12 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya dari DAP, Hannah Yeoh (pic) mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) wanita pertama di negara ini.
Selain daripada Yeoh, kesemua Adun di Selangor turut mengangkat sumpah hari ini.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN pada majlis sama.
Dalam Pilihan Raya 2013, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mempertahankan Selangor apabila PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi mereka berjumlah 44 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Sementara Barisan Nasional (BN) Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memperolehi 14 kerusi DUN. - 21 Jun, 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan