22 November 2021

Sulaiman mula tugas sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13

 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali (dua dari kanan) diiringi Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamad (kanan) memasuki pejabat secara rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. NSTP/SYAFEEQ AHMAD

MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini.

Sulaiman, 55, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu di pintu masuk pejabat pada 8.30 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya bagi menghadiri upacara ringkas selain sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, semalam selepas Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu. – BERNAMA

Tiada ulasan: