21 Jun 2013

Raptai istiadat pembukaan Parlimen Ke-13 berjalan lancar

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Raptai penuh Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini, hari ini berjalan lancar. 

Segala persiapan akhir untuk istiadat berkenaan yang akan berlangsung pada Selasa, 25 Jun hampir selesai. 

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual menyempurnakan Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen itu pada 10 pagi. 

Raptai pada hari ini meliputi segala acara dengan mengikut semua adat istiadat dan protokol seperti Kawalan Kehormat dari 107 anggota 1 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi dan persembahan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi yang terdiri dari 45 anggota.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 16 hari (mulai 24 Jun hingga 18 Julai 2013), manakala Dewan Negara selama sembilan hari (mulai 25 Jun dan 22 Julai hingga 1 Ogos 2013). 

Menariknya, persidangan kali ini tetap diteruskan meskipun ketika bulan Ramadan. - BERNAMA 

Tiada ulasan: