21 April 2008

Jamuan Rakyat : Lebih 7000 hadir

PARIT BUNTAR , 20 April :- Dianggarkan lebih 7000 orang dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat telah hadir dalam program Jamuan Rakyat yang diadakan disini hari ini. Sambutan ini menggambarkan sokongan tidak berbelah bagi dari rakyat kepada kerajaan pakatan Rakyat yang mendapat mandat dalam pilihanraya umum ke 12 yang lepas.


Disamping jamuan makan, pengunjung dihidangkan ceramah dari pengajur program. Sekitar 1000 orang lebih menumpukan perhatian untuk mendengar ucapan yang sampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham lim @ Lim Chuan hing Abdullah. Turut memberi ucapan ialah YDP PAS Kawasan yang diwakili oleh Sdr. Fakrurazi Khalid.

Ahli Parlimen Parit Buntar dalam ucapannya menjelaskan beberapa perkara yang telah dapat diselesaikan oleh pihak nya sesuai dengan peruntukan yang ada padanya. Contohnya mengusahakan bantuan dari pihak baitul-mal kepada yang memerlukan. Disamping itu tindakan telah diambil atas dasar tanggung jawab dan keperihatinan kepada permasalahan penduduk yang terlibat dengan projek jambatan di Kuala Kurau. Dimana rumah yang dibina untuk mengantikan rumah lama yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek tersebut masih belum siap.


Drs. Khalil Idham Lim dalam ucapannya menegaskan " Saya bukan wakil rakyat untuk orang PAS, PKR atau DAP tapi wakil rakyat untuk semua rakyat di DUN Titi Serong". Beliau juga menegaskan prinsip Kerajaan Pakatan Rakyar (PR) sekarang adalah berteraskan kepada kebajikan kepada rakyat.


Beliau juga mempersoakan soalan ternakan khinzir yang diperbesarkan oleh pihak tertentu, sedangkan masaalahnya adalah soal pencemaran yang cuba dikawal. Katanya "jika ternakan ayam, itik, lembu dan kerbau, jika mencemarkan alam sekitar juga salah di negara kita". Demikian juga mengenai isue kelulusan pemberian tanah ianya bukan untuk kaum tertentukan tetapi untuk semuam kaum tidak kira melayu , cina dan india asalkan ianya layak dan memenuhi syarat.


ADUN Titi Serong itu juga berkata bahawa kerajaan negeri yang bari dibawah kepimpinan Dato' Seri Menteri Besar yang baru akan memperuntukkan 30 % kerusi Ahli Majlis Daerah kepada NGO. Disamping itu kerajaan negeri juga akan memastikan pemilihan ketua kampung yang akan dilakukan secara undian dilaksanakan dengan lancar.


Dalam Majlis itu juga diumumkan mengenai jadual ADUN Titi Serong berada di Pejabatnya di Pusat khidmat Wakil Rakyat yang terletak di No. 8, Jalan Keli, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar iaitu setiap hari dari isnin hingga jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan malam dari jam 10.00 hingga 11.30 malam. Kecuali jika ada hal-hal penting dan urusan resmi yang memerlukan Wakil Rakyat keluar.

2 ulasan:

Hamidi Lokman berkata...

Sdr adalah wakil rakyat daripada PAS.

Idham Lim (林川興) berkata...

ya.