23 November 2013

Taufan Haiyan: Angka korban meningkat kepada 5,200

19 Muharram 1435H. [MOD] -

Taufan Haiyan: Angka korban meningkat kepada 5,200SUKARELAWAN dari Korea, Jeon Sang Ryeol menyembur anti demam denggi di sekitar punca air selepas Taufan Haiyan membadai Tacloban, dua minggu lalu. - Foto AFP
MANILA: Angka kematian akibat Taufan Haiyan meningkat kepada lebih 5,200, menjadikannya antara bencana paling dahsyat yang pernah melanda Filipina.

Selepas dua minggu taufan terkuat di dunia itu membadai sebahagian besar wilayah di Filipina, kerajaan mengesahkan bilangan yang terkorban meningkat daripada 1,200 kepada 5,209, dengan 1,611 lagi dikhuatiri masih hilang

Taufan yang meranapkan beberapa bandar besar di Filipina pada 8 November lalu, membawa angin terkuat yang pernah dicatatkan. - AFP 

Tiada ulasan: