30 November 2010

11 undi selamatan RM 10 Peter Chin

23 Zulhijjah 1431H.

KUALA LUMPUR: Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir "tercalar"' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.

Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 Ahli Parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul berkenaan berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan. Selain Chin, hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.

Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara ''terpaksa'' menukar rentak apabila kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.

Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling ''berperang mulut'', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.

Terdahulu Dzulkefly dalam usulnya membangkitkan tiga isu utama mengenai pengurusan air, iaitu isu penswastaan air di Selangor yang masih belum selesai sehingga sekarang selain mempersoalkan keputusan kerajaan untuk meneruskan konsesi air kepada Syabas dan Puncak Niaga walaupun kedua-dua syarikat itu gagal memenuhi terma-terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Beliau juga menyifatkan RM10 perlu dipotong daripada gaji menteri kerana sehingga kini didakwa masih gagal untuk mewujudkan polisi air negara seperti diwujudkan di Thailand.

Chin ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, polisi air negara masih di peringkat perangkaan oleh kementerian.

Mengenai masalah air di Selangor pula, beliau berkata, isu air bukan terletak pada kementerian semata-mata kerana ia termaktub dalam senarai bersama yang bermakna kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan isu berkenaan. (Sumber: Bernama)

Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi

23 Zulhijjah 1431H.

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Nampaknya sayalah antara rakyat Malaysia yang malang kerana dalam tahun ini sahaja berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak yang menjadi kegunaan semua kenderaan saya. Namun saya tidak hairan kerana itulah hakikatnya BN iaitu barang naik dan slogan yang sering dilaungkan oleh BN iaitu "rakyat didahulukan".

Dalam pembentangan bajet 2011 Perak yang dilakukan oleh MB Zambry tadi dia beberapa kali menyebutkan slogan "rakyat didahulukan" dan ternyata menjadi bukti apabila lewat malam ini RON97 naik lagi.

Resolusi sidang MB dan KM Pakatan Rakyat

Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;

4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan

5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

1. Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;

2. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);

3. Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;

4.Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan

5. Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.


C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

1. Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

2. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

3. Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;

4. Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

5. Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

6. Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;

7. Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.

8. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

9. Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;

10. Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi
visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk
mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat, Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Lim Guan Eng
(Ketua Menteri Pulau Pinang)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
(Menteri Besar Kedah)

Sidang DUN Perak hari pertama

Satu Sidang akhbar telah dibuat selepas berakhir Sidang DUN Perak hari pertama di Ibu Pejabat DAP lewat tengahari tadi. Beberapa perkara yang bercanggah dengan peraturan telah disuarakan dengan tidak puas hati oleh sebilangan ahli dewan dari Pakatan Rakyat. Menurut Dato' Seri Nizar,speaker Ganesan yang kurang arif berkaitan peraturan dewan telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar. Hal ini sangat mendukacitakanBeliau(Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan dimana rujuknya. Ini satu penganiyaan yang jelas lagi terang kepada anggota Dewan dari Pakatan Rakyat."

Jelas Dato Seri Nizar lagi, apakah kerana usul besar yg diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku keatas beliau. "kawalan ketat oleh pihak Polis disetiap pintu dan dikawasan koridor bangunan begitu menjengkelkan. Nampaknya kerajaan BN melalui Polis telah mengawal kerajaan. "

Berkaitan penutupan pembesar suara dipihak Pakatan, Dato' Ngeh kesal. Lebih dikesalkan ialah mengapa soalan daripada Adun BN diberi perhatian oleh Speaker, merujuk kepada 20 soalan dari Batu Kurau. Ini menunjukkan hanya soalan daripada ahli dewan (BN) dilayan. Ini tidak adil.." ujar beliau. Dato' Ngeh turut mengulas lagi ketika MB Kudeta membentangkan bajet pagi tadi dimana, " saya sebagai bukan muslim rasa sangat malu bila dia gunakan al quran untuk menyalahkan PR sedangkan setahu saya islam tidak halalkan merompak dan merampas kuasa yg jelas hukum haram disisi quran. Sepatutnya dia insaf dan bertaubat bukan salahkan orang lain.." 

(*) Foto lengkap Sidang DUN Perak sila klik di sini.

Foto Sidang Dun Pada hari Pertama

23 Zulhijjah 1431H









UMNO PERTAHAN “AZIMAT” KETUANAN MELAYU

23 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 20 Nov :- Kenyataan beberapa pimpinan komponen BN baru-baru ini telah menampakkan perbuatan jahat mereka memanipulasi isu perkauman sebagai modal untuk mempengaruhi rakyat.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh mereka (BN), peringatan tentang pentingnya perlembagaan dijaga, konsep ketuanan Melayu perlu dipelihara dengan baik, dan pelbagai lagi peringatan yang disebar melalui media BN kepada seluruh rakyat.

Tambahan pula ucapan presiden PKR di kongres baru-baru ini menyentuh mengenai ketuanan Melayu, isu ini telah dimanipulasi dengan hebat sehingga menyimpang jauh dari maksud sebenarnya.

Sebagaimana yang disebut oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah, Konsep tersebut wajib ditinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil “VIP” Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.

“Kronologi hakisan ketuanan Melayu telah berlaku sejak pasca Tunku Abdul Rahman lagi, ia dimulai oleh Umno sendiri yang telah mencabar institusi diRaja sehingga menyifat serta meletakkan Institusi Raja-Raja sebagai bebanan bangsa satu katika dahulu, dalam masa yang sama melaungkan bahawa mereka adalah pembela Melayu dan kaum lain,” kata Ketua Penerangan PAS Perak ,YB Ds. Khalil Idham Lim, ketika ditemui di sini.

Ketuanan Melayu telah dimanipulasi oleh Umno untuk membela beberapa kerat kroni sebagai aset serta modal untuk mengaut harta dan kekayaan untuk keuntungan kroni, apabila menteri digesa supaya mengisytihar harta mereka kepada rakyat, sehingga kini ia cuma sekadar cadangan.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak,

Golongan elit Melayu Umno telah mengaut keuntungan yang amat besar dengan kerkataan “ketuanan Melayu” yang mereka guna selama 50 tahun lebih.

“Jika kita mahu entiti bangsa menjadi hebat serta dipandang mulia, jolokan tuan amat tidak sesuai, seolah-olah kita menggesa dengan tegas kepada bangsa lain supaya menghormati kita, katanya.

Khilafah Uthmaniah tidak pernah melaungkan ketuanan Turki semasa kegemilangan empayar itu sehingga ditakuti dunia barat suatu ketika dahulu, tegasnya lagi.

Selepas ini BN dijangka akan melakukan apa sahaja cara bagi mempertahankan Putrajaya dari dikuasai oleh Pakatan Rakyat, dan kita ingin menegaskan bahawa kita (Pakatan Rakyat) sentiasa bersedia ke arah itu.

AHLI UMNO DIGESA BERALIH SEGERA KEPADA PAKATAN RAKYAT

23 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 30 Nov :- Ahli UMNO dinasihati supaya melakukan transformasi dalam soal memilih pembela kebajikan rakyat, UMNO telah diberi peluang sekian lama, lebih separuh abad, hasilnya amat mendukacitakan.

UMNO parti yang sepatutnya menjadi pembela hak kaumnya berdasarkan kepada nama parti itu gagal memanifestasikan perjuangan tersebut, bukan sahaja itu, bahkan mereka gagal membela nasib bangsa lain yang bernaung dibawah Negara Malaysia yang mereka perintah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagaimana dipetik dalam kenyatan beliau mengatakan bahawa orang Melayu perlu segera meninggalkan PKR kerana parti itu tidak lagi berminat dengan kuasa orang Melayu menerusi politik.

“Ahli UMNO perlu kaji kedua-dua parti ini, antara PKR dan UMNO, mana satu benar-benar memperjuangkan hak rakyat, nampaknya Rais Yatim telah lupa mengenai kuasa-kuasa Majlis Raja-Raja Melayu yang telah dihakis oleh UMNO satu masa dahulu, kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim, ketika ditemui di sini.

“UMNO memang berminat dengan agenda tersebut kerana kuasa tersebut (ketuanan Melayu) telah jadikan sebagai alat selama separuh abad labih bagi menguasai segalanya di Malaysia, termasuklah hak rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, UMNO sebagai parti politik Melayu, layak digelar si kitol moden yang sentiasa mencari dan menunggu peluang untuk menyebarkan muslihatnya.

“UMNO lebih dahsyat dari si kitol dalam bidang penyiaran fitnah, memandangkan kuasa Majlis Raja-Raja telah berjaya dihakis, kini bersorak bahawa mereka adalah kelompok pejuang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, ini tindakan orang kurang siuman, tegasnya lagi.

UMNO ketika kemuncak kemelut setelah mencetus krisis Perlembagaan pada tahun 1988, pemimpin Negara (UMNO) ketika itu melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan yang mana tindakan tersebut dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja.

Berikutan krisis kepimpinan UMNO yang disifatkan sebagai yang terburuk, UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 dengan tanpa ada sebarang bantaha oleh Tun Mahathir sendiri, kemudian Tun Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988.

Rakyat disaran supaya menilai sejarah jatuh bangun parti ini, kemudian buatlah keputusan sebaiknya pada PRU 13 nanti, walaupun umno bangun semula, tetapi berdasarkan rekod mereka, nampaknya UMNO tidak lagi relevan dalam memperjuangkan hak rakyat Malaysia, perubahan ini mesti dimulai oleh setiap rakyat Malaysia ke arah Malaysia yang berkebajikan dengan memilih Pakatan Rakyat (PKR,PAS dan DAP) pada PRU tidak lama lagi, ujarnya.

Nik Aziz: Umno punca masalah di Malaysia

23 Zulhijjah 1431H

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

"Saya nak tanya.... adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.

Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" katanya.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.

Kenal siapa kawan, siapa lawan

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan ‘siapa kawan, siapa lawan’.

Menurut Harakahdaily, Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.

“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri.” Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.

Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.

“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” katanya.

Ahli parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.

“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” katanya.

Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.

“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” katanya.

Pertahan keyakinan rakyat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.

Ini, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurut Azizan (kanan, bersongkok), ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” katanya.

Malaysiakini/-

Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara

23 Zulhijjah 1431H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.

Harakahdaily/-