02 November 2011

Kelantan rizab penempatan Orang Asli

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LOJING, 2 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan muncul sebagai negeri pertama di negara ini yang merizabkan tanah sebagai rizab penempatan Orang Asli di Pos Jedip dengan keluasan 606.6 ekar, dekat sini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dilakukan sebagai memenuhi tanggungjawab kebajikan kerajaan negeri terhadap golongan terbabit yang dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perletakan batu asas Pusat Pertanian Belia Orang Asli dan Majlis Pengisytiharan Pos Jedip sebagai rizab penempatan Orang Asli, semalam.

Menurut Ahmad lagi, pemilihan kawasan ini kerana kedudukannya yang begitu strategi yang terletak hanya 30 kilometer sahaja dari Bandar Gua Musang dengan Kuala Betis.

“Perizaban ini dibuat secara terancang bagi mengawal dan memelihara perkampungan Orang Asli yang berada di kawasan tanah tinggi dengan mempraktikkan kaedah-kaedah perancangan dan pembangunan.

ehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah membaca watikah peristiharan dan menyerahkan watikah tersebut kepada timbalan pengarah Jabatan Orang Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Abdul Razak Arshad.

Sementara itu dalam ucapaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, tanah seluas 157 ekar akan dibangunakan sebagai pusat latihan pertanian masyarakat Orang Asli.

Sempena program ini juga Tuan Guru turut meletakkan batu asas di atas tapak projek pembinaan Pusat Latihan Belia Orang Asli.

Selain itu, Tuan Guru turut menyampaikan cek Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat Orang Asli Dun Galas dan Dun Nenggiri, penyampaian cek manfaat Takaful Hayat Berkelompok peserta Ladang Rakyat Orang Asli.

Pembahagian dividen saham peserta program Ladang Rakyat turut juga disampaikan di dalam program berkenaan.

harakahdaily/-

Imej negara: Apa peranan kementerian luar

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikaikan peranan Kementerian Luar Negeri mahupun kedutaan di luar negara dalam usaha menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Bukankah kita telah mempunyai kementerian yang memainkan peranan di luar negara termasuk kedutaan kita yang berada di luar negara?

"Apakah peranan yang mereka mainkan dalam menaikkan imej negara, dalam pada itu kita juga mempunyai jaringan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang juga bertanggungjawab mempromosikan negara dalam sektor pelaburan," soalnya sewaktu sesi jawab lisan di parlimen pagi tadi.

Dr Hatta mempersoalkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung dengan tindakan kerajaan menggunakan syarikat media asing bagi menonjolkan imej Malaysia yang begitu lunak di peringkat negara serta mempersoalkan kos yang telah dibelanjakan.

"Adakah terdapat kekurangan kepada mereka yang telah dilantik untuk mewakili negara di luar sebagai kedutaan, Matrade dan juga Kementerian Luar sehinggakan kita terpaksa melantik media asing sebagai konsultan bagi menaikkan imej negara ini?

"Kita melihat lantikan media asing itu bukan mendatangkan kebaikan tetapi sebaliknya telah menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa apatah lagi FactBased Communication (FBC) Media yang berada di United Kingdom itu telah dikenakan tindakan kerana salah laku yang dilakukan oleh mereka," katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS.

Sebelum itu, Nazri menjelaskan kerajaan telah melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.

Nazri juga memberitahu kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan telah tamat pada tahun 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta.

Dr Hatta yang merujuk kepada jawapan Nazri itu berkata, kalau dilihat secara menyeluruh ia mengambarkan satu usaha yang baik tetapi hakikat yang sebenarnya ia telah mendatangkan kesan yang buruk kepada negara.

"Walaupun isu ini telah selalu dibahas tetapi bagi saya ia adalah satu isu yang penting kerana usaha kerajaan itu telah mendatangkan kesan yang buruk kepada negara ini.

"Kita melihat apa yang dilakukan oleh FBC Media itu melanggar etika kewartawanan dan juga pengeluaran di United Kingdom sehinggakan British Broadcasting Corporation (BBC) telah mengambil tindakan kepada FBC Media," tambahnya lagi.

Beliau juga memberitahu FBC Media sekarang sudah hampir bankrap.

Katanya, pihak-pihak lain juga tidak lagi mahu menggunakan khidmat mereka sebagai konsultan yang mana lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada sesebuah negara.

harakahdaily/-

Datuk Nala antara tiga angkat sumpah senator

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S Nalakaruppan adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Nalakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama bendahari MIC, Datuk Jaspal Singh, 49, dan ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng, 47.

Ditemui pemberita kemudian, Nalakaruppan berkata amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini didahului.

Abu Zahar ketika mengalu-alukan anggota baru Dewan Negara itu, berharap mereka dapat memahami lafaz sumpah yang dibuat serta menghayati dan mendukung Perlembagaan negara.

"Saya ingatkan diri saya dan kita semua agar marilah kita semua berazam untuk memartabat dan memperkasakan Dewan Negara sebagai dewan yang bermaruah, dan adalah sia-sia pelantikan ini jika senator tidak berdebat untuk kepentingan negara dan rakyat," katanya.

- Bernama

UKM 4: Najib patut terima keputusan mahkamah

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Datuk Seri Najib Razak perlu menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pihak universiti tidak berhak mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar kerana mencabul hak kebebasan bersuara mereka.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah itu yang mengatakan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebagai tidak sah serta melanggar Perlembagaan Persekutuan, tidak perlu dirayu kerana ia menjadi ujian awal kepada Perdana Menteri yang telah mengaku mahu melaksanakan transformasi politik dan pendemokrasian negara, lapor Roketkini.

Beliau memuji keberanian Hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus dan Linton Albert yang menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluruhan Perlembagaan.

Menurutnya, keputusan bersejarah itu penting dan tepat pada masanyanya apabila demokrasi dan hak asasi di Malaysia telah sekali lagi diserang oleh tokoh-tokoh seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dengan kenyataan-kenyataan bahaya mereka yang berbau konspirasi.

“Persoalannya sekarang ialah sama ada Najib dan kabinetnya bersedia untuk melangkah ke depan dengan menyokong keputusan majoriti Mahkamah Rayuan, dengan menunjukkan semangat dan minda pendemokrasian serta transformasi politik,” katanya.

Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman pemula yang dikemukakan oleh empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencabar tindakan tata tertib terhadap mereka kerana didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Empat pelajar tersebut adalah Hilman Idham, Ismail Aminuddhin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chaì.

Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lalu yang memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) tidak melanggar Perlembagaan.

Seksyen 15 (5) AUKU menetapkan bahawa pelajar universiti tidak dibenarkan menyokong atau membangkang mana-mana parti politik atau apa-apa pertubuhan yang ditetapkan oleh Menteri “sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu”.

Kit Siang melontarkan penyataan kepada Najib dan kabinetnya sama ada mereka bersetuju dengan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan atau mahu melanggar kata-kata pemimpin kerajaan sendiri yang inginkan perubahan politik yang lebih terbuka dan bebas.

Menurutnya, Najib dan kabinetnya perlu menilai keputusan Hakim Hishamudin Yunus yang menyatakan: “universiti perlu menjadi tempat memupuk reformis dan pemikir, dan bukannya institusi yang melahirkan pelajar yang dilatih menjadi robot”.

Beliau juga mahu pemimpin kerajaan Barisan Nasional menghayati keputusan Hakim Linton Albert yang menyatakan bahawa Seksyen 15 (5) sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelajar university terpaksa berdepan dengan kemungkinan dipecat dari pengajian semata-mata kerana hadir dalam kempen pilihan raya kecil. – Roketkini.com

Auku: Kenyataan Khaled tak masuk akal

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: PKR menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tidak masuk akal.

“Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan?” tanya pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satui kenyataan.

Katanya, banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.

Apatah lagi, ujarnya Khaled seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai Auku.

“Adakah beliau terlupa tentang timbalan menterinya sendiri, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno?” soalnya lagi.

Nazmi menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar The Star hari ini bahawa Khaled akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khaled dilaporkan berkata:

“Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.

“Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.

“Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…

“Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah.”

Nazmi berkata, kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama.

“Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan,” ujarnya.

harakahdaily/-

Kenyataan media Pakatan Rakyat Perak

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT PERAK
Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat Perak Sempena 1,000 Hari Rampasan Kuasa Kerajaan pilihan Rakyat Perak.

1) Tanggal 6/2/2009 adalah tarikh hitam yang wajib diingat dan ditangisi oleh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana pada tarikh tersebut sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat Perak (dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8/3/2008) telah dijatuhkan melalui kerja-kerja jahat pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

2) Rakyat jangan lupa bahawa pada 25/1/2009 2 orang ADUN Behrang dan Changkat Jering telah hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa bahkan isteri dan anak mereka pun tidak mengetahui dimana mereka berada. Pada 1/2/2009 pula tiba-tiba ADUN Bota yang telah mengistiharkan keluar BN menyertai PKR secara sukarela juga telah hilang. Ini disahkan oleh isteri beliau yang membuat aduan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.

3) Tiba-tiba pada 3/2/2009 ketiga-tiga ADUN yang hilang tersebut dan ADUN dari Jelapang telah ditontonkan kepada umum melalui sidang akhbar oleh Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri ketika itu – Dato Seri Najib Razak yang juga ketika itu adalah Ketua Perhubungan UMNO Perak, Mereka mengistiharkan keluar PR dan menyokong BN sebagai ADUN-ADUN Bebas.

4) Bukankah ini bermakna kehilangan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah dirancang dan dilakukan dengan arahan ‘mastermind’ UMNO BN, kemudian berlakulah kerja jahat menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat (PR Perak) dan menggantikan dengan kerajaan yang diangkat melalui proses perbicaraan yang penuh dengan manipulasi yang diatur oleh tangan-tangan ghaib manakala mahkamah pula telah mengambil alih tugas pembentukkan Kerajaan secara kotor dan tidak beradab.

5) Dengan rentetan peristiwa 6/2/2009 tersebut wajib bagi rakyat mengenang dan mengambil iktibar berikut

i) Kerajaan PR pimpinan Dato’ Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin adalah kerajaan yang dibentuk melalui proses demokrasi sihat.

ii) ‘Kerajaan’ Barisan Nasional pimpinan Datso’ Seri Dr. Zambry Kadir adalah ‘Kerajaan’ pintu belakang yang dibentuk melalui proses-proses kotor termasuk ugutan rasuah, ugutan seks, culik wakil rakyat dan manipulasi mahkamah

iii) Kerajaan UMNO/BN adalah ‘democratically illegal’ dan meletakkan satu ‘precedent’ yang bahaya kepada sistem demokrasi Negara. Kuasa telah menjadi milik orang kaya. Menculik, membeli dan mengugut wakil rakyat seolah-olah boleh diterima sebagai ‘norm’ yang tak perlu benci.

iv) Baik dari segi moral dan agama Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Dato’ Seri Dr. Zambry dan barisan Exconya telah melakukan pengkhianatan terbesar kepada rakyat Perak. Kaedah Islam iaitu “redha mungkar adalah mungkar” menggambarkan segala-galanya.

v) Rakyat wajib belajar daripada sejarah hitam ini dan memilih kebenaran dan keadilan melalui proses demokrasi yang sah dan jaminan perlembagaan persekutuan untuk masa depan generasi akan datang. Kedaulatan undang-undang mestilah ditegakkan hatta kepada sesiapapun. Tiada manusia di Negara ini yang mengatasi undang-undang.

6) Besok pada 3/11/2011 adalah hari ke 1,000 ‘rampasan kuasa’ berlaku di Perak. Tarikh ini wajib dikenang sebagai titik hitam dalam sejarah moden Perak. Bangsa yang hebat akan menjadi hebat hanya jika mengambil iktibar daripada sejarah lampau.

7) Melihat ke belakang (retrospectively) Perak telah jauh ketinggalan ke belakang berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang maju dan sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak. Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat begitu berjaya dalam mengurus ekonomi, menarik pelabur asing, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru dan menjadi negeri-negeri yang banyak program kebajikan. Kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya ? Jawapannya kerajaan mereka demokratik, telus dan berintegriti.

8) Keyakinan kami InsyaAllah jika Perak juga tidak dirampas kuasa kami mampu mengangkat kemajuan di Perak setanding dengan Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Kenyataan Akhbar oleh
Dr. Haji Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik
( Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri Perak )

Israel Ancam Untuk Terus Gempur Gaza

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Rabu, 02/11/2011 – PM Israel Benyamin Netanyahu, Isnin (31/10), menegaskan tidak ada penghentian serangan di sekitar Semenanjung Gaza. Hal tersebut beliau sampaikan dalam sidang fraksi Likud di Knesset. Beliau mengatakan, “Tidak ada perundingan dan pihak tentera akan terus menjalankan aktivitinya.

Sementara itu Ketua Staff Angkatan Bersenjata Israel, Beny Gants, telah memberikan arahan agar melakukan serangan balas secara bertahap atas serangan roket dari Semenanjung Gaza. Dalam konteks berkait,

ketua-ketua daerah Beer Sheba, Asdod dan Ashkelon telah memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah hingga hari ini, Selasa (1/11), ketika berlanjutan serangan roket dari Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber Zionis Israel menambah bahawa daerah lain di selatan masih menilai situasi untuk mengambil keputusan berkaitan dengan sama ada menutup sekolah sementara atau sebaliknya. Namun begitu sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa di sekolah-sekolah yang terlindung yang terletak pada jarak 7 kilometer dari Semenanjung Gaza.

Palestinkini

25,000 datang, bukti kejayaan Pas

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH – Pas Negeri berjaya memantapkan saf perjuangan mereka dengan kehadiran 25,000 ahli biarpun parti itu berhadapan pelbagai cabaran oleh pihak musuh.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, perkara itu dapat dilihat ketika penganjuran Sambutan 60 Tahun Pas Peringkat Negeri yang diadakan di Bagan Serai, baru-baru ini.

“Inisiatif Pas Perak mengadakan program ini sangat baik dan bertepatan khususnya dalam suasana dan keadaan yang amat memerlukan kekuatan PAS di Perak pada ketika ini.

“Kita berharap peserta yang hadir dapat mengambil peluang merapatkan ukhuwah dan menaikkan semangat perjuangan agar gerak kerja lebih lancar dan tersusun,” kata beliau kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 Negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, program itu menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, kehadiran memang sudah dijangka, dengan beberapa faktor isu-isu terkini selain faktor tokoh yang diundang, rakyat sememangnya sudah benci yang melampau terhadap Umno dan BN.

“Mereka mengharapkan Pas dan Pakatan Rakyat yang akan tampil menerajui kepimpinan negara, Ini terbukti melalui program ceramah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Katanya, dengan sambutan yang hebat seperti itu, sewajarnya Pas kawasan mengambil inisiatif di peringkat masing-masing bagi menganjurkan sambutan 60 tahun peringkat kawasan. Pas negeri sedia membantu dan menyelaraskan sambutan itu.

sinar harian/-

Rakyat wajib kenang 1,000 hari ‘rampasan kuasa’

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak.

Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

“Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi.

Tambahnya lagi, setelah ‘kerajaan haram’ mengambil alih negeri Perak, negeri ini ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.

“Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam itu sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU 13 nanti.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

harakahdaily/-

Solat sebelum tetak isteri

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SANDAKAN: “Suami sempat mencium tangan dan memohon maaf atas semua kesilapannya sebaik selesai mengerjakan solat Isyak sebelum menetak dan menikam saya dengan parang,” kata Amah Mohd Ali, 36, isteri kepada lelaki yang ditahan polis selepas ‘mengamuk’ di Kampung Mangkalinau, Ahad lalu.

Amah berkata, suaminya mula bersikap pelik selepas mengamalkan ajaran sebuah buku dipercayai dikirimkan seorang ‘tok guru’ dari Filipina.
“Saya juga melihat suami membaca pelbagai ‘bacaan’ panjang setiap kali menunaikan solat wajib.

“Selain itu, dia juga suka menyendiri dan menangis tiba-tiba serta mendongak ke langit seperti memikirkan sesuatu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Duchess Of Kent (HDOK), di sini, semalam.

Katanya, serangan suaminya itu menyebabkannya menerima beberapa jahitan di kepala dan belakang rusuk selepas ditikam menggunakan parang.

metro/-

Pendatang Yahudi bakar 2600 pohon zaitun rakyat Palestin

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Rabu, 02/11/2011 – Jawatankuasa Pertanian Palestin (PARC) berkata bahawa pendatang-pendatang Yahudi membakar 2600 pohon zaitun milik warga Palestin dengan menganggarkan kerugian sebanyak 156000 dollar.

Jawatankuasa itu berkata dalam laporan bulanan yang dikeluarkan pada Isnin bahawa rakyat Palestin kerugian lebih kurang 3.5 batang pohon zaitun pada setiap jam samaada dibakar atau dimusnahkan.

53% kerugian dikenalpasti dialami di wilayah Nablus diikuti oleh wilayah Salfit sebanyak 24%, di mana kebanyakan serangan dilakukan oleh pendatang yang sebahagiannya bekerjasama dengan tentera rejim Israel.

Palestinkini

Dua Pejuang Terbunuh di Selatan Gaza

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Rabu, 02/11/2011 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan Tentera Udara Israel (IAF) telah mengebom sebuah kawasan di bahagaian selatan Semenanjung Gaza pada hari Ahad, membunuh dua orang pejuang rakyat Palestin. Kejadian yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza sejak hari Sabtu meningkat kepada dua belas orang.

Tentera Israel membuat kenyataan bahawa jet pejuang mereka telah melepaskan serangan peluru berpandu ke atas sekumpulan pejuang selepas mereka melancarkan serangan ke Negev Barat, tepat mengenai sasaran.

Tentera tersebut menambah bahawa pejuang-pejuang tersebut telah melepaskan enam serangan mortar ke Israel pada hari Ahad, dan menuduh penentangan yang berlaku di Gaza meningkatkan lagi ketegangan.

Sumber perubatan di Gaza mengesahkan bahawa dua pejuang dari sebuah kawasan di bahagian selatan Semenanjung Gaza telah terbunuh selepas menjadi sasaran serangan peluru berpandu pihak Israel. Mereka telah dikenal pasti sebagai Yousef Abu Abdo dan Ali Al Aqqad; kedua-duanya berasal dari Khan Younis.

harian metro/-

Gambar Najib tidur masa CHOGM memalukan

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 2 Nov: Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia minggu lalu.

Laporan AntaraNews.com bertajuk “Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa” itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan, lapor KeadilanDaily.

Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.

Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.

Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan “Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global”, dengan sub-tema “Wanita Sebagai Agen Perubahan”.

harakahdaily

Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Perdana Menteri

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) bagi memotong sebulan gaji Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65.

Penangan rompak RM20

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA - Hanya kerana merompak RM20 serta sebuah telefon bimbit daripada dua warga Myanmar, dua sahabat terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam tahun.

Kedua-dua mereka turut dikenakan hukuman tiga kali sebatan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini semalam.

Tertuduh, Hairol Abu Bakar, 25, dan Abdul Karim Musa, 33, mengaku bersalah bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan ke atas dua lelaki Myanmar, Tun Naing Win, 33, dengan mengambil wang tunai RM20 serta Thet Naing Soe, 26, dengan me­ngambil telefon bimbit Sony Ericsson.

Hairol dari Taman Tanjung Minyak Utama dan Abdul Karim dari Taman Rambai Jaya, melakukan kesalahan itu di Ayer Keroh Heights, kira-kira jam 10.15 pagi pada 18 Oktober 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 395 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Timbalan Pen­dakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah mengenakan hukuman berat demi kepentingan awam memandangkan jenayah samun dan merompak sering berlaku dan dilihat semakin menjadi-jadi.

Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dari tarikh ditangkap iaitu pada 20 Oktober 2011 serta tiga sebatan.

sinar harian/-

Dasar pendidikan tidak konsisten

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Corak pendidikan tidak konsisten dengan memperkenalkan pelbagai dasar baru setiap kali peralihan kuasa mengganggu kelancaran dasar pendidikan dan merugikan banyak pihak.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukti jelas kelemahan kerajaan memerintah dan perselisihan ini perlu ditangani segera.

“Kontroversi berpunca dasar pendidikan bercelaru dan tidak konsisten. Rakyat melihat, apabila Menteri Pelajaran bertukar, pelbagai dasar baru diperkenalkan dan me­nimbul­kan masalah.

“Dasar yang berubah mencerminkan pemerintah yang menjalankan dasar tidak melakukan kajian mantap dan tersusun. Ini menyebabkan kerugian terhadap pembinaan generasi negara selaras keperluan dan memberi kesan kewangan negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab dan perlu berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

“Masalah boleh diatasi sekiranya kerajaan sepakat dalam menetapkan keputusan supaya dapat memulihkan keadaan dan memberi keselesaan kepada pelajar meneruskan pembelajaran.

“Ibu bapa perlu mendapat keputusan jelas dan adil mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu, pada Julai 2002, mesyuarat khas jemaah menteri ketika era bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memegang tampuk pemerintahan, meluluskan dasar baru PPSMI dan ia diperkenalkan berperingkat mulai tahun satu bagi sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah bagi sekolah menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI peringkat sekolah menengah bermula Januari 2007, sementara sekolah rendah pada Januari 2008.

Julai 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PPSMI dimansuhkan 2012. Bagaimanapun, polemik masih berterusan hingga hari ini.

sinar harian/-

Ketua PKR Rantau Panjang bebas tuduhan rasuah

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ketua PKR Rantau Panjang Mohammad Agos Mohd Noor dan seorang ibu tunggal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada tuduhan menerima rasuah RM50,000 berhubung pemberian anugerah 'Dato' Diraja' tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap setiap pertuduhan yang dihadapi Mohammad Agos dan Nor Azimah Jamaludin.

Mohammad Agos, 52, didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010, daripada Izuldin Hani Mohd Noor di Restoran McDonald's, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati di sini, pada 8 Disember tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah Dato' Diraja daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus Negeri Kelantan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah Dato' Diraja sedangkan ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani menyerahkan sekeping cek Public Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010.

Nor Azimah pula didakwa menerima suapan itu mengikut Seksyen 16(a)(AA) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Nor Azimah didakwa menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai dia (Nor Azimah) boleh mendapatkan anugerah itu padahal ia tidak sah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan tertuduh itu mendorong Izuldin Hani menyerahkan cek berkenaan.

Mohamad Agos dan Nor Azimah diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.

- Bernama

Rakyat cerdik, tak 'makan' putar belit Umno

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA, 2 Nov: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang.

Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.

Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.

"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno BN.

"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu rakyat, rakyat sudah cerdik," ujar Mohamad.

Beliau berkata Umno BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi.

"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap," tambahnya.

Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.

"Umno BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin yang mereka boleh beli dan beri benda serta duit," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Majlis Makan Malam PAS Negeri Melaka sempena Sambutan 60 Tahun PAS malam tadi di Jalan Bukit Baru-Duyong.

Turut berceramah bersama beliau pada program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Majlis yang berlangsung dalam hujan tersebut menarik lebih dari 2,000 orang walaupun keadaan tapak program tersebut becak digenangi air.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 malam lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikitpun melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR.

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir.

Difahamkan program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi mengganggu program makan malam ini dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka, Zulkifli Noordin pun tidak hadir.

Orang ramai menyifatkan program makan malam itu berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi.

Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

harakahdaily/-

Libya pilih Perdana Menteri baru

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

AL-KEIB (kiri) bersama Abdel Jalil selepas pengundian memilih pemimpin di Tripoli, kelmarin.

Pemerintah sementara lantik ahli teknokrat ketuai negara

TRIPOLI: Pemerintah sementara Libya kelmarin melantik seorang pakar teknokrat dan ahli perniagaan untuk mengetuai kerajaan peralihan ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menamatkan kempen udara yang membantu menggulingkan bekas pemimpin, Muammar Gaddafi.

Abdel Rahim al-Keib yang juga penduduk asal Tripoli, dilantik sebagai Perdana Menteri dalam undian yang dijalankan di kalangan anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Al-Keib yang tidak begitu dikenali sehingga kini, adalah ahli akademik yang pakar dalam kejuruteraan elektrikal. Dia mengalahkan empat calon lain selepas meraih 26 daripada 51 undi.

“Ini membuktikan rakyat Libya mampu membina sendiri masa depan mereka,” kata pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil, selepas undian tamat.

Al-Keib juga seorang ahli perniagaan berjaya menghabiskan masa berdekad di luar negara sebagai penentang Gaddafi sebelum menyertai revolusi pro-demokrasi yang menyaksikan penyingkiran pemimpin itu. Dia turut memberi sumbangan kewangan besar kepada NTC.

“Sudah tentu aspek utama programnya ialah menstabilkan negara, fail keselamatan dan tentera, yang akan dikawal Kementerian Dalam Negeri. Al-Keib juga menjanjikan untuk menyediakan keperluan asas rakyat Libya,” kata ketua hal ehwal politik NTC, Fathi Baja.

Awal kelmarin juga, ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, melakukan lawatan singkat ke Tripoli dan berkata dia melihat tiada lagi tugas besar bagi pakatan itu di Libya beberapa jam sebelum misi udaranya berakhir secara rasmi.

“Pada tengah malam ini, satu lagi kejayaan NATO dalam sejarah akan berakhir. Namun, anda juga sudah mula menulis bab baru dalam sejarah Libya,” katanya.
Rasmussen bergegas untuk mengadakan rundingan secara langsung di Hotel Rixos tetapi kemudian berpeluang bercakap mengenai masa depan negara itu dengan sekumpulan 60 pemuda Libya.

Lawatan dibuat tujuh bulan selepas kuasa Barat membedil bertalu-talu peluru berpandu pertama terhadap tentera Gaddafi dalam serangan udara yang membantu menumbangkan pemerintahan pemimpin veteran itu.

Zon larangan terbang dan halangan laut, dikuatkuasakan oleh NATO sejak 31 Mac lalu dan berakhir satu minit sebelum tengah malam kelmarin waktu Libya, seperti yang ditetapkan oleh resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, menamatkan mandat misi pakatan itu.

Operasi NATO ditamatkan walaupun Abdel Jalil meminta pakatan itu kekal sehingga akhir tahun ini, dengan amaran puak yang setia kepada Gaddafi masih memberi ancaman.

Bagaimanapun, NATO menyifatkan penduduk awam selamat daripada serangan selepas rejim baru Libya mengisytiharkan pembebasan negara itu berikutan kematian Gaddafi dan kejatuhan bandar kelahirannya, Sirte, 30 Oktober lalu. – AFP

Kerajaan UMNO BN Sudah Lama Bersekongkol Dengan Israel

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai ‘udang disebalik batu’.

Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia.

Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut.

“Saya hanya meminta Menteri untuk menjawabp benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal.

Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade in this continent.”

“Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini,” dakwa beliau.

Menurut Er selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis, namun hakikatnya mereka yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel.

Er berkata isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia, memandangkan seantero dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin.

Jelas beliau, Malaysia dilihat vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel, malah negara kita aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

“Kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza,” katanya yang juga wakil rakyat dari DAP.

KELAB GREENBOC/-

Mesin hemodialisis tidak cukup

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT (U) – Hospital Sungai Siput (HSS) memerlukan empat lagi tambahan mesin hemodialisis bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Sehingga kini hanya terdapat seramai 35 pesakit yang dapat menikmati kemudahan berkenaan, manakala 17 lagi pesakit diletakkan sebagai senarai menunggu kerana mesin disediakan tidak mencukupi.

Pengerusi Lembaga Pelawat HSS, Lau Fong Cheong berkata, bangunan yang menempatkan mesin-mesin berkenaan baru sahaja selesai melalui proses naik taraf dan pelebaran.

Menurutnya, terdapat lapan mesin hemodialisis ditempatkan di bangunan berkenaan dan kini mempunyai lebih ruang untuk tambahan.

“Dengan jumlah mesin sedia ada, ia memang tidak mencukupi untuk membantu dan memberi perkhidmatan kepada semua pesakit.

“Jadi kami ahli Lembaga Pelawat prihatin terhadap keperluan dan permintaan pesakit supaya dapat membantu mereka menggunakan mesin berkenaan.

“Kami berterima kasih kerana pelebaran bangunan telah dibuat dengan kos sebanyak RM200, 000 dan kini ia lebih selesa.

“Ruang yang dilebarkan mencukupi untuk menempatkan lagi empat mesin baru dan sehingga kini pesakit terdiri daripada pelbagai kaum termasuk orang asli,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena lawatan Umno Bahagian Sungai Siput dan MIC Bahagian sungai siput menyampaikan sumbangan Deepavali, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah HSS, Dr. Mohd Zamri Md Ali dan Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan.

Menurut Fong Cheong, pesakit amat memerlukan mesin berkenaan kerana kos yang diperlukan jika mendapatkan rawatan daripada hospital luar adalah sangat tinggi berbanding di hospital kerajaan.

“Kerana mesin tidak mencukupi, pesakit yang diletakkan pada senarai menunggu terpaksa ke hospital swasta dan kosnya mencecah RM250 hingga RM350 untuk satu sesi, sedangkan di hospital kerajaan hanya memerlukan RM13 sahaja.

“Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM180 dan kita memberikan keutamaan kepada pesakit yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan HSS akan mengadakan kempen cara Hidup sihat pada 10 Disember depan bagi memberi pelbagai pendedahan kepada orang ramai dan pesakit mengenai pelbagai info kesihatan.

sinar harian/-

Kesesakan melampau di Lembah Klang jika tiada MRT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Malaysia akan berhadapan dengan kesesakan trafik yang teruk jika aliran transit massa (MRT) tidak tersedia menjelang 2020, kata Datuk Seri Idris Jala, ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Jika kita tiada MRT, saya jamin menjelang tahun 2020, bandar ini (Lembah Klang) akan sesak teruk," kata beliau dalam taklimat media bersempena dengan siapnya 12 bulan pertama Program Transformasi Ekonomi.

Beliau berkata tiada bilangan bas akan menyelesaikan masalah trafik bandar, dan Malaysia memerlukan modus operandi yang berbeza sebagai penyelesaian.

Idris berkata beliau menghabiskan masa selama 15 minit setiap hari di Twitter untuk memberi respon kepada komen orang ramai mengenai ETP, sambil menambah kebanyakan rungutan ialah mengenai pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas dan keretapi Komuter KTM.

Beliau berkata orang ramai masih lagi belum sedar mengenai usaha-usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan jalan raya, sambil memberi contoh tempahan untuk keretapi dan bas baharu serta menghias semula perhentian bas di Lembah Klang.

"Segala-galanya telah dilakukan dan orang ramai masih lagi merungut kerana jawapannya bergantung dengan MRT," tambah beliau.

Bagi mengurangkan kos, Idris berkata Malaysia telah belajar dengan menderaf pembangunan MRT termasuk dari Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

- Bernama

Festival Seksualiti Merdeka

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama.

Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik sekarang.

“Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November.

malaysian insider/-

Festival Seksualiti: Jangan tunggu laknat Allah

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) yang sedang berlangsung mulai semalam sehinggalah 13 Okt 2011 merupakan bukti terbaru kecelaruan identiti dalam kalangan belia semakin meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan umat Islam.

Demikian kata Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pada minggu lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman tentang 6 juta belia Malaysia yang mengalami krisis identiti.

“Dakwaan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada akhbar arus perdana termasuklah juga perbagai saluran radio dan televisyen yang mengupas isu ini dengan menjemput berbagai-bagai tokoh belia menjawab dan mengupas isu kecelaruan identiti ini,” katanya.

Ini, ujarnya menunjukkan wujud usaha yang secara sengaja dan terancang sedang bergerak secara rancak mempromosi idea liberalisasi dan normalisasi dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual secara terang-terangan di Malaysia.

Katanya, kumpulan itu bergerak secara berani dan terang-terangan melalui slogan human right (hak asasi manusia).

Justeru, tambahnya Isma berharap pihak berkuasa mengambil cakna kepada bahaya yang sedang menanti semua lapisan masyarakat.

“Jangan kita tunggu laknat Allah Taala turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan,” ujarnya .

Isma juga, katanya menyeru kepada masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang dibawa oleh golongan itu.

Beliau menambah, budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu, Buddha.

Jelasnya, Islam sebagai agama yang mempunyai paling ramai penganutnya di Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang tidak bertamaddun itu.

Katanya, kegilaan kepada budaya gay, lesbian, pengkid dan kebebasan seks ini bukan sahaja ancaman kepada anak-anak dan generasi akan datang tetapi bahaya yang telah melanggar jati diri negara yang tertegak di atas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.

“Sekiranya budaya ini tidak dibanteras sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia berkemungkinan mempunyai Perdana Menteri daripada golongan gay atau Perdana Menteri yang merupakan anak bukan sah taraf.

“Apakah itu yang kita mahu,? soalnya.

harakahdaily/-

Pelancong Britain terperangkap dalam monorel

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.

Kali kedua

"Walaupun terperangkap di dalam gerabak selama 20 minit, kami sama sekali tidak panik. Malahan, saya dapati anggota penyelamat begitu ramah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka," katanya.

Ini merupakan kali kedua sistem monorel bernilai hampir RM15.9 juta di sepanjang Sungai Melaka ini terhenti perkhidmatan.

Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat.

Sistem monorel sepanjang 1.6km itu dilancarkan Oktober tahun lalu.

Bagaimana, sejurus pelancaran, perkhidmatannya digantung sementara berikutan beberapa masalah teknikal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad berkata, kejadian semalam disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak.

Menurutnya, sistem monorel berkenaan secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup.

"Kita mengganggap ini satu masalah kecil sahaja. Perkhidmatan telah bersambung semula jam 3.30 petang selepas kerosakan berkenaan diperbaiki," katanya.

Difahamkan, tambang kedua pelancong Britain berkenaan juga telah dikembalikan kepada mereka, selain mereka turut ditawarkan tiket percuma untuk menaiki Menara Taming Sari.

Difahamkan juga pihak pengendali perkhidmatan monorel itu turut menghantar notis memohon maaf serta cenderamata kepada pasangan berkenaan.

malaysiakini/-

Kenderaan meletup, 7 maut, 225 cedera di China

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING 2 Nov. – Dua kenderaan yang membawa kira-kira 70 tan bahan letupan meletup menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut, 225 cedera dan beberapa bangunan musnah di barat daya China, semalam.

Jumlah korban akibat kejadian yang berlaku di bandar Fuquan di wilayah Guizhou itu disahkan oleh seorang jurucakap pihak berkuasa.

Pihak berkuasa dan media bagaimanapun tidak menyediakan laporan lengkap mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah hari waktu Malaysia itu. – AFP

Tidak guna mesin sejak dibeli

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2010, mendedahkan lima unit mesin autoklaf bernilai RM65,000 yang dibekalkan di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di beberapa daerah tidak dipasang dalam tempoh ditetapkan.

Antara klinik LPPKN terlibat adalah di Dungun, Ampang, Klang, Bentong dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Laporan itu menyebut, kelewatan pemasangan autoklaf telah menyebabkan peralatan tidak dapat digunakan dan telah luput jaminan.

“Pada pandangan Audit, LPPKN perlu menyegerakan pemasangan mesin autoklaf di lima klinik tersebut, supaya perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas,” katanya.
Mesin autoklaf digunakan untuk menghapuskan kuman pada peralatan perubatan di klinik LPPKN.

Laporan juga mendedahkan lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2010, mendapati enam daripada 39 mesin autoklaf bernilai RM78,000 yang telah dibekalkan bagi tahun 2007 hingga 2008 di klinik LPPKN Tanjung Malim, Bidor, Kampar, Taiping, Mentakab dan Kuala Terengganu telah digunakan dalam tahun 2010 sebelum mendapat sijil pentauliahan.

“LPPKN hendaklah memastikan mesin autoklaf mempunyai sijil pentauliahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja bagi menjamin keselamatan pekerja yang menggunakan peralatan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, 31 jenis pe-ralatan perubatan tidak digunakan di Klinik LPPKN antaranya di Kampar seperti alat pembuka mulut, Sri Manjung seperti katil pemeriksaan, Kuala Terengganu adalah katil gynae dan Klang iaitu dulang besi tahan karat.

Selain itu, semakan Audit mendapati syarikat yang dilantik membekalkan kontraseptif dan ubat rawatan kesuburan bernilai RM1.43 juta tidak dibuat secara berterusan dan mengakibatkan LPPKN Johor dan Pulau Pinang menunjukkan trend permintaan yang tinggi terhadap kontraseptif loette iaitu masing-masing 12.9 peratus dan 11.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaannya pada tahun 2009 tetapi tidak dibekalkan pada tahun 2010.

“Pengagihan kontraseptif tidak ikut keperluan klinik LPPKN menyebabkan stok berlebihan berjumlah RM192,574 telah tamat tarikh luput dan dilupuskan pada 2009 hingga 2010.

“Pelupusan stok melibatkan LPPKN Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, pada keseluruhannya, pengurusan peralatan dan bekalan kontraseptif di LPPKN tidak diuruskan dengan baik dan pihak Audit mengesyorkan LPPKN mengambil tindakan segera untuk menambah baik pe­ngurusan peralatan peruba-tan dan bekalan tersebut.

sinar harian/-

Saiful Apek tak mengaku ambil ganja

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA – Pelakon komedi, Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki mengambil ganja di sebuah apartmen tahun lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.

Saiful Apek (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengambil dadah berbahaya iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.
Get involved in protecting children off the streets. Click here.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 itu dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis, jika sabit kesalahan.

Turut didakwa atas tuduhan sama ialah tiga rakan Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, termasuk seorang wanita, Noremy Mohamad, 28.

Kesemua mereka turut mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mahkamah kemudian membenarkan empat tertuduh tersebut diikat jamin masing-masing RM2,500 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut ditetapkan untuk sebutan semula pada 23 Disember depan.
Ketiga-tiga tertuduh itu membayar wang jaminan itu.

Dalam prosiding sama, seorang lagi rakan artis itu, Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan berkaitan dengan dadah.

Mengikut pertuduhan pertama, Shafarul didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 0.09 gram di rumah bernombor 306, Blok C, Sunway Court Apartmen, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam 12 Jun tahun lalu.

Kosmo

70 lintasan haram dikesan

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

POLIS menjalankan siasatan di sekitar kawasan kemalangan yang membabitkan kereta api dan lori tangki di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, kelmarin.
Pemaju, penduduk enggan guna laluan alternatif disedia JKNS

KOTA KINABALU: Sebanyak 70 lintasan haram dikesan di sepanjang landasan kereta api dari Tanjung Aru di sini ke Beaufort, termasuk lintasan haram di Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, iaitu lokasi kereta api dinaiki 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki yang menyebabkan letupan kuat dan mencederakan 12 penumpang, petang kelmarin.

Lintasan itu dipercayai dibina pemaju perumahan dan penduduk kampung yang dipercayai enggan menggunakan laluan alternatif disediakan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS).

Lintasan itu amat berbahaya kepada pemandu kenderaan yang melintasi landasan berkenaan berikutan ketiadaan pintu bagi menghalang kenderaan berkenaan melintasi landasan setiap kali kereta api melalui kawasan itu, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh kereta api.

Pengurus Besar JKNS, Mohd Zain Mohd Said yang membuat pendedahan itu di sini, semalam, berkata JKNS tidak mampu meletakkan kakitangan bagi menghalang pemandu kenderaan atau pejalan kaki melintasi semua lintasan haram kerana lintasan itu sudah sebati sebagai laluan utama penduduk taman perumahan dan kampung.

“Mereka melintas atas risiko sendiri. Kami tidak bertanggungjawab jika mereka dirempuh kereta api. Hanya lintasan sah yang kami bina yang ada pintu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Terdahulu, beliau menemani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman melawat tempat kejadian. Turut serta Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.
Bagaimanapun, Mohd Zain berjanji akan mengambil tindakan tegas, termasuk kemungkinan menutup semua 70 laluan haram bagi mengelak kejadian sama itu berulang.

“Kami akan menutup lintasan haram di tempat kejadian ini selepas kepala kereta api dan gerabak pertama yang hangus diangkat ke bengkel JKNS di Tanjung Aru," katanya.

Beliau berkata, kepala kereta api dan tiga gerabak yang terbabit dalam kejadian kelmarin baru dibeli dari China pada kos RM16 juta dengan setiap gerabak mampu memuatkan 87 penumpang.

Perkhidmatan kereta api itu disambung semula Februari lalu selepas dihentikan selama lima tahun berikutan kerja menaik taraf landasan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, dua penumpang wanita patah kaki, manakala sembilan yang lain cedera ringan. Ketika kejadian, kira-kira 200 penumpang, kebanyakannya kakitangan kerajaan yang baru pulang kerja dalam perjalanan dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru ke Stesen Kereta Api Beaufort.

Bagaimanapun, semua mereka terselamat apabila kereta api itu merempuh sebuah lori tangki bermuatan 27,000 liter petrol yang menyebabkan letupan kuat menggegarkan kawasan sekitar Petagas dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer (km).

Sementara itu, Sukarti berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan lengkap daripada JKNS, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataannya di sini semalam, berkata pihak berkuasa harus meningkatkan usaha memastikan keselamatan di lintasan kereta api bagi menjamin kejadian sama tidak berulang.

berita harian/-