21 Jun 2013

Maut jatuh dari tingkat 11

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Maut jatuh dari tingkat 11

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri servis di sekitar Taman Melaka Raya di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira 4.25 petang itu dipercayai berlaku ketika sepasukan anggota polis narkotik yang sedang melakukan operasi rutin mengetuk pintu rumah didiami mangsa bersama empat lagi rakannya termasuk tiga wanita.

Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Merlimau, Jasin itu bagaimanapun dijumpai terbaring dengan berpakaian kemas di kawasan bawah premis berkenaan, berhampiran persimpangan lampu isyarat dan laluan utama.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, dia yang mendengar bunyi dentuman kuat yang luar biasa sebelum menyedari objek di atas jalan raya yang sebenarnya mayat seorang lelaki.

“Saya terperanjat mendengar bunyi dentuman kuat dan luar biasa seolah-olah objek terjatuh dari tingkat atas bangunan. Apabila saya perhatikan betul-betul objek itu, rupa-rupanya adalah mayat seorang lelaki.

“Mangsa yang berpakaian kemas dan sebahagian daripada kepalanya berlumuran darah didatangi polis tidak lama kemudian, sebelum melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.

Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan laporan itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

“Hasil pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah di dalam sebuah bilik di rumah itu yang dirampas untuk tindakan lanjut dan semua empat individu yang berada di dalam rumah itu turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


sinar/-

Bahana akibat tolak Pakatan Rakyat PRU13

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Tindakan sebahagian rakyat menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung pelbagai bahananya sekarang. Menjelang PRU14, pelbagai beban sedang menanti. Antaranya termasuklah bayaran tol, hutang PTPTN, kenaikan tambang bas, kenaikan harga minyak dan barangan, cukai GST dan macam-macam lagi. Ikuti petikan pandangan Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Ikuti temubual penuh dalam akhbar Harakah Edisi Isnin ini.

Harakah: Rakyat juga dihimpit dengan hutang PTPTN. Pakatan tawarkan ianya dihapuskan, tetapi mereka mahu juga berhutang.

Hari ini kita lihat ibu bapa sedang sibuk mempersiapkan anak-anak mereka untuk memasuki IPTA dan IPTS. Disebabkan bebanan hutang PTPTN, ramai ibu bapa yang meminta sumbangan daripada wakil-wakil rakyat lain. Rakyat sangat terbeban dengan yuran pengajian yang mahal. Berbeza jika Pakatan Rakyat yang menang sehingga dapat memerintah negara kerana Pakatan Rakyat akan memberikan pendidikan percuma. Itu adalah tanggungjawab yang besar kerajaan terhadap ibu bapa.

Kini di bawah pemerintahan BN, ibu bapa pening kepala dengan yuran pengajian anak-anak yang tinggi. Berhutang dengan PTPTN pula dikenakan interest sehingga amat membebankan para pelajar dan ibu bapa.

Apabila anak-anak keluar dari universiti, hutang PTPTN mestilah dibayar walaupun mereka belum dapat kerja. Rakyat yang miskin pasti tidak mampu menanggung bebananhutang, apatah lagi jika yang mempunyai ramai adik-beradik.

Ini menyebabkan mereka terus tercicir dalam pelajaran kerana tak mampu menanggung bebanan yuran pengajian yang tinggi dan hutang PTPTN. Kalau Pakatan Rakyat yang memerintah negara, cukup banyak ibu bapa atau rakyat dapat menjimatkan wang mereka.

Kini ada ura-ura, pada musim perayaan Aidilfitri nanti, tambang bas akan dinaikkan sebanyak 10 peratus.

Tak sampai dua bulan BN menang PRU13, sudah macam-macam beban kenaikan barangan diterima oleh rakyat.

harakah/-

Penyamun kebas duit syiling

Penyamun kebas duit syiling
12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KERIAN - Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, duit syiling pun sanggup dikebas penyamun yang memecah masuk sebuah kilang memborong padi di Taman IKS, Simpang Lima, di sini, kelmarin.

Pemilik premis, Kang Chee Peng, 54, berkata, dia menyedari premisnya dipecah masuk apabila melihat keadaan pejabatnya berselerak, tingkap terbuka dan terdapat kesan umpil di jerijinya ketika hendak memulakan operasi kilang sekitar jam 7 pagi.
Menurutnya, kabinet khas menyimpan wang syiling bernilai RM1,000 turut dipecahkan individu tidak bertanggungjawab.

“Apabila mendapati kabinet itu terbuka,  saya segera memeriksa wang syiling yang disimpan di dalamnya, namun segalanya lesap berserta sebuah komputer riba.

“Setiap hari sebelum meninggalkan pejabat, saya sentiasa mengunci kabinet itu kerana menyimpan dokumen penting dan barangan berharga lain seperti komputer riba serta sejumlah wang tunai untuk kegunaan harian,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di lokasi kejadian semalam.

Kata Chee Peng, dia menyimpan wang dalam bentuk syiling kerana menyangka tidak menarik perhatian penyamun, namun jangkaannya meleset.

Jelasnya, sewaktu meninggalkan premis kilangnya pada Selasa lalu, pengawal keselamatan yang diupahnya  tidak dapat bertugas beberapa hari kerana mengambil cuti sakit.

"Jadi, saya terpaksa meminta bantuan seorang pekerja warga asingnya menanggung tugas pengawal keselamatan pada hari kejadian sementara menunggu pengawal lama pulih.

“Berdasarkan penjelasan pekerja saya, kejadian berkenaan berkemungkinan berlaku selepas jam 12 tengah malam setelah pekerja yang menanggung tugas pengawal keselamatan itu mengakui tertidur sekitar waktu itu disebabkan keletihan bekerja di siang hari," katanya.

Chee Peng berkata, lebih 1o tahun kilang ini beroperasi, kejadian pecah masuk ini merupakan kali pertama berlaku dan dia berazam untuk lebih berhati-hati dalam menyimpan barangan berharga.

Susulan kejadian itu, Chee Peng membuat satu laporan polis di Balai Polis Simpang Lima dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

sinar/-

Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan


12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan kerajaan Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.

Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya.

Menurut beliau, kenaikan harga tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.

Katanya, selain mendapatkan sedikit keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan kenderaan mereka termasuk brek, tayar dan sebagainya.

“Dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa mengeluarkan lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna termasuk menambah pemandu, bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua itu memerlukan perbelanjaan.

“Apatah lagi dalam masa yang sama, harga minyak di negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar tol. Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar tambang. Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima tahun sekali,” katanya.

harakah/-

Jumpa bangkai harimau bintang

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Jumpa bangkai harimau bintang

Bangkai binatang dipercayai harimau bintang dewasa dijumpai mati dalam takungan air dekat Kampung Sentosa.
MARAN - Seorang pesara tidak menyangka bau busuk dengan kehadiran lalat yang banyak membawa kepada penemuan bangkai harimau bintang dalam sebuah takungan air dekat Kampung Sentosa, di sini.

Pemilik Galeri Seni M Warna, Zakaria Adam berkata, takungan air longkang berdekatan galerinya itu agak terlindung kerana mempunyai kedalaman melebihi lima meter di lereng berbukit.

Menurutnya,  bau busuk seakan bangkai binatang semakin kuat dari hari ke hari menyebabkan dia mencari punca bau tersebut.

“Mulanya saya sangka bau busuk ini mungkin datang dari kawasan jauh kerana baunya hanya sekali sekala, tapi selepas beberapa hari, bau sama tidak hilang malah makin kuat, saya syak ada binatang mati di kawasan sekitar galeri.

“Ketika menghampiri takungan air longkang ini saya nampak banyak lalat, rupanya bangkai binatang bersaiz besar di dalam air dengan keadaan berulat,” katanya.

Zakaria berkata, pada mulanya dia sangka bangkai itu hanya seekor musang, namun berdasarkan corak kulit dan belang di bahagian ekor, ternyata ia harimau bintang.

Menurutnya, rakan lain turut menyatakan perkara sama dan ia dipercayai mati sejak seminggu lalu.

“Saya biarkan sahaja bangkai ini kerana terlalu busuk malah hampir reput jika mahu tarik ke atas untuk ditanam,” katanya
.

sinar/-

Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu


12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: “Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. 


Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata.   

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal. 

“Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman.

Jelasnya, sejarah membuktikan himpunan Bersih, himpunan menuntut dihapuskan ISA, membantah PPSMI, membantah penyenaraian Felda Global Venture berakhir dengan aman walau pun kehadiran ratusan ribu.  

“Sebiji pasu pokok bunga pun tidak ada yang pecah. Apa yang berlaku kekasaran di pihak polis, termasuk memukul pihak wartawan. 

“Himpunan akan aman kalau tanpa provokasi daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Usah bazirkan wang rakyat, lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin dan tidak cukup makan. 

“Berapa banyak rumah orang miskin dapat didirikan. Berapa ramai orang miskin keperluan orang miskin dapat dibantu,” ujarnya.

Beliau menambah, lebih baik wang sebanyak itu digunakan untuk membayar kepada perisik untuk mengawal sempadan supaya tragedi pencerobohan tentera Sulu di Sabah tidak berulang.  

Justeru, ujarnya PDRM perlu melihat mana keutamaan antara mengawal penceroboh atau mengganggu rakyat untuk berhimpun.

“Berilah peluang kepada rakyat untuk tunjuk rasa kepada SPR yang menjadi kuda tunggangan pemimpin BN,” katanya.


harakahdaily/-

200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat esok


12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Rakyat diseru menjadikan himpunan Black 505 esok sebagai hari bersejarah, kemuncak gerakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.


Pengerusi Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat yang besar pada himpunan itu akan menjamin pilihan raya yang lebih baik pada masa hadapan.

Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat menyeru, kehadiran melebihi 250,000 bagi menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat benar-benar serius menuntut satu perubahan sistem.

“Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

“Wakil-wakil rakyat dari Pakatan akan turut bersama-sama rakyat. Dijangkakan lebih 200 pemimpin Pakatan akan ke Padang Merbok,” katanya dipetik KeadilanDaily.

Johari juga menegaskan keselamatan rakyat akan dijaga oleh anggota keselamatan Pakatan dan bantuan kecemasan serta perubatan kepada peserta perhimpunan turut disediakan oleh beberapa NGO.

“Pihak sekretariat akan menyediakan kawalan keselamatan sepanjang hari. Anggota Unit Amal PAS sebanyak 1,000 orang akan digerakkan bersama 400 AMK dan 200 DAPSY.

“Rawatan perubatan juga disediakan bagi peserta yang menghadapi kecemasan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Selain itu, pihak sekretariat menyediakan 50 doktor, dua ambulans dan pondok perubatan. 

Majlis Peguam akan menghantar peguam untuk membantu mana-mana peserta sekiranya ditahan polis.

Himpunan 622 akan bermula pada pukul 3 petang di Padang Merbok. Peserta akan mula berarak dari tempat berkumpul (check point) mereka pada jam 2.00 petang.

Terdapat 7 tempat berkumpul utama, iaitu Brickfields, Masjid Negara, Sogo, Jalan Pudu, Jalan Sultan, Universiti Malaya dan Sogo.

Check point di Pekeliling sebelum ini disatukan dengan Sogo dan peserta di ibu negara diminta berkumpul di sana seawal pukul 12 tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.
harakahdaily/-

Apabila tangan terkena kuali panas

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Bayangkan jika Allah tidak membuatkan kulit kita terasa sakit, sebahagian tangan kita dah mungkin hangus dibakar api kerana kita tak sedar kita terkena benda hangat.

Dalam kesakitan, ada benda positif dan hikmah Allah di sebaliknya. Dalam kesakitan biasanya kita teringat Allah dan berdoa kepada-Nya.

Terutamanya pada pelajar yang sedang mengaji, yang terasa beban belajar itu satu kesakitan dan kebosanan. Mereka yang menahan dan bersabar dengan kesakitan ini, biasanya akan muncul kecemerlangan.

Banyak buku, kata-kata hikmah yang cukup bermakna dan menyentuh kalbu juga diilhamkan dan ditulis tatkala orang tersebut berasa sakit, penuh emosi, kekecewaan - kerana masa tersebutlah mereka memahami sesuatu deripada kesakitan yang dialami... kerana kesakitan tersebut, hasilnya adalah sebuah karya yang membawa kebaikan untuk beberapa generasi akan datang.

Bagi pelajar yang hidup selesa, penuh kebebasan tanpa beban tanggungjawab dan tidak pernah merasai kesusahan biasanya akan menjadi pelajar yang malas, boros, tidak produktif dan kurang peka kepada sekelilingnya.

Penulis yang tidak pernah merasai keperitan, walaupun pandai menulis, tapi kata-katanya hanya murah tanpa pernah merasai pengalaman itu sendiri.

Inilah sesungguhnya di sebalik setiap kesakitan dan kesusahan ada benda yang Allah ingin mengajar kita, selagi kita tidak belajar, tangan kita akan berulang-ulang melecur terkena kuali yang panas.

Oleh demikian, usah bimbang pada kesakitan/keperitan kerana dalam setiap kesakitan/kesusahan, orang yang beriman akan lebih dekatkan diri dengan Allah dengan keikhlasan yang murni berbanding waktu kesenangan. Ia menjadi lebih lengkap dan kuat setelah melepasi ujian Allah tersebut. 

Diharap pengalaman sedikit ini ada manfaat pada semua yang rajin membaca. Ingat SENYUM.
harakahdaily/-

Hannah Yeoh angkat sumpah sebagai Speaker DUN wanita pertama Malaysia.


12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya dari DAP, Hannah Yeoh (pic) mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) wanita pertama di negara ini.
Selain daripada Yeoh, kesemua Adun di Selangor turut mengangkat sumpah hari ini.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN pada majlis sama.

Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Dua lagi daerah diarah menghentikan operasi kesemua sekolahnya hari ini akibat jerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras berbahaya melebihi 300.

Indonesia buat hujan tiruan, bendung kebakaran

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

JAKARTA 21 Jun - Indonesia hari ini melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan dalam usaha membendung kebakaran hutan berikutan asap tebal kini menyelubungi negara-negara jiran sehingga menyebabkan jerebu teruk.

Raptai istiadat pembukaan Parlimen Ke-13 berjalan lancar

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini, hari ini berjalan lancar. 

Segala persiapan akhir untuk istiadat berkenaan yang akan berlangsung pada Selasa, 25 Jun hampir selesai. 

Facebook perkenalkan video guna Instagram

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


NEW YORK: Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine. 

Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit. 

AMK dakwa Wan Ahmad cenderung sokong BN

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar cenderung menyokong BN kerana mengkritik keputusan wakil Pakatan untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat.

Shamsul Iskandar berkata, Wan Ahmad sepatutnya melepaskan jawatan dalam SPR dan memasuki politik atas kenyataan partisan seperti itu.

Lebih banyak sekolah diarah tutup akibat jerebu

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai hari ini.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti semalam, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian. 

"Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu," katanya di Johor Bahru semalam.

MCA selar bekas hakim kerana mainkan isu perkauman.

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

MCA hari ini mengecam tindakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang dikatakan bermain dengan api apabila berulang kali menggesa supaya memansuhkan sekolah vernakular, terbaru gesaan sama dilakukannya pada forum dua hari lalu.
Menurut Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie kenyataan oleh Mohd Noor sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mencerminkan imejnya sebagai seorang yang profesional dan merupakan seorang bekas hakim.

Pulau p'raya: Soalnya BN mana ada maruah


12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Zulkifli Yahaya,21 Jun 2013
Mata masyarakat dunia kini tertumpu pada Syria. Perkara besar yang berlaku di Syria ialah keganasan regim Basyar Al-Assad membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Ada sumber melaporkan jumlah kini melepasi 200 ribu.


Basyar berjaya memecahkan rekod keganasan bapanya Hafiz Al-Assad. Dalam konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari regim Hafiz mengorbankan hampir 46 ribu penduduk.



Pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat sendiri itulah sebenarnya peristiwa besar. Peristiwa yang melatari dan menghiliri kemelut itu seperti Hezbullah, Iran, Syiah, Amerika, Israel hakikatnya bukan perkara untuk difokuskan di kala nyawa rakyat sendiri tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan yang sepatutnya melindungi rakyat.

China Tarik Balik Sekatan Ke Atas 12 Syarikat Pengeksport Sarang Burung Walit

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama)-- China menarik balik sekatan produk Sarang Burung Walit (SBW) Malaysia ke negara itu, dengan sembilan syarikat diberi status telah lulus dengan syarat manakala dua diberi status hanya lulus selepas pembetulan.

Empat syarikat gagal selepas kerajaan negara itu melakukan pengauditannya sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ADUN Selangor angkat sumpah hari ini

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM 21 Jun - Seramai 56 Ahli wakil rakyat  mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini.

PM Palestin letak jawatan selepas hanya dua minggu

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

PM Palestin letak jawatan selepas hanya dua minggu
Rami Hamdallah
RAMALLAH: Perdana Menteri baru Palestin menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden negara itu, Mahmoud Abbas selepas baru dia minggu memegang jawatan berkenaan atas alasan berbalah mengenai kuasa.

Dua maut dalam letupan gudang bunga api di Kanada

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Dua maut dalam letupan gudang bunga api di Kanada ANGGOTA bomba berkumpul di tempat kejadian letupan di B.E.M. Fireworks dekat Valleyfield, hari ini. - Foto AP
MONTREAL: Dua orang maut apabila letupan kuat di gudang menyimpan bunga api dan menyebabkan asap tebal di kawasan barat Montreal, awal pagi tadi. 

Kota Tinggi, Pasir Gudang catat IPU berbahaya pagi ini

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dua kawasan di Johor iaitu Kota Tinggi dan Pasir Gudang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya sehingga jam 7 pagi tadi. 

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan di Kota Tinggi pagi ini ialah 313 manakala di Pasir Gudang ialah 310. 


Bacaan IPU melebihi 300 ialah tahap berbahaya. 

Jerebu: S'pura tutup lapangan terbang Seletar

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Singapura menutup Lapangan Terbang Seletar pada pagi Khamis berikutan tahap jarak penglihatan buruk yang berterusan disebabkan jerebu.

Menurut kenyataan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG), penutupan terkini itu adalah bagi tempoh 12 jam sehingga 11 malam dan mungkin dilanjutkan, bergantung kepada tahap penglihatan.

Terhapus Amalan


12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

”Aku benar-benar melihat di antara umatku pada hari kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan (HR. Ibnu Majah).

Sebahagian insan sangat rajin beribadah dan beramal salih, tetapi sebaliknya juga gemar melakukan dosa bila berkesempatan melakukannya.  Cara hidup seperti itulah yang bisa membuat sia-sia amalan, sehingga tak tersisa. 

Pendek Angan-angan.

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
 

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu, ia berkata, 

"Rasulullah shallallohu 'alaihi wa sallam memegang kedua pundakku seraya bersabda, "jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang musafir'." Dan Ibnu Umar radiallahu'anhu berkata, "jika kamu berada di sore hari, janganlah menunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu sore hari. Pergunakanlah kesempatan masa sehatmu sebelum sakitmu, dan dari masa hidupmu sebelum matimu." (HR.al-Bukhari). 

Tanda-Tanda Kiamat

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Segala puji bagi Allah Ta'ala yang telah berfirman, artinya,“Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya.” (QS.Muhammad: 18) 

Pembaca yang budiman... 

Tanda-tanda Kiamat (Asyrath as-Sa’ah) adalah indikasi-indikasi Kiamat yang mendahuluinya dan menunjukkan kedekatan waktunya. Di antaranya yaitu; 

Black 505: Pertemuan dengan polis dibatalkan

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan ketua polis Dang Wangi untuk membincangkan mengenai perhimpunan Black 505 telah dibatalkan, selepas beliau mendapat arahan daripada Bukit Aman untuk bertemu dengan pegawai atasan.
"Pertemuan dibatalkan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, serta menegaskan perkara tersebut tidak akan menghalang mereka daripada terus berhimpun Sabtu ini di Padang Merbok.

Imigran dapat kerakyatan, jadi SU cawangan Umno

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

RCI SABAH Suruhanjaya siasatan diraja berhubung kes imigran hari ini diberitahu bahawa seorang warga Filipina yang memasuki Sabah menerima kad pengenalan biru dengan cara meragukan dan seterusnya menjadi seorang setiausaha Umno cawangan.

Shukur Abdullah, 53, berkata beliau tiba di Kudat bersama ibu saudaranya dengan menaiki bot pada 1976 sebagai seorang pelarian sewaktu konflik di selatan Filipina.

Tentera Israel di dakwa dera kanak-kanak Palestin

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

GENEVA 21 Jun - Sebuah badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendakwa tentera Israel menganiaya kanak-kanak Palestin termasuk mendera mereka yang berada dalam jagaan dan menggunakan yang lain sebagai perisai manusia.

19 dipenjara hasut insiden perkauman

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BEIJING 20 Jun - Beberapa mahkamah di wilayah Xinjiang menjatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun ke atas 19 etnik Uighur yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dan menyebarkan fahaman pelampau agama secara atas talian, semalam.

Akhbar atas talian, Legal Daily melaporkan, kesemua yang dipenjarakan itu berasal dari Xinjiang, termasuk lapan orang dari bandar Silk Road di Kashgar.

Kabinet Kuwait luluskan dekri tetapkan tarikh pilihanraya

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUWAIT CITY 21 Jun - Kabinet Kuwait semalam meluluskan satu dekri bagi menetapkan pilihan raya Parlimen negara ini diadakan pada 25 Julai depan selepas mahkamah perlembagaan membatalkan Parlimen sedia ada dan mengekalkan undang-undang pilihan raya kontroversi.