03 September 2009

Alahai Gadis Melayu!

Oleh : mohd fauzi ge

Program ubah format ikut selera penonton

APA sudah jadi kepada program realiti Gadis Melayu musim kedua? Program terbitan TV9 yang baru memulakan musim barunya pada 6 Ogos yang lalu seperti lari daripada objektif asalnya mencari sekumpulan gadis yang penuh dengan ciri kemelayuan.

Pada sidang media mengumumkan kemunculan semula program itu, wakil TV9 memberitahu memang wujud perubahan pada program Gadis Melayu kali ini yang berkonsepkan kontemporari dan moden. Seperti yang dijanjikan TV9, apabila program itu memulakan siarannya satu fasa perubahan besar berlaku kepada program berkenaan. Paling ketara, penampilan 12 peserta serta dua hosnya iaitu Sharifah Shawati dan Juliana Evans langsung tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuan.


Jika pada musim terdahulu, pesertanya kelihatan ayu berbaju kurung tetapi kali ini terutamanya pada episod yang ketiga, tiada lagi baju kurung atau kebaya tersarung pada tubuh pesertanya sebaliknya baju di paras lutut serta seluar ketat menjadi pilihan.

Kenapakah TV9 mahu memodenkan sebuah program unik? Sepatutnya mereka berbangga kerana belum pernah ada mana-mana stesen televisyen mewujudkan program sebegitu. Apabila Gadis Melayu dikontemporarikan, ia sekali gus meletakkan program ini sama dengan program stesen televisyen lain yang mencungkil bakat wanita muda dalam bidang pengacaraan.

Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.
Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dunia akhir zaman....

Brahim Nyior berkata...

Tak minat nak tengok, habis semua nak ditayangkan...

Tanpa Nama berkata...

selagi belum ada ulama dalam senarai jemaah menteri selagi itulah islam dipermainkan di malaysia oleh manusia yang mengaku dirinya islam.sebab itu makin banyak program yang merosakan akidah islam sendiri di negara ini..1 malaysia katakan.

Tanpa Nama berkata...

gadis melayau beb!!

unwanted berkata...

apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang.
Gadis Melayu bukan lagi 'Gadis Melayu'
Orang kampung yang tidak tahu internet boleh la tipu dengan menunjukkan yang bagus² kat tv.
bagi yang tahu internet
ingat kami tertipu ke..
Kontemporari la, moden la..
minum arak tu moden ke.?

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran.pengikut syaitan kan ramai

Tanpa Nama berkata...

gadis melayu ka 2?
ish2..

Catatan Kehidupan Mutiara Purnama berkata...

itu kan melayu UMNO ....memang mcm tu la ...bukan melayu islam ....

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa petikan sebuah Hadith yang bermaksud "Akan ada Penyeru2 Ke Ambang Neraka Jahanam" Penyeru2 ini tidak semestinya menggambarkan puak yang bengis,tapi memadailah jalan yang dilalui itu secara sedar, berlawanan dengan Syariat Islam. Walau bagaimanapun tidak menghairankan, Melayu tidak semestinya Islam.

Tanpa Nama berkata...

tau x pe......masalah tol

gadis kampung berkata...

betul ke gadis ni... tak pun dah ditebuk tupai...apa perangai macam ni pun diiktiraf jadi gadis melayu ke.. buat malu dan jatuhkan maruah gadis melayu je....

Tanpa Nama berkata...

Bila gadis Melayu dilarang menyertai pertandingan Ratu Cantik,kaedah ini digunakan utk 'justify'Dak gitu YB? Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

ITULE DIA GADIs melayu umno islam hadahari 1 malaysia.....semua boleh

mencari damai hilang berkata...

sebab tu la kita kena tolak fahaman kemelayuan..sebab melayu tanpa Islam macam nih la..apa ada pada melayu tanpa Islam. KOSONG!!!!

JimAlifSiin berkata...

..dek kerana ni nanti, TV9 dikhuatiri akan terjejas popularitinya dengan slogan "Dekat Di Hati"...
Hendaknya, penerbit rancangan itu berfikir dulu serta selidik pendapat daripada peminat-peminat, sebelum mahu udarakan program yang telah tercemar itu!

Tanpa Nama berkata...

kalau nak fikir mmg tak ada gadis melayu yg lemah lembut original. tapi ada ciri2 melayu Islam. Ramai wanita melayu yg ambil course diceburi lelaki dan tahan lasak. tapi mereka ini tahu menjaga diri sbg gadis/wanita melayu. cara berfikir, perilaku yg sopan dan lembut tapi tegas patut nya dilihat oleh penerbit sbg guideline. bukan kotemporari kena pandai make up dan bergaya lagak artis. tapi gadis melayu sejauh mana akademik mereka dan lasak mereka tapi sedap mata memandang utk dijadikan idola remaja. harap penerbit juga boleh berfikir secara rasional kerana saya sgt kecewa dgn tafsiran gadis melayu melalui season 2 ini yg diwarwarkan oleh tv9

Tanpa Nama berkata...

bukalah blog gadis melayu serba boleh tu lah gaya nye apa nak heran

Tanpa Nama berkata...

USTAZAH ITU YANG KEMAROK JADI AHLI PANEL PEMILIHAN PASAL APA ? TAK CUKUP DUIT LAGI DALAM BANK.

Tanpa Nama berkata...

gadis melayu dah tak jadi gadis melayu...sbb semuanya bukak sana bukak sini,ambo raso gadis-gadis zaman loni tak khitan dah mcm org dulu-dulu,sbb itu perangai dan sikap mengalahkan org laki...wallahualam

Azwan berkata...

dah betul dah tajuk 'Gadis Melayu', sesuai dengan format dia, kalau tajuk 'Gadis Muslimah' lain la...

Ustzh yang sorang tu plak pasni kena kerja keras le nasihatkan 'gadis-gadis' ni, tutup aurat dan sebagainya. Camna le nanti keadaannya klu ada slot dengan ustzh tu...

"Bila orang kata takleh masuk syurga sebab buat gitu dan gini, marah plak dia, - peliknya mau syurga tapi beramal dengan amalan ahli neraka"

Tanpa Nama berkata...

gadis MELAYU zaman sekarang ni mudah sangat ikut budaya orang barat tunjuk sana sini..hilang persaan malu dalam jiwa mereka..nama lagi gadis melayu mestilah terkenal dengan perilaku lembut mereka tapi sekarang ni dah terbalik kn...korang tengok sendiri la diowang wat jobs kalah orang laki..ustazah ni plk pening kpla dh dok pk mtivasi cz suma bertentangan dgn hukum hakam islam dan adab diri sebagai gadis melayu..masyaallah.........

Tanpa Nama berkata...

Mana dol kakirampit tak bagi komen?

Kuda Perang berkata...

Eksekutif Kanan Penjenamaan dan Pengurusan TV9, Zulkarnain Mokhtar, bagaimanapun menjelaskan biarpun musim ini lebih kontemporari tetapi mereka masih lagi mengekalkan ajaran mengenai adat resam serta budaya masyarakat Melayu.
Katanya, konsep program itu diubah bukan atas kehendak stesen sebaliknya mereka mengambil saranan penonton setia Gadis Melayu yang kononnya tidak percaya wanita Melayu bersifat lemah lembut masih wujud pada zaman ini.

Sepatutnya Zulkarnain Mokhtar menafikan kehendak selera penonton yang menyimpang itu dengan menghidangkan seperti format asal yang lebih membimbing penonton..

TV juga adalah medium mendidik dan dakwah.

Tanpa Nama berkata...

YG KORANG NK SIBUK APASAL........LANTAK DIORG LA.YG GUA HERAN SGT NAPE KORANG SLALU CKP MCM ORG X DA ILMU,KATA ORG ISLAM...ISLAM X AJAR KTE CKP KURANG AJAR...PIKIR LA SENDIRI K.