21 Jun 2013

Black 505: Pertemuan dengan polis dibatalkan

12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan ketua polis Dang Wangi untuk membincangkan mengenai perhimpunan Black 505 telah dibatalkan, selepas beliau mendapat arahan daripada Bukit Aman untuk bertemu dengan pegawai atasan.
"Pertemuan dibatalkan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, serta menegaskan perkara tersebut tidak akan menghalang mereka daripada terus berhimpun Sabtu ini di Padang Merbok.
Rafizi juga berkata pihak polis perlu dibenarkan membuat keputusan tanpa campur tangan daripada Putrajaya seperti pada awalnya dimana kerjasama penuh telah diberikan oleh pihak berkuasa tersebut.

"Saya hargai mereka mahu berjumpa tetapi saya tahu perkara ini adalah dibawah kelulusan daripada mereka memiliki kuasa," tambahnya.
Awal hari ini, Rafizi bersama dua lagi individu iaitu Loke Siew Fook daripada DAP dan ahli PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawawi telah dipanggil ibu pejabat polis Dang Wangi untuk berjumpa dengan Pembantu Pesuruhjaya Ketua Polis Zainuddin Ahmad bagi membincangkan "isu keselamatan demi keselesaan semua pihak" pada perhimpunan Sabtu ini.
Beliau turut berkata awal hari ini perkara tersebut menunjukkan kesediaan pihak polis untuk memenuhi permintaan penganjur perhimpunan meneruskannya di Padang Merbok.
"Ia nampak positif," kata Rafizi.
Rafizi juga menulis dalam laman mikro Twitternya mengatakan penganjur larian Majlis Olimpik Malaysia yang telah membatalkan acara tersebut yang dijadualkan Ahad ini di Padang Merbok ekoran masalah jerebu yang melanda ibu kota.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini enggan memberi kebenaran untuk menggunakan padang tersebut kerana satu acara larian akan diadakan dan MOM perlu membuat persediaan sehari awal sebelum ia berlangsung.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata pihak polis akan meminta bantuan daripada pasukan tentera untuk menangani sebarang keadaan tidak diingini jika pembangkang meneruskan rancangan untuk berhimpun.
"Ketika ini kami masih mampu memastikan keselamatan. Kami berhubung secara dekat dengan askar dan mereka akan dipanggil sekiranya kami memerlukan bantuan," kata beliau yang dipetik berkata dalam Bernama. - 20 Jun, 2013.
themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: