03 September 2009

ADUN Pakatan ditangkap, SUK Perak dikawal ketat

Kemaskini



ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.
"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.

Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."

Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

Turut ditahangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.

Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.

Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.

Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.

"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.

Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.


MalaysiaKini/-



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon perkenan sultan untuk adakan sidang dun di istana

Tanpa Nama berkata...

yup.. yob sokong.. tp sultan?
erm.. xtau la..

Tanpa Nama berkata...

sampai bila krisis perlembagaan ni nak dibiarkan? nampak sangat BN ni ketegaq! - Neo

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan yb pakatan..kami iringi dengan doa.

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan yb pakatan.kami iringi dengan doa.

anonymous berkata...

Fikirkan bagaimana cara untuk menyatu padu kan melayu/Islam supaya tidak berbalah dalam politik.

Kuasa politik sangat penting. Hilang kuasa politik, hilang kuasa memerintah negara.

ZAMRI kecik's berkata...

YB pun ada gak ke tu?
Bila YB balik dari Mekah?

ZAMRI kecik's berkata...

YB pun ada gak ke tu?
Bila YB balik dari Mekah?

Tanpa Nama berkata...

Politik hanya dapat diselesaikan secara politik. Kepimpinan dari rakyat kepada rakyat, maka kembalikan kepada rakyat. BUBAR DUN! apa takut dengan rakyat. kalau ada pilihanraya, rezeki rakyat datang mencurah-curah seluruh negara datang tabur duit. apa lagi masa ini lah perabis duit BN ( Sbb Duit rakyat macam duit dia).
PR teruskan perjuangan . Lawan Tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

bagi la peluang bn rompak duit rakyat dulu,... sikit aja lagi.tolong tunggu pru 13.biar la depa belasah duit rakyat cukup-cukup.rakyat yang bodoh tu sokongla bn kuat-kuat.guna nama raja /sultan. katakan ya pada bn.