23 November 2013

PRU14: DHPP gesa PAS tubuh pasukan pemikir

19 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) meminta PAS mula memikirkan strategi yang berkesan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Memetik pepatah Cina zhi ji zhi bi yang bermaksud 'kalau mengenali parti lawan, mengenali diri sendiri maka akan sentiasa menang', pengerusinya, Hu Phang Chaw mahu PAS menubuhkan pasukan pemikir dan pasukan perang saraf untuk melawan Umno BN.

"Kalau tak ada strategi, segala rancangan kita akan jadi perbualan kedai kopi.

"Pasukan pemikir penting dan pelu ditubuhkan bawah Pusat Penyelidikan PAS.

"PAS juga perlu tubuhkan satu unit perang saraf menggunakan kepakaran daripada bekas pasukan keselamatan untuk lawan Umno," katanya sewaktu berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-59.

Selain itu beliau turut mencadangkan setiap kawasan iaitu sebanyak 186 diwajibkan membeli akhbar Harakah untuk diedarkan ke setiap rumah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang benar berkaitan isu-isu semasa.

"PAS ada 186 kawasan di seluruh negara jadi kita wajibkan setiap kawasan beli 50 naskah Harakah setiap bulan.

"Setipa bulan kita akan dapat naskah Harakah untuk edar ke setiap keluarga," katanya.

Tambah beliau juga, nama PAS bukan sahaja dikenali dalam Malaysia tetapi juga tuurt dikenali di luar negara.

Katanya, beliau menerima undangan untuk berdialog dengan NGO di luar negara untuk mengenali PAS secara lebih dekat.

"Nama PAS bukan sahaja dalam negara namun turut diketahui negara luar.

"Saya sendiri terima undangan untuk berdialog dengan orang di luar negara untuk kenal apa itu PAS," katanya.
Harakahdaily/-

Tiada ulasan: