21 April 2008

Lebih 5000 orang hadir ceramah perpaduan nasional di Parit Buntar

PARIT BUNTAR , 20 April:- Sejarah tercatat untuk kali yang pertamanya sejak 50 tahun bila satu ceramah perpaduan nasional anjuran Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong telah diadakan di Dewan Meredeka di sini kelmarin. Ceramah tersebut telah dapat menarik lebih 5000 orang pendengar dari pelbagai bangsa, agama dan umur.


Pengunjung penuh sesak dengan duduk bersila didalam dewan , yang menariknya tidak kira Melayu, Cina dan India bereka duduk bercampur dan memenuhi semua rungan dalam dewan utama. Selain itu semua kerusi yang disediakan memenuhi bahagian luar dewan semuanya dipenuhi dengan mereka dipancarkan dengan LCD besar. Selain itu banyak hadirin yang tidak mendapat tempat duduk berada disekeliling dewan.


Ceramah malam tadi membarisi penceramah terdiri dari Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Wakil Kerajaan Pulau Pinang, Sdr. V. Vijayan dan Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Dailog dengan rakyat : Hampir 100 penduduk yang hadir.

PARIT BUNTAR, 20 April :- Satu Dailog dengan penduduk Kampung Denisstown telah diadakan petang tadi disini. Program yang diadakan atas inisiatif penduduk dan Pejabat ADUN Titi Serong menarik hampir 100 orang penduduk yang terdiri dari masyarakat melayu dan India.Dailog tersebut yang julung kali diadakan itu telah dimulai pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.


Kehadiran yang cukup baik dan manfaat dari program tersebut merupakan perintis kepada program seumpamanya untuk diteruskan dalam semua kawasan DUN Titi Serong dimasa akan datang. Demikian pandangan dari Setiausaha PAS Kawasan Parit Buntar, Sdr. Adhan Abdul Rahim.


Selain dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham LIm dan Isteri, turut hadir sama dalam program dailog tersebut ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, yang juga merupakan bekas ADUN Titi Serong, Sdr. Ahmad Azhar Sharin. dan Isteri.


Pada kesempatan tersebut ADUN Titi Serong secara langsung mendengar dan menjawab semua persoalan yang ditimbulkan oleh penduduk. Antaranya persoalan status tanah kediaman yang masih tidak diluluskan geran kekal. Soalan lain itu juga dikemukakan soalan berkaitan dengan kebajikan kepada ibu tunggal dan orang miskin di kawasan kampung tersebut.


Seorang penduduk tempatan yang memperkenalkan namanya Azmi, mencadangkan supaya diadakan suatu industri desa untuk menyediakan pekerjaan yang berterusan kepada ibu-ibu tunggal dan penduduk kampung yang tiada pekerjaan. Beliau menegaskan cara ini lebih dari bantuan bulanan yang diharapkan dari pihak-pihak tertentu.


Drs. Khalil Idham Lim berjanji sesuai dengan peruntukan dan peraturan yang sedia ada dan bidang tugas wakil rakyat, beliau akan berikhtiar untuk menyelesaikan sebaik mungkin segala permasaalahan yang timbul. Tegasnya semuanya bukan kerana untuk memancing undi tetapi atas dasar tanggung jawab sebagai wakil rakyat untuk semua dengan tidak mengira kelompok politik, agama dan bangsa.


ADUN titi Serong itu juga mengatakan sekiranya ada rasa tidak puas hati dan ternyata dia menyalah gunakan jawatan atau tidak berkerja untuk rakyat, " sila jatuhkan saya dengan tidak mengundi saya pada pilihanraya akan datang".katanya

Jamuan Rakyat : Lebih 7000 hadir

PARIT BUNTAR , 20 April :- Dianggarkan lebih 7000 orang dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat telah hadir dalam program Jamuan Rakyat yang diadakan disini hari ini. Sambutan ini menggambarkan sokongan tidak berbelah bagi dari rakyat kepada kerajaan pakatan Rakyat yang mendapat mandat dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas.


Disamping jamuan makan, pengunjung dihidangkan ceramah dari pengajur program. Sekitar 1000 orang lebih menumpukan perhatian untuk mendengar ucapan yang sampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham lim @ Lim Chuan hing Abdullah. Turut memberi ucapan ialah YDP PAS Kawasan yang diwakili oleh Sdr. Fakrurazi Khalid.

Ahli Parlimen Parit Buntar dalam ucapannya menjelaskan beberapa perkara yang telah dapat diselesaikan oleh pihak nya sesuai dengan peruntukan yang ada padanya. Contohnya mengusahakan bantuan dari pihak baitul-mal kepada yang memerlukan. Disamping itu tindakan telah diambil atas dasar tanggung jawab dan keperihatinan kepada permasalahan penduduk yang terlibat dengan projek jambatan di Kuala Kurau. Dimana rumah yang dibina untuk mengantikan rumah lama yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek tersebut masih belum siap.


Drs. Khalil Idham Lim dalam ucapannya menegaskan " Saya bukan wakil rakyat untuk orang PAS, PKR atau DAP tapi wakil rakyat untuk semua rakyat di DUN Titi Serong". Beliau juga menegaskan prinsip Kerajaan Pakatan Rakyar (PR) sekarang adalah berteraskan kepada kebajikan kepada rakyat.


Beliau juga mempersoakan soalan ternakan khinzir yang diperbesarkan oleh pihak tertentu, sedangkan masaalahnya adalah soal pencemaran yang cuba dikawal. Katanya "jika ternakan ayam, itik, lembu dan kerbau, jika mencemarkan alam sekitar juga salah di negara kita". Demikian juga mengenai isue kelulusan pemberian tanah ianya bukan untuk kaum tertentukan tetapi untuk semuam kaum tidak kira melayu , cina dan india asalkan ianya layak dan memenuhi syarat.


ADUN Titi Serong itu juga berkata bahawa kerajaan negeri yang bari dibawah kepimpinan Dato' Seri Menteri Besar yang baru akan memperuntukkan 30 % kerusi Ahli Majlis Daerah kepada NGO. Disamping itu kerajaan negeri juga akan memastikan pemilihan ketua kampung yang akan dilakukan secara undian dilaksanakan dengan lancar.


Dalam Majlis itu juga diumumkan mengenai jadual ADUN Titi Serong berada di Pejabatnya di Pusat khidmat Wakil Rakyat yang terletak di No. 8, Jalan Keli, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar iaitu setiap hari dari isnin hingga jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan malam dari jam 10.00 hingga 11.30 malam. Kecuali jika ada hal-hal penting dan urusan resmi yang memerlukan Wakil Rakyat keluar.