30 November 2010

UMNO PERTAHAN “AZIMAT” KETUANAN MELAYU

23 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 20 Nov :- Kenyataan beberapa pimpinan komponen BN baru-baru ini telah menampakkan perbuatan jahat mereka memanipulasi isu perkauman sebagai modal untuk mempengaruhi rakyat.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh mereka (BN), peringatan tentang pentingnya perlembagaan dijaga, konsep ketuanan Melayu perlu dipelihara dengan baik, dan pelbagai lagi peringatan yang disebar melalui media BN kepada seluruh rakyat.

Tambahan pula ucapan presiden PKR di kongres baru-baru ini menyentuh mengenai ketuanan Melayu, isu ini telah dimanipulasi dengan hebat sehingga menyimpang jauh dari maksud sebenarnya.

Sebagaimana yang disebut oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah, Konsep tersebut wajib ditinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil “VIP” Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.

“Kronologi hakisan ketuanan Melayu telah berlaku sejak pasca Tunku Abdul Rahman lagi, ia dimulai oleh Umno sendiri yang telah mencabar institusi diRaja sehingga menyifat serta meletakkan Institusi Raja-Raja sebagai bebanan bangsa satu katika dahulu, dalam masa yang sama melaungkan bahawa mereka adalah pembela Melayu dan kaum lain,” kata Ketua Penerangan PAS Perak ,YB Ds. Khalil Idham Lim, ketika ditemui di sini.

Ketuanan Melayu telah dimanipulasi oleh Umno untuk membela beberapa kerat kroni sebagai aset serta modal untuk mengaut harta dan kekayaan untuk keuntungan kroni, apabila menteri digesa supaya mengisytihar harta mereka kepada rakyat, sehingga kini ia cuma sekadar cadangan.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak,

Golongan elit Melayu Umno telah mengaut keuntungan yang amat besar dengan kerkataan “ketuanan Melayu” yang mereka guna selama 50 tahun lebih.

“Jika kita mahu entiti bangsa menjadi hebat serta dipandang mulia, jolokan tuan amat tidak sesuai, seolah-olah kita menggesa dengan tegas kepada bangsa lain supaya menghormati kita, katanya.

Khilafah Uthmaniah tidak pernah melaungkan ketuanan Turki semasa kegemilangan empayar itu sehingga ditakuti dunia barat suatu ketika dahulu, tegasnya lagi.

Selepas ini BN dijangka akan melakukan apa sahaja cara bagi mempertahankan Putrajaya dari dikuasai oleh Pakatan Rakyat, dan kita ingin menegaskan bahawa kita (Pakatan Rakyat) sentiasa bersedia ke arah itu.

1 ulasan:

mohdrusli berkata...

Julang Islam junjung quran