21 Jun 2013

19 dipenjara hasut insiden perkauman

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BEIJING 20 Jun - Beberapa mahkamah di wilayah Xinjiang menjatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun ke atas 19 etnik Uighur yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dan menyebarkan fahaman pelampau agama secara atas talian, semalam.

Akhbar atas talian, Legal Daily melaporkan, kesemua yang dipenjarakan itu berasal dari Xinjiang, termasuk lapan orang dari bandar Silk Road di Kashgar.


Dalam satu kes yang didakwa, seorang daripada suspek dilaporkan memuat naik beberapa maklumat yang boleh mencetuskan perbalahan agama, sekali gus mewujudkan kebencian antara kaum.

Selain itu, suspek turut memuat naik fahaman pelampau agama dan bahan yang menyalurkan maklumat keganasan. - REUTERS


Tiada ulasan: