12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
RCI SABAH Suruhanjaya siasatan diraja berhubung kes imigran hari ini diberitahu bahawa seorang warga Filipina yang memasuki Sabah menerima kad pengenalan biru dengan cara meragukan dan seterusnya menjadi seorang setiausaha Umno cawangan.
Shukur Abdullah, 53, berkata beliau tiba di Kudat bersama ibu saudaranya dengan menaiki bot pada 1976 sebagai seorang pelarian sewaktu konflik di selatan Filipina.
Setibanya di Kudat, Shukur berkata beliau memperolehi IMM13, satu dokumen untuk pelarian, selain pas bekerja dan seterusnya mengahwini seorang warga Filipina pada 1982.
Permohonannya untuk mendapatkan kad pengenalan hijau untuk taraf penduduk sementara ditolak namun cubaan keduanya, kali ini untuk mendapatkan kad pengenalan biru yang membawa taraf kewarganegaraan diluluskan.
“Saya menggunakan surat akuat dengan sokongan ketua kampung saya untuk permohonan itu,” katanya yang menambah, beliau menerima kad pengenalan biru kurang setahun selepas membuat permohonan tersebut.
Malaysiakini/-
1 ulasan:
Aik??? seorang saja ke yg UMNO haramjadah ni bagi ic?...Bagi la lagi...ramai lagi yg sedang menunggu tu...!!! Kasihan kat dia orang kan!!??
Catat Ulasan