30 November 2010

AHLI UMNO DIGESA BERALIH SEGERA KEPADA PAKATAN RAKYAT

23 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

IPOH, 30 Nov :- Ahli UMNO dinasihati supaya melakukan transformasi dalam soal memilih pembela kebajikan rakyat, UMNO telah diberi peluang sekian lama, lebih separuh abad, hasilnya amat mendukacitakan.

UMNO parti yang sepatutnya menjadi pembela hak kaumnya berdasarkan kepada nama parti itu gagal memanifestasikan perjuangan tersebut, bukan sahaja itu, bahkan mereka gagal membela nasib bangsa lain yang bernaung dibawah Negara Malaysia yang mereka perintah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagaimana dipetik dalam kenyatan beliau mengatakan bahawa orang Melayu perlu segera meninggalkan PKR kerana parti itu tidak lagi berminat dengan kuasa orang Melayu menerusi politik.

“Ahli UMNO perlu kaji kedua-dua parti ini, antara PKR dan UMNO, mana satu benar-benar memperjuangkan hak rakyat, nampaknya Rais Yatim telah lupa mengenai kuasa-kuasa Majlis Raja-Raja Melayu yang telah dihakis oleh UMNO satu masa dahulu, kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim, ketika ditemui di sini.

“UMNO memang berminat dengan agenda tersebut kerana kuasa tersebut (ketuanan Melayu) telah jadikan sebagai alat selama separuh abad labih bagi menguasai segalanya di Malaysia, termasuklah hak rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, UMNO sebagai parti politik Melayu, layak digelar si kitol moden yang sentiasa mencari dan menunggu peluang untuk menyebarkan muslihatnya.

“UMNO lebih dahsyat dari si kitol dalam bidang penyiaran fitnah, memandangkan kuasa Majlis Raja-Raja telah berjaya dihakis, kini bersorak bahawa mereka adalah kelompok pejuang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, ini tindakan orang kurang siuman, tegasnya lagi.

UMNO ketika kemuncak kemelut setelah mencetus krisis Perlembagaan pada tahun 1988, pemimpin Negara (UMNO) ketika itu melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan yang mana tindakan tersebut dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja.

Berikutan krisis kepimpinan UMNO yang disifatkan sebagai yang terburuk, UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 dengan tanpa ada sebarang bantaha oleh Tun Mahathir sendiri, kemudian Tun Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988.

Rakyat disaran supaya menilai sejarah jatuh bangun parti ini, kemudian buatlah keputusan sebaiknya pada PRU 13 nanti, walaupun umno bangun semula, tetapi berdasarkan rekod mereka, nampaknya UMNO tidak lagi relevan dalam memperjuangkan hak rakyat Malaysia, perubahan ini mesti dimulai oleh setiap rakyat Malaysia ke arah Malaysia yang berkebajikan dengan memilih Pakatan Rakyat (PKR,PAS dan DAP) pada PRU tidak lama lagi, ujarnya.

Tiada ulasan: