19 Muharram 1435H. [MOD] -
Sementara Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan mengumumkan pemenang bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang dimenangi Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Datuk Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Dr Syed Azman, Dr Ridhuan Mat Nor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh.
23 November 2013
Naib presiden PAS: Pengiraan semula, keputusan esok
19 Muharram 1435H. [MOD] -
Seperti yang dijangkakan, persaingan bagi tiga jawatan naib presiden PAS adalah sangat sengit danmembawa kepada pengiraan semula undi.
Mohamad Sabu dipilih semula Timbalan Presiden PAS
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.
Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.
Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi.
Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu
19 Muharram 1435H. [MOD] -
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Perwakilan PAS takbir sambut cuti Jumaat di Johor
19 Muharram 1435H. [MOD] -
PAS Johor mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengumumkan secara rasmi cuti hujung minggu di negeri itu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan.
Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed yang membaca usul tersebut berkata pengumuman tersebut dibuat sempena dengan ulang tahun baginda ke-55 hari ini.

Muktamar terima usul laksana undang-undang syariah
19 Muharram 1435H. [MOD] -
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 hari ini menerima usul supaya PAS mendesak Kerajaan Malaysia menggubal serta meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan Undang-undang Jenayah Islam dilaksanakan.
Usul yang dikemukakan oleh PAS Kuala Krau dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu diterima sebulat suara agar undang-undang syariah ini menjadi sebahagian daripada undang-undang negara dan mana-mana kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya tidak disekat.
Shahril Azman Abdul Hamid yang membentangkan usul itu, turut disokong oleh wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi serta wakil PAS Klang, Mohd Prasad Hanif.

Malaysia Airlines tawar tambang promosi akhir tahun
19 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines kini menawarkan tambang promosi bermula 25 November hingga 2 Disember 2013, bagi perjalanan antara 28 November 2013 dan 30 Jun 2014.
Tambang kelas ekonomi diberi diskaun sehingga 50 peratus, manakala kelas perniagaan akan dikurangkan sehingga 60 peratus, demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

PRU14: DHPP gesa PAS tubuh pasukan pemikir
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta PAS mula memikirkan strategi yang berkesan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Memetik pepatah Cina zhi ji zhi bi yang bermaksud 'kalau mengenali parti lawan, mengenali diri sendiri maka akan sentiasa menang', pengerusinya, Hu Phang Chaw mahu PAS menubuhkan pasukan pemikir dan pasukan perang saraf untuk melawan Umno BN.
"Kalau tak ada strategi, segala rancangan kita akan jadi perbualan kedai kopi.
"Pasukan pemikir penting dan pelu ditubuhkan bawah Pusat Penyelidikan PAS.

Majlis Syura Ulamak disaran kaji kempen burukkan calon
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan supaya Majlis Syura Ulamak mengkaji dan meneliti penyebaran kempen yang tidak sihat sehingga ke tahap memburuk-burukkan calon tertentu.
Perwakilan DMPP, Ustazah Dr Asiah Ali menegaskan, kempen memburuk-burukkan calon itu amat bahaya jika tidak dibendung segera ia akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam PAS.
Hal ini kerana kata beliau, menjelang pemilihan penyebaran sms di `whatsapp dan facebook' mengenai kempen untuk Jawatankuasa telah dilakukan secara tidak sihat.

Bukan isu Erdogan dan ulama tapi Mr Arrogant
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS Terengganu menyifatkan apa yang dikatakan konflik dalaman bukan kerana isu Erdogan dan ulama tetapi munculnya Mr. Arrogant di dalam PAS.
Menurut perwakilannya, Hishamuddin Abdul Karim (gambar), Mr. Arrogant inilah yang telah muncul di dalam PAS dan menguasai diri dalam pimpinan parti itu sehingga merasai diri merekalah yang terbaik.
"Tetapi sebenarnya pimimpin parti dan ahli PAS telah melahirkan Mr. Arrogant dalam diri. Bolehkah kita setia dan sayangkan jemaah mengatasi kepentingan diri sendiri.

Konflik tahaluf siyasi diselesai secara dalaman
19 Muharram 1435H. [MOD] -
Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual Hijau.fm.
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan segala perkara berkaitan tahaluf siyasi akan diselesaikan berdasarkan maklumat, bukan dari media perdana, elektronik mahupun alternatif.
PRK Sg Limau, wakil Kedah rakam terima kasih
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera PAS dari seluruh negara yang telah membantu kempen PRK Sungai Limau yang menyaksikan Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang dan dilantik menjadi wakil rakyat Dun itu.
Wakil Kedah, Mohd Nasir Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar presiden berkata, kemenangan di Sungai Limau sedikit sebanyak menjadi pengubat kesedihan bagi PAS Kedah selepas tidak berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.
Letak jawatan: Tahniah, JK Pemilihan bertanggungjawab
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS Pusat menolak keputusan jawatankuasa pemilihan untuk meletakkan jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam kertas undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat semalam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, selepas perbincangan, Presiden Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memutuskan peletakan jawatan tidak perlu dilakukan kerana proses pengundian masih berjalan.
Jawatankuasa Pemilihan umum letak jawatan
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan teknikal yang berlaku dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kali ini dengan keseluruhan aanggotanya meletak jawatan.
Perletakan itu diketuai Pengerusinya Asmuni Awi diikuti oleh seluruh anggotanya.
Selangor tawar RM9.65 bilion beli syarikat konsesi air
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan tawaran akhir untuk membeli empat syarikat konsesi air negeri itu pada jumlah RM9.65 bilion dalam satu surat tawaran yang dihantar kepada pengendali syarikat berkenaan kelmarin.
Empat syarikat konsesi tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd yang meliputi industri air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Taufan Haiyan: Angka korban meningkat kepada 5,200
19 Muharram 1435H. [MOD] -
MANILA: Angka kematian akibat Taufan Haiyan meningkat kepada lebih 5,200, menjadikannya antara bencana paling dahsyat yang pernah melanda Filipina.
Gempa 5.5 magnitud gegar timur laut China
19 Muharram 1435H. [MOD] -
BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda timur laut China pada kedalaman 12.5 kilometer, kata Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu berlaku pada jam 6.04 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke utara Changling, wilayah Jilin.
Gegaran itu dipercayai menyebabkan beberapa kerosakan harta benda awam. - AFP

Ketua Dewan Muslimat PAS pertama meninggal dunia
19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang pertama, Siti Zubaidah Ali, 84, telah meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di rumahnya di Telok Gadong, Klang.
Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azam telah diamanahkan sebagai Ketua Muslimat PAS Pusat dari tahun 1956 hingga 1960.
Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Langgan:
Catatan (Atom)