21 April 2008

Dailog dengan rakyat : Hampir 100 penduduk yang hadir.

PARIT BUNTAR, 20 April :- Satu Dailog dengan penduduk Kampung Denisstown telah diadakan petang tadi disini. Program yang diadakan atas inisiatif penduduk dan Pejabat ADUN Titi Serong menarik hampir 100 orang penduduk yang terdiri dari masyarakat melayu dan India.Dailog tersebut yang julung kali diadakan itu telah dimulai pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.


Kehadiran yang cukup baik dan manfaat dari program tersebut merupakan perintis kepada program seumpamanya untuk diteruskan dalam semua kawasan DUN Titi Serong dimasa akan datang. Demikian pandangan dari Setiausaha PAS Kawasan Parit Buntar, Sdr. Adhan Abdul Rahim.


Selain dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham LIm dan Isteri, turut hadir sama dalam program dailog tersebut ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, yang juga merupakan bekas ADUN Titi Serong, Sdr. Ahmad Azhar Sharin. dan Isteri.


Pada kesempatan tersebut ADUN Titi Serong secara langsung mendengar dan menjawab semua persoalan yang ditimbulkan oleh penduduk. Antaranya persoalan status tanah kediaman yang masih tidak diluluskan geran kekal. Soalan lain itu juga dikemukakan soalan berkaitan dengan kebajikan kepada ibu tunggal dan orang miskin di kawasan kampung tersebut.


Seorang penduduk tempatan yang memperkenalkan namanya Azmi, mencadangkan supaya diadakan suatu industri desa untuk menyediakan pekerjaan yang berterusan kepada ibu-ibu tunggal dan penduduk kampung yang tiada pekerjaan. Beliau menegaskan cara ini lebih dari bantuan bulanan yang diharapkan dari pihak-pihak tertentu.


Drs. Khalil Idham Lim berjanji sesuai dengan peruntukan dan peraturan yang sedia ada dan bidang tugas wakil rakyat, beliau akan berikhtiar untuk menyelesaikan sebaik mungkin segala permasaalahan yang timbul. Tegasnya semuanya bukan kerana untuk memancing undi tetapi atas dasar tanggung jawab sebagai wakil rakyat untuk semua dengan tidak mengira kelompok politik, agama dan bangsa.


ADUN titi Serong itu juga mengatakan sekiranya ada rasa tidak puas hati dan ternyata dia menyalah gunakan jawatan atau tidak berkerja untuk rakyat, " sila jatuhkan saya dengan tidak mengundi saya pada pilihanraya akan datang".katanya

3 ulasan:

Yanaam berkata...

Tahniah atas usaha yang dijalankan. Dialog sebegini lebih berkesan berbanding ceramah kerana ada komunikasi 2 hala. Bukan semua ucapan ceramah boleh diterima oleh pendengar bulat-bulat terutama pendengar yang bersifat kritis dan mahukan penjelasan isu daripada mulut Adun sendiri.

Teruskan dekati rakyat.

Idham Lim (林川興) berkata...

terima ksih, tolong beri cadangan kalau ada apa-apa idea baru.

Pak Ngah: berkata...

:: salam... ayat/para terakhir dalam entri ini punya makna yg amat bermakna...