
Arahan untuk menyarung kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan atas nasihat pejabat peguam negeri, kata exco Selangor Ronnie Liu.
Beliau yang juga ADUN Pandamaran berkata nasihat tersebut dikeluarkan hari ini oleh pejabat berkenaan.
"Saya diberitahu oleh Yang Dipertua MPS bahawa penasihat undang-undang memberitahu supaya Majlismemberi masa yang secukupnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Syarikat Beta Tegap untuk menjawab arahan menutup kamera itu," katanya.
Setakat ini hanya terdapat dua kamera AES yang telah dipasang di Selangor dan kedua-duanya terletak dalam kawasan MPS.
Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.
Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor berkata kerajaan Selangor tidak akan menurunkan kamera itu tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya.
Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan negeri dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya tidak menutup sendiri kamera itu di dua lokasi seperti yang umumkan oleh kerajaan negeri.
Sebaliknya, katanya, MPS telah mengarahkan JPJ dan syarikat Beta Tegap menutupnya sendiri kamera itu melalui notis seksyen 72(1)c Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan pada 6 Disember 2012.
"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," kata Mohd Sayuthi dalam satu kenyataannya hari ini.
Malaysiakini/-




KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno
Bahagian Gombak, Selangor kerana telah membantu Pakatan Rakyat untuk
mempamerkan sifat sebenar Umno dan Barisan Nasional yang ganas dan tidak
bertamadun seperti di dalam kejadian ‘serangan’ terhadap program
anjuran Pakatan Rakyat di Batu 8, Gombak Utara kelmarin.

Rampasan
yang dilakukan untuk pada kira-kira jam 5.35 petang di pejabat portal
berita ini petang semalam bertujuan untuk menyemak e-mel daripada Aziz
Bari berhubung perkara tersebut.
"Saya
menjawab laptop itu diletakkan di meja saya di pejabat. Saya tiada
dokumen untuk mengesahkan ia digunakan oleh saya, tetapi polis boleh
merujuk kepada pihak majikan saya," katanya kepada Malaysiakini selepas disoalsiasat.




