22 November 2021

11 terperangkap kepala air

 Anggota bomba melakukan operasi menyelamat 11 individu yang terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, susulan fenomena kepala air, hari ini. - Foto Bomba

Anggota bomba melakukan operasi menyelamat 11 individu yang terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, susulan fenomena kepala air, hari ini. - Foto Bomba

HULU SELANGOR: Seramai 11 individu terperangkap di seberang sungai Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali ke Genting di sini susulan fenomena kepala air hari ini.

Bagaimanapun, semua mereka selamat kerana berada di pondok yang mempunyai bekalan elektrik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.26 malam.

Sepasukan lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

"Terdapat 11 mangsa terkandas di seberang sungai dan berada dalam pondok yang mempunyai bekalan elektrik," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norazam berkata, semua identiti mangsa masih belum diperolehi dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

BHARIAN.

Tiada ulasan: