21 Jun 2013

Facebook perkenalkan video guna Instagram

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -


NEW YORK: Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine. 

Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit. 

Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambak kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain. 

Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi video kilip selama enam saat. 

Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20 juta apabila Facebook membawa masuk syarikat itu lebih setahun lalu. - AP 

Tiada ulasan: