23 November 2013

PRK Sg Limau, wakil Kedah rakam terima kasih

19 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM: PAS Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera PAS dari seluruh negara yang telah membantu kempen PRK Sungai Limau yang menyaksikan Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang dan dilantik menjadi wakil rakyat Dun itu.


Wakil Kedah, Mohd Nasir Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar presiden berkata, kemenangan di Sungai Limau sedikit sebanyak menjadi pengubat kesedihan bagi PAS Kedah selepas tidak berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kami ucapkan tahniah dan terima kasih atas sokongan dan bantuan semasa kempen PRK Sungai Limau yang lalu.

"Kemenangan ini menjadi pengubat kesedihan kepada kami yang kehilangan kerajaan negeri," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah.

Dalam pada itu, nengambil rujukan dari kemenangan itu, beliau mencadangkan satu badan kajian diwujudkan secara berterusan bagi membantu PAS berdepan pilihan raya selepas ini.

Dalam pada itu, beliau mengakui antara faktor kekalahan PAS Kedah pada PRU-13 lalu adalah kerana masalah dalaman.

"Masalah anak-anak kadang-kadang tak boleh nak selesai peringkat anak-anak. Kena ada campurtangan untuk diselesai oleh ibu bapa.

"Sebab itu Kedah cadangkan Jawatan Kuasa Pemandu diaktifkan sesegera mungkin.

"Jawatankuasa ini boleh memberi pandangan kepada badan perhubungan negeri (dalam menyelesaikan masalah dalaman)," katanya.

Harahdaily

Tiada ulasan: