19 Muharram 1435H. [MOD] -
BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud melanda timur laut China pada kedalaman 12.5 kilometer, kata Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu berlaku pada jam 6.04 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke utara Changling, wilayah Jilin.
Gegaran itu dipercayai menyebabkan beberapa kerosakan harta benda awam. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan