Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.
Laporan jawatankuasa tersebut yang dilantik oleh kerajaan negeri Pakatan tahun lalu, dibentangkan dalam sidang DUN kelmarin yang berlangsung di Hotel Heritage Ipoh, selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak pagi tadi.
Perbahasan hangat berlangsung mengenai tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.
Wakil Pakatan berkata, Ganesan, yang bukan ADUN, juga dilihat duduk di meja BN. Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.
Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.
Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru.
Selepas laporan jawatankuasa itu disahkan oleh dewan, Sivakumar berkata beliau akan mengarahkan polis untuk mengambil tindakan berdasarkan laporan tersebut.
Pada mulanya, Sivakumar dan ADUN Pakatan cuba mengadakan persidangan di dewan DUN yang terletak di dalam bangunan SUK.
Bagaimanapun, polis mengawal ketat bangunan tersebut dan menghalang mereka masuk. Selepas setengah jam bertegang urat dengan polis, Sivakumar dan ADUN Pakatan beralih ke Hotel Heritage.
Di hotel tersebut, Sivakumar duduk di kerusi yang ditinggikan manakala setiausaha dewan yang dilantik Pakatan, Misbahul Munir Masduki duduk di bawah di depannya.
Hotel tersebut digunakan berdasarkan kepada doktrin keperluan, kata Sivakumar.
Manakala tempat duduk ADUN yang lain disusun dalam bentuk ladam kuda, dengan wakil rakyat Pakatan duduk di sebelah kanan speaker (untuk ADUN kerajaan negeri yang memerintah), manakala kerusi untuk pembangkang kosong.
Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.
Tiada tempat duduk disediakan untuk mereka yang diisytiharkan oleh Sivakumar telah meletak jawatan atau digantung semasa 'sidang bawah pokok' 3 Mac lalu.
Mereka yang diisytiharkan oleh Sivakumar telah menyerahkan surat letak jawatan tanpa tarikh adalah tiga ADUN Bebas yang menyokong BN - Hee (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).
Manakala mereka yang digantung sewaktu sidang 'bawah pokok' lalu ialah Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir (Pangkor), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Ramly Zahari (Manong), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohammad Zahir Abdul Khalid (Kamunting) and Mah Hang Soon (Chenderiang).
Jawatankuasa DUN dilantik semula
Sementara itu, sidang di hotel itu juga menyaksikan pelantikan semula tiga jawatankuasa DUN - Hak dan Kebebasan, Kira-kira Awam dan Peraturan Tutup.
Berikutan itu, perbahasan menjadi panas berhubung usul tergempar mengecam tindakan polis yang didakwa menjadi “alat BN' untuk menghalang ADUN Pakatan daripada melaksanakan tugas mereka pagi tadi.
Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) memberi amaran bahawa kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Sivakumar berkata DUN masih kekal menggesa Sultan membubarkan DUN, seperti usul yang diluluskan dalam sidang 'bawah pokok'.
"Memandangkan dewan masih belum dibubarkan, maka kita terpaksa mengadakan sidang hari ini,” katanya.
Mengikut perlembagaan Perak, DUN mesti bersidang setiap enam bulan. Walaupun ia tidak menyatakan apa yang akan berlaku jika DUN tidak bersidang mengikut tempoh tersebut, tetapi pakar-pakar perundangan percaya ia boleh membawa kepada pembubaran dewan secara automatik.
Menteri Besar Perak Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menggesa polis supaya menghormati DUN dan menjalankan arahan speaker supaya mereka yang 'dihukum' ditangkap.
"Jika mereka tidak mengambil tindakan tersebut, ia di luar bidangkuasa kita,” katanya, sambil menambah bahawa sebaik sahaja minit persidangan diwartakan, ia akan dikemukakan kepada istana.
Nizar bertegas bahawa sidang pada 7 Mei lalu tidak berlaku dan semua keputusan yang dibuat adalah tidak sah kerana ia tidak mematuhi prosedur yang betul.

4 ulasan:
Bukalah mata wahai penyokong2 BN, krisis Perak mesti diselesaikan segera... Jangan diiarkan keadaan buruk begini berterusan .
Jangan biarkan ADUN2 BN dan MB Kudeta makan gaji buta..
jelik dgn pakatan rakyat ni...pelik sungguh, Titah sultan tidak di patuh, malah dipohon sembah derhaka pula..perintah mahkamah lagi la nak ikut...ape punya org la wakil rakyat PR ni...
apa yang jelik pakatan rakyat... nizar , sivakumar dan lain exco perak... mereka berjuang mempertahankan hak rakyat... kami semua...sembah derhaka disebabkan perintah yang dikeluarkan tidak berpihak kepada rakyat... mahkamah... itu mahkamah umno...semua hakim sudah dibeli oleh umno. Apapun yang umno buat.. rakyat melihat dan kami mampu menilai siapa benar dan siapa bersalah
Kita belajar dari sejarah. Ingatkah lagi sejarah hang tuah dan hang jebat. Dizaman ini kita semua mampu berfikir yang pejuang sebenar adalah hang jebat...ini kerana dia bukanlah pahlawan yang membuta tuli mengikut perintah sultan yang maha zalim..
Sultan juga manusia biasa.. jika terluka darah merah jua yang mengalir...bukan darah kuning atau hijau...
Kita datang dari tuhan dan kepada tuhan jua kita akan kembali... kelak... walau apa status manusia dimuka bumi....dihadapan tuhan dia sama sahaja...yang beza iman dan takwa
Apa yang rakyat mahukan adalah pemerintah dan pemimpin yang berjuang yg sedar dirinya adalah rakyat ,manusia biasa dan berbakti untuk rakyat juga... bukannya semata untuk kuasa, takhta dan wanita...
Derhaka kepada raja no problem kerana ada dlm perlembagaan "sembah derhaka"....Jangan sembah derhaka kepada Allah, tiada istilah mohon derhaka dalam al-Quraan !...Tahukah anda ?...derhaka kepada sama hamba no problem, jangan cuba derhaka kepada Allah. UMNO derhaka kepada Allah dengan permohonan resmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Lord Reid ! Cari segera Lord Reid...cari juga Kitab Suci Al-Quraan, belajar memehaminya....Selamat anda !
Catat Ulasan