda hasil pelaburannya dalam menyesatkan rakyat dan menutup kesalahan pemimpin.

Qarun juga telah lama mati ditelan bumi bersama harta kekayaannya tetapi hartawan yang bersikap sebagaimana Qarun terus wujud di mana-mana. Bahayanya hartawan jenis ini ialah dia mampu mengawal system pemerintahan, perundangan, ekonomi, sosial dalam sesebuah negara kerana berjaya membeli negara dengan harta kekayaannya. Jadi tidak pelik apabila wujudnya negara yang dikawal oleh tauke dadah, tauke judi, tauke arak, kongsi gelap dan sebagainya. Benar kata cerdik pandai : Bila wang bercakap maka perundangan akan senyap.

Pesuruhjaya PAS Perak juga menyeru supaya umat Islam yang menjadikan Al Quran Karim sebagai dasarnya perlu sentiasa ingat peringatan Allah SWT yang bermaksud: Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal

Perjuangan nabi Muhammad s.a.w sendiri terpaksa berdepan dengan manusia yang rosak hati termasuk bapa saudaranya sendiri Abu Lahab bersama isterinya. Walau pun merupakan antara ahli keluarga yang paling gembira ketika menyambut kelahiran nabi Muhammad s.a.w sehingga menyembelih banyak ekor unta dan memerdekakan hambanya Suwaibah namun apabila nabi mula menyatakan dakwah Islam maka Abu Lahab merupakan penentang utama kepada dakwah suci itu. Sehingga mati dia bersama isterinya sentiasa mencari jalan bagi menjauhkan umat manusia daripada menerima dakwah nabi. Kebanyakan hartanya digunakan bagi menentang perjuangan Islam.

Oleh itu kita mesti menjauhkan diri daripada menjadi manusia yang rosak hati di mana hanya seronok menyebut tentang kemuliaan nabi Muhammad s.a.w tetapi menentang sunnah dan sistem Islam yang dibawanya. Islam tidak akan berjaya hanya sekadar menyebut tetapi wajib diikut, Tegas beliau