22 November 2021

Permit umrah jemaah warga asing hanya bagi usia 18-50 tahun

 Gambar hiasan. - Foto AFP

Gambar hiasan. - Foto AFP

KAHERAH: Arab Saudi menetapkan permit bagi umrah atau tujuan lain untuk jemaah warga asing dihadkan kepada golongan berusia antara 18 hingga 50 tahun saja.

Menurut laporan Gulf News, yang memetik kenyataan Kementerian Umrah dan Haji, setiap jemaah warga asing juga diwajibkan mengambil suntikan lengkap vaksin COVID-19 yang diiktiraf Arab Saudi.

RM1 bilion basmi miskin tegar

 Kerajaan menyediakan dana besar untuk membantu keluarga miskin tegar. - Foto hiasan NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kerajaan menyediakan dana besar untuk membantu keluarga miskin tegar. - Foto hiasan NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan dana RM1 bilion menerusi Bajet 2022 bagi membantu keluarga miskin tegar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata agihan peruntukan itu sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

11 terperangkap kepala air

 Anggota bomba melakukan operasi menyelamat 11 individu yang terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, susulan fenomena kepala air, hari ini. - Foto Bomba

Anggota bomba melakukan operasi menyelamat 11 individu yang terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, susulan fenomena kepala air, hari ini. - Foto Bomba

HULU SELANGOR: Seramai 11 individu terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali ke Genting di sini susulan fenomena kepala air hari ini.

Bagaimanapun, semua mereka selamat kerana berada di pondok yang mempunyai bekalan elektrik.

MP Dungun dedah pesara terima pencen RM200

 

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kadar pencen pesara agensi kerajaan yang diswastakan pada tahun 1980-an dan 1990-an supaya sesuai dengan taraf kehidupan sekarang.

PAS syukur Melaka tidak jatuh ke tangan PH

 

ARAU: Rundingan untuk menyatupadukan ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan Bersatu) tetap akan terus dilakukan demi mencapai matlamat penyatuan ummah bukan sahaja sekadar untuk pilihan raya.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin, berkata Umno adalah sahabat PAS dalam Muafakat Nasional (MN), begitu juga Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).

Isu air: Pulau Pinang tidak pernah jawab surat Kedah

 

ALOR SETAR: Persetujuan Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada negeri-negeri yang mengekalkan hutan simpan sebagai kawasan tadahan selaras dengan Rancangan Fizikal Negara keempat (RFN4).

Pelaksanaan Hiwalah menjamin hak wanita teraniaya

 

KERAJAAN, melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sentiasa menjunjung tinggi prinsip keadilan dan kepatuhan kepada hukum syara’ bagi membela dan memperkukuh institusi kekeluargaan.

Marbawi mendahului zaman

 MARBAWI menggunakan pendekatan tafsir analitikal menjadikan karya minda beliau mampu menarik perhatian  pengkaji.

MARBAWI menggunakan pendekatan tafsir analitikal menjadikan karya minda beliau mampu menarik perhatian pengkaji.

Dr Lokman Ab Rahman

Nama Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi sangat dekat di hati bagi sesiapa sahaja anak Melayu yang baharu berjinak  mempelajari Bahasa Arab.  Kamus Marbawi antara sumbangan penting yang menghubungkan dua bahasa dan budaya, Arab-Melayu yang mempunyai cara hidup yang sangat berbeza. Marbawi hanyalah seorang anak kampung kelahiran negeri Perak.

Sekolah di empat negeri dibuka semula hari ini

 SEORANG ahli keluarga membetulkan kasut seorang murid SK Seberang Jaya, Butterworth setibanya di pekarangan sekolah berkenaan hari ini. FOTO BERNAMA

SEORANG ahli keluarga membetulkan kasut seorang murid SK Seberang Jaya, Butterworth setibanya di pekarangan sekolah berkenaan hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di empat negeri mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Demonstrasi bantah sekatan COVID-19 di Eropah

 Penunjuk perasaan membakar suar semasa demonstrasi menentang langkah COVID-19 di Brussels. - Foto AFP

Penunjuk perasaan membakar suar semasa demonstrasi menentang langkah COVID-19 di Brussels. - Foto AFP

BRUSSELS: Gelombang rusuhan baharu berlaku di beberapa bandar di Eropah serta wilayah Perancis bagi membantah pelaksanaan semula peraturan dan sekatan pergerakan COVID-19.

Polis dan penunjuk perasaan bertempur di Brussels, beberapa bandar Belanda serta wilayah Guadaloupe.

Jordan berdepan gelombang ketiga COVID-19

 Jordan merekodkan 16 kematian dan 1,855 kes COVID-19 pada Sabtu, manakala 21 kematian dan 3,677 kes dilaporkan pada Jumaat. - Foto AFP

Jordan merekodkan 16 kematian dan 1,855 kes COVID-19 pada Sabtu, manakala 21 kematian dan 3,677 kes dilaporkan pada Jumaat. - Foto AFP

AMMAN: Jordan memasuki gelombang ketiga COVID-19 apabila jumlah jangkitan mencecah 20,000 kes dalam tempoh seminggu.

Kadar jangkitan meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun kerajaan masih tidak berhasrat untuk mengenakan semula perintah berkurung dan peraturan lain COVID-19.

Australia buka semua sempadan untuk pelajar, pekerja


Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews. - Foto AFP
Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews. - Foto AFP

SYDNEY: Australia membenarkan kedatangan pelajar asing dan pekerja mahir mulai bulan depan dengan melonggarkan beberapa sekatan perjalanan pandemik yang paling ketat di dunia.

PAS anggap kekalahan satu proses demokrasi

 Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua kanan) meninjau lokasi kebakaran 10 rumah dan empat kedai di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dua kanan) meninjau lokasi kebakaran 10 rumah dan empat kedai di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


KOTA BHARU: PAS menerima kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan menganggap ia satu proses demokrasi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata rakyat Melaka sudah membuat keputusan dengan umum mengetahui Barisan Nasional (BN) menang pada PRN berkenaan dan membentuk kerajaan.

'Perlu ingat Kerajaan Pusat dibentuk pelbagai parti' - Takiyuddin

 

KOTA BHARU: PAS mengingatkan semua pihak bahawa Kerajaan Pusat yang ada kini dibentuk hasil gabungan pelbagai parti.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan)  beramah mesra  ketika hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran 10 rumah dan empat kedai musnah di Jalan Sultanah Zainab pada sidang media  di perkarangan Masjid Pakitan Jalan Sultanah Zainab, di Kota Bharu, hari ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan) beramah mesra ketika hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran 10 rumah dan empat kedai musnah di Jalan Sultanah Zainab pada sidang media di perkarangan Masjid Pakitan Jalan Sultanah Zainab, di Kota Bharu, hari ini.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata walaupun Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia hanya dalam konteks negeri itu sahaja, sebaliknya di peringkat Persekutuan, kerajaan dibentuk oleh pelbagai parti.

"Saya melihat ia isu berbeza dan ini dalam konteks Melaka saja.

Tok Batin, anak buah mengalah terima vaksin

 Batin Razali (tengah) menerima pek makanan selepas program turun padang memberi suntikan kepada Orang Asli di Jerantut. FOTO NSTP/ROSELAN MALIK

PreviousNext

JERANTUT: Tok Batin Kampung Paya Petai dan Kampung Machang berserta anak buahnya akhirnya mengalah dan sanggup menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini.

Batin Kampung Paya Petai, Razali Rengai, 54, mengakui beliau dan 79 penduduk lagi kampung Orang Asli terbabit sebelum ini enggan menerima suntikan vaksin kerana bimbang dengan kesan sampingan akan dialami.

Pas Keluarga Malaysia dilancar, galak guna pengangkutan awam

 

KUALA LUMPUR: Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.

Korban nahas setiap 24 saat, pertingkat keselamatan jalan raya

 

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Ahad menggesa supaya langkah-langkah keselamatan di jalan raya terus dipertingkat berikutan berlakunya kematian setiap 24 saat.

PRN Melaka: Sembilan kompaun RM120,00 sepanjang kempen

 

MELAKA: Polis Melaka mengeluarkan sembilan kompaun bernilai RM120,000 kepada pelbagai parti politik kerana melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 hingga 19 Nov lepas.

Judi dan arak: Antara hak dan dakyah, siapa dianiaya?

 

ISU judi dan arak tak sepatutnya timbul kerana jelas sekali keburukannya di sisi semua agama. Pengharaman arak jelas di dalam al-Quran. Arak adalah ibu maksiat sehinggakan orang yang meminum arak, solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Mencabar undang-undang tuhan, logikkah?

 

DI SANA wujudnya segelintir manusia yang mempertikaikan Undang-undang Allah S.W.T. Mereka memperlecehkannya dengan mengatakan undang-undang atau sistem Tuhan itu sudah ketinggalan zaman. Ada yang mentertawakan seolah-olah sistem yang diatur olehNya itu tidak realistik.

Lebih 2.5 juta populasi remaja di Malaysia lengkap divaksin

  Foto NSTP/Faiz Anuar  (hiasan)

Foto NSTP/Faiz Anuar (hiasan)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sulaiman mula tugas sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13

 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali (dua dari kanan) diiringi Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamad (kanan) memasuki pejabat secara rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. NSTP/SYAFEEQ AHMAD

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali (dua dari kanan) diiringi Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamad (kanan) memasuki pejabat secara rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. NSTP/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini.