19 Disember 2012

Polis: Henti khabar angin rusuhan di Kuala Muda


5 Safar 1433H. [MOD] -



Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda.
    
"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.
    
"Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.
    
Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

"Ia kes isolated, berdasarkan siasatan ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.
    
"Kes ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.
    
Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
    
"Tidak ada rusuhan berlaku, jadi saya minta ahli masyarakat agar jangan bertindak balas, jangan sebarkan berita palsu dan jangan menghasut sehingga terjadi pergaduhan yang lebih besar. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang.
    
"Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama sudah ditangkap dan akan disiasat berdasarkan kes yang berlaku," katanya.

- Bernama

Petani tumbuk mata buaya selamatkan diri

5 Safar 1433H. [MOD] -


MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter.

Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya.

"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti.
"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam.

Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut.

kosmo/-

Kenali Pemuda Yang Tikam Penyokong PR Di Gombak Minggu Lepas

5 Safar 1433H. [MOD] -


Akhirnya admin pemudabatu.com berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. Sila lihat betul-betul dan camkan.

Namanya Herry. Duduk berhampiran dengan kawasan kejadian.

Baru berusia dalam 22-23 tahun.Masih budak lagi. Pernah bekerja sebagai polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. Abang dia pula org kuat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak, megat zulkarnain omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Sebarkan perkara ini! biar satu Malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya! -pemudabatu.com

Pelakon terkenal tanahair muncul dalam program PKR Pandan...

5 Safar 1433H. [MOD] -



Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.

Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.

Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.

Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya...

harakah/-

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

5 Safar 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil  tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan  penuh daripada Menteri Kewangan.

Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ekoran laporan badan pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion dan Mexico, AS$476 bilion.

“Ekonomi negara kerugian pada tahap berbilion ringgit jika isu ini tidak diatasi dengan tegas bukan sahaja akan mengakibatkan negara kehilangan pendapatan yang sangat tinggi dari cukai malah integriti pengurusan kewangan negara dilihat sangat lemah dan wang negara akan terjejas teruk bila aliran keluar wang negara berlaku tanpa kawalan,” kata Mohd Azmi lagi.

Sementara, ujar beliau disedari bahawa taktik mengeluarkan wang secara haram  sangat banyak dan canggih tetapi persoalannya kenapa aktiviti haram itu menjadi sangat mudah dilakukan di Malaysia.

“Adakah ini membayangkan polisi dan undang-undang mengenai pengurusan kewangan negara mempunyai banyak kelemahan untuk dibolosi atau ada konspirasi di peringkat tinggi wujud yang menyebabkan  hal ini boleh berlaku dengan mudah?” tanya beliau.

Beliau berkata, Malaysia telah berhadapan dengan krisis besar dalam kewangan negara pada tahun 1997 apabila berlaku aliran keluar kewangan dengan sangat besar disebabkan apa yang sebut sebagai capital flight.

“Kini kita berhadapan dengan pengeluaran wang keluar dari Malaysia secara haram,” ujarnya

Ini, katanya menunjukkan tahap pengawasan sangat lemah dan begitu mudah untuk bolos keluar.

“Kami mempersoalkan apakah agensi yang bertanggungjawab memantau jenayah wang haram yang mengalir keluar dan masuk dalam negara ini tidak menjalankan tugas dengan berkesan.
“Kami berpendapat Menteri Kewangan harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini. Ia melambangkan kelemahan dan kepincangan yang amat ketara yang melibatkan masa depan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, jika menteri berkenaan tidak boleh mengatasi masalah itu maka beliau perlu melepaskan jawatan dan diserah kepada seorang yang lebih kompiten dan berkelayakan untuk menguruskan kewangan negara.

harakah/-

Gantung saman: Bukti Pakatan halang AES betul

5 Safar 1433H. [MOD] -


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, penggantungan dakwaan ke atas pemandu yang dikenakan dengan 300,000 saman trafik di bawah AES membuktikan keputusan kerajaan negeri menjadi negeri pertama di Malaysia yang menghalang pemasangan AES adalah wajar dan benar.
Justeru, ujarnya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya tidak hanya menarik balik dakwaan terhadap individu yang telah dihukum melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi memulangkan semua wang yang telah dibayar oleh mereka yang sudah menyelesaikan saman tersebut.

Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak kamera AES 1Malaysia dipasang di 14 lokasi pada 23 September 2012.

Lebih banyak saman akan dikeluarkan apabila baki 817 lokasi dipasang tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhannya 831 kamera di seluruh negara.

Guan Eng menambah, walaupun Abdul Gani cuba untuk mengurangkan tamparan hebat kepada BN dan kredibilti Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa bahawa langkah itu berpunca daripada kebimbangan orang ramai ke atas ‘undang-undang dan ciri-ciri teknikal lain’ yang berkaitan dengan sistem, ia jelas menunjukkan bahawa AES telah hilang kredibilti awam.

“Seharusnya skim kotor ini, yang membenarkan 2 syarikat kroni BN untuk mengaut keuntungan berdasarkan komisen daripada setiap saman trafik, dan yang kononnya adalah untuk mengurangkan kemalangan, dihentikan tanpa melengahkan masa.

“Kenyataan Abdul Gani di sisi undang-undang adalah betul bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Oleh itu, katanya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha harus menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ bagi menebus kembali sokongan beliau terhadap AES.

“Sekiranya Kong tidak berbuat demikian, beliau harus meletakkan jawatan kerana menjadi penyokong AES, dengan cuba merosakkan nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya menggalakkan kemalangan berlaku,” katanya.

Justeru, ujarnya Kerajaan BN seharusnya tidak hanya menarik balik tuntutan saman di bawah Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) tetapi mengaku bahawa PR adalah betul dalam memansuhkan AES dan membayar balik semua saman yang telah dibayar atas kemarahan rakyat terhadap projek kroni.

harakah/-

13 Mei: Pengarang Berita Harakahdaily disoal siasat

5 Safar 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Pengarang Berita Harakahdaily, Nazri Abdullah disoal siasat oleh polis ekoran laporan ulasan terhadap kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang khuatir mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969 jika Umno tidak lagi berada di tampuk kuasa.

ASP Chua Wee Seong dari IPD Dang Wangi mengambil keterangan beliau di pejabat Harakahdaily, di sini kira-kira 40 minit bermula jam 12.10 tengah hari.

harakahdaily/-

ADUN Jalong cadang bantuan RM 1000 kepada penoreh getah.


5 Safar 1433H. [MOD] -


ADUN Jalong, YB Leong Mei Meng meminta pihak kerajaan menambah peruntukan kepada program untuk kaum wanita dinegeri Perak demi pembelaan kepada mereka lebih menyeluruh.

Beliau juga mencadangkan supaya satu dana kepada penoreh getah yang dianggap sudah jatuh ditimpa tangga dengan cadangan RM 1000 ringgit kepada sebuah keluarga penoer tanpa mengira fahaman politik.

Baginya jasa penoreh getah yang telah memberi sumbangan besar kepada negeri Perak perlu diabil perhataian.

Beliau juga mencadangkan Hospital Sungai Siput perlulah dinaik taraf yang tidak dinaik taraf sejak 1995.

Menurutnya, Satu kajian perlulah dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Sungai Siput.

Israel tambah 1,500 penempatan haram

5 Safar 1433H. [MOD] -

Penduduk Palestin tidak bersetuju Israel merampas tanah mereka.
Penduduk Palestin tidak bersetuju Israel merampas tanah mereka.
 
BAITULMAQDIS - Israel meluluskan satu lagi pelan bagi membina 1,500 buah rumah baru di Baitulmaqdis Timur sekali gus mencetuskan kemarahan rakyat Palestin, kelmarin.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Israel, Efrat Orbach berkata, jawatankuasa perancangan kementeriannya telah memberi kebenaran kepada pemaju yang pada mulanya mahu membina 1,600 rumah kepada 1,500 buah penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo, lapor Al-Jazeera.

Terdahulu, pelan berkenaan pernah mencetuskan perselisihan diplomatik dengan sekutunya, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 2010 apabila Timbalan Presiden AS, Joe Biden mengadakan pertemuan untuk meningkatkan perbincangan damai antara Palestin dan Israel.

Bagaimanapun, pelan yang dibekukan lebih setahun itu diluluskan semula dalam dua minggu lalu oleh kementerian Israel.
Sementara itu, kepimpinan Palestin bersuara akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan isu terbabit.

"Kepimpinan akan mengambil langkah yang perlu dan penting terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi termasuk mendapat bantuan daripada PBB untuk menghalang pelaksanaan pelan tersebut," kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas.
Ramat Shlomo merupakan kawasan penempatan haram Yahudi dalam kawasan Baitulmaqdis Timur yang mana dirampas oleh rejim sejak tahun 1967. 

sinar/-



Si tempang tumpas jua

5 Safar 1433H. [MOD] -

TAHAN...suspek dicekup selepas gagal melarikan diri.
TAHAN...suspek dicekup selepas gagal melarikan diri. 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempang yang amat dikehendaki polis kerana disyaki mengetuai satu sindiket mencuri kereta akhirnya dicekup dalam keadaan aib ketika dia menyorok di dalam longkang berhampiran Jalan Loke Yew, di sini, awal pagi semalam.

Orang kelainan upaya (OKU) berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan sebelum itu, dia dengan bersenjatakan pisau mencuri sebuah Proton Wira milik seorang lelaki di Jalan Kampung Pandan, di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Pemilik Proton Wira itu, Mat Nawai Ariffin, 53, berkata, dia bersama menantu perempuan dan cucu sulungnya yang berusia sebulan bernasib baik kerana tidak diapa-apakan suspek.

“Saya bernasib baik kerana sempat mengeluarkan cucu dari kereta sebelum lelaki tempang bersenjatakan pisau itu melarikan kereta yang diletakkan di hadapan rumah,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama menantu dan cucunya baru tiba di rumah dari Sungai Besi dan menyedari kehadiran suspek membeli rokok di restoran bersebelahan rumahnya.

metro/-

[BONGKAR] Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki 10 Aset Rumah

5 Safar 1433H. [MOD] -

Keadilan hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.

Guru terkejut lihat saiz daun getah gergasi dirumahnya

5 Safar 1433H. [MOD] -

Guru terkejut lihat saiz daun getah gergasi dirumahnya
Azhan memegang dua daun getah bersaiz gergasi yang dibandingkan dengan daun getah bersaiz normal, semalam.
 
KOTA BHARU - Seorang guru terkejut apabila mendapati pokok getah liar di hadapan rumahnya berusia antara tiga hingga empat tahun menghasilkan daun getah bersaiz gergasi.

Azhan Ismail, 43, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selising, Pasir Puteh berkata, pada petang daun getah yang ditemui dalam semak di luar pagar rumah berlainan dari daun yang gugur sebelumnya kerana saiznya yang luar biasa.

“Terkejut melihat saiznya, saya segera berlari ke dalam rumah mencari pita pengukur untuk mengambil ukuran daun terbabit dan salah satunya bersaiz 52 sentimeter (cm) panjang dan 20 cm lebar.

“Manakala sehelai lagi berukuran 48.5 sentimeter panjang dan 18.5 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azhan berkata, pada lazimnya, daun getah bersaiz biasa adalah bersaiz sekitar 20 sentimeter panjang dan 8 sentimeter lebar sahaja.

Apa yang lebih menarik, kata Azhan, daun getah berwarna hijau kekuningan yang ditemuinya itu dan kini disimpan dalam kotak, masih lagi dalam keadaan yang sama ketika ditemuinya pada 7 Disember lalu.

Azhan menjelaskan, kawasan semak di hadapan rumahnya itu dahulunya adalah bekas kebun getah dan sawit yang telah ditinggalkan justeru beliau berpendapat faktor kesuburan tanah mungkin menyebabkan pokok getah yang belum mencapai usia matang tersebut mampu menghasilkan daun bersaiz luar biasa.

“Sebelum ini penduduk kampung yang membuat makanan tradisional tapai suka mengambil daun getah daripada pokok hadapan rumah saya kerana kata mereka saiznya besar sedikit daripada saiz biasa jadi lebih mudah untuk membungkus.

“Namun saya tidak sangka, pokok itu boleh menghasilkan daun yang lebih besar dan ramai kawan-kawan yang datang memeriksa daun ini juga mengatakan mereka tidak pernah melihat daun sebesar ini dalam hidup mereka, bagi saya inilah antara contoh kebesaran ciptaan ALLAH SWT,” katanya.

sinar/-

Haiwan aneh di mata kail

5 Safar 1433H. [MOD] -

Haiwan aneh di mata kail
Haiwan unik yang ditemui Muhammad Zulfadli malam kelmarin.
Haiwan aneh di mata kail
Zulfadli menunjukkan haiwan terbabit yang ditemuinya ketika memancing bersama rakanya di jambatan Tok Sadang.
KOTA BHARU- Rupanya seperti seekor udang, namun apabila diperhatikan sebetulnya ia juga mempunyai penyepit dan bentuk seperti ketam, haiwan pelik ini ditemui oleh seorang kaki pancing, Muhammad Zulfadli Muhammad Zahari, 23, ketika memancing di jambatan baru Tok Sadang, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.

Menurut Muhammad Zulfadli, dia bersama rakannya, Shahril Razali, 23,  menemui haiwan terbabit ditemui tersangkut pada mata kail pancingnya serta memberanikan diri memegang haiwan itu dan terkejut melihat rupa bentuknya yang unik.

“Sepanjang memancing di kawasan ini, sungai terbabit sememangnya terkenal dengan hasil tangkapan ikan yang dan tidak mempunyai hidupan lain.

“Namun saya amat terkejut apabila menemui haiwan ini yang berkaki lapan yang pada bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Zulfadli berkata, buntu dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan memelihara haiwan itu yang disimpan dalam balang kecil yang berisi air.

“Setakat ini ayah saya, sudah menghubungi pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies haiwan ini namun sehingga kini mereka masih belum mengetahui spesies haiwan itu.

“Pihak terbabit meminta kami menyimpannya dan akan datang mengambil haiwan terbabit, untuk dijadikan kajian sebelum mengetahui spesiesnya,” katanya.

Zulfadli berkata, sepanjang memancing di kawasan berkenaan, itulah kali pertama dia menemui haiwan unik seumpama itu.

“Setakat ini kami masih belum mengenal pasti spesies haiwan berkenaan dan menganggap kejadian berkenaan sebagai kebesaran ALLAH SWT,” katanya.

Haiwan unik yang ditemui Muhammad Zulfadli malam kelmarin.

Zulfadli menunjukkan haiwan terbabit yang ditemuinya ketika memancing bersama rakanya di jambatan Tok Sadang.

sinar/-

1.9 Juta Permohonan Baru BR1M 2.0 Diterima Setakat 12 Disember

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.9 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 12 Disember lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata jumlah itu meliputi 1.4 juta pemohon bujang dan 435,232 pemohon isi rumah (keluarga).

Pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada awal 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion," katanya menjawab soalan Senator Chew Lee Giok.

Lim berkata pendaftaran BR1M 2.0 telah bermula 1 November lepas dan akan berakhir 31 Disember ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sehingga November lepas,

 seramai 1,811 pelajar dibuang sekolah. Beliau berkata tindakan buang sekolah merupakan langkah terakhir dilakukan pihak sekolah kepada seseorang pelajar yang melakukan kesalahan berat berdasarkan salah laku disiplin sekolah. "Antara tindakan yang dilakukan sebelum langkah buang sekolah dilaksanakan adalah seperti amaran, berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, dirujuk kepada guru disiplin untuk nasihat dan motivasi," katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat.

Beliau menegaskan pihak sekolah tidak membuang pelajar sewenang-wenangnya. "Daripada segi teknikal, kalau hendak membuang seseorang pelajar, kita kena melalui proses tertentu termasuk pelajar diberi amaran, dan jika kesalahan itu diulangi, hukuman termasuk gantung sekolah selama 14 hari dikenakan," katanya.
Wee berkata beliau turut menasihatkan supaya ibu bapa mengawal tingkah laku pelajar terbabit sekiranya anak mereka diberi peluang kedua untuk bersekolah setelah membuat rayuan di Pejabat Pelajaran Daerah. -BERNAMA

Pantai Remis bertikam lidah dengan Pengkalan Baru


5 Safar 1433H. [MOD] -


Pantai Remis mencabar Pengkalan Baru yang menuduh dia berbohong mengenai isu saman di mahkamah dengan seorang Blogger yang didakwa Pantai Remis telah selesai di mahkamah.

Berlaku pertikaman lidah yang menghangatkan dewan pada hari ini. Pantai Remis yang bangun untuk memberikan penjelasan apa yang didakwa oleh Pengkalan Baru tidak namun dia idak diberikan laluan..

Pengkalan Baru yang menuduh wakil Pantai Remis dan Setiawan yang mendapat anugerah tanah dari Kerajaan Kelantan dicabar oleh Pantai Remis untuk mengeluarkan kenyataan yang disifatkan fitnah itu di luar dewan.


ADUN Pantai Remis meminta Mufti Perak mengeluarkan apakah hukum menfitnah.


5 Safar 1433H. [MOD] -


Dewan kecoh dengan pertikaman lidah antara wakil DAP Pantai Remis yang sedang menyampaikan ucapan perbahasan dengan wakil Sungai Rapat.

Antara yang didedahkan oleh YB. Nga Kor Ming ialah beliau mencabar Kerajaan Negeri untuk menyenaraikan tanah yang dianugerahkan kepada parti-parti politik sambil mendedahkan sama 4 keping gambar bangunan UMNO yang didirikan diatas tanah yang dianugerahkan kepada parti politik itu.

Pengkalan Baru yang sempat bangun mencelah semasa kekecohan itu dibidas oleh Pantai Remis yang dikatakan telah mengfitnah Ibunya dalam isu pemilikan tanah dan menguris hati ibunya seorang pesara kerajaan.

Katanya Pengkalan baru telah melakukan dosa yang meminta Mufti Perak mengeluarkan apakah hukum menfitnah.

Diakhir ucapannya belia mengucapkan ucapan selamat tinggal kepada Barisan Nasional serta memohon maaf atas segala ketelanjuran selama berada di dewan.

Pantai Remis juga mengucapkan tahniah kepada seluruh ketua-ketua Jabatan yang memeberi prestasi yang baik.

Akhlak

5 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman


“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi; Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia; Ia membenci akhlak yang buruk” (HR. Baihaqi).

Begitu utama akhlak yang baik dimiliki setiap insan. Bahkan dikatakan bahwa Rasulullah SAW diutus ke dunia ini untuk memperbaiki akhlak manusia. Pentingnya akhlak yang baik juga disebutkan Baginda Rasul dalam hadits yang lain, yaitu: “Sesungguhnya sesuatu yang paling utama dalam mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik” (HR. Ahmad). Allah juga mencintai hamba-hambaNya yang baik akhlaknya, dan sebaliknya membenci orang-orang yang buruk akhlaknya. Namun demikian, kadangkala lebih suka menunjukkan akhlak yang dibenci Allah, dan meninggalkan yang dicintaiNya.

Akhlak seseorang kadangkala ditunjukkan tergantung pada kesempatan. Kalau diperkirakan pada saat tertentu menguntungkan berakhlak yang baik, maka akan berperilaku baik. Sebaliknya, tatkala dipikirkan menguntungkan berakhlak buruk, maka akan berani menunjukkan akhlak yang buruk. Orang seperti ini tidak akan menjiwai akhlak yang baik. Sebab menurut Imam Al Ghazali, akhlak yang baik tidak mungkin akan meresap dalam jiwa seseorang selama belum meninggalkan kelakuan-kelakuan yang buruk.

Bukan hanya melakukan sendiri, orang-orang yang tak merasa bersalah bila berakhlak tak baik juga tak akan merasa resah bila orang di sekitarnya berakhlak buruk. Akibatnya, merajalelalah akhlak buruk. Padahal telah diingatkan bagaimana laknat dari Allah ditimpakan kepada umat-umat terdahulu yang tidak saling melarang bila satu sama lain berakhlak buruk (QS. Al-Ma‘idah: 78-79).


Sumber: Serambi Indonesia.

Kelantan jayakan hasrat Jelapang Makanan Negara

5 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kelantan akan menghidupkan tanah terbiar dengan lebih agresif dalam menjayakan hasrat sebagai Jelapang Makanan Negara menjelang tahun 2015.

Dianggarkan sebanyak 100 hektar tanah terbiar lagi bakal diterokai tahun 2013, berbanding 57 hektar tahun ini dengan pelbagai program pertanian.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata usaha Kelantan untuk menjadikan negeri pertanian tidak pernah silap sejak menerajui kepimpinan negeri tahun 1990 sehingga muncul sebagai pengeluar produk pertanian yang terpenting di negara ini.

Katanya, peningkatan itu hingga berjaya mencapai 19.4 peratus bagi sektor pertanian yang merupakan sebahagian penyumbang besar KDNK tahun 2012.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Bertani Satu Ibadat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Menurutnya, walaupun telah banyak kawasan tanah terbiar telah diterokai, namun usaha itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Islam menitik beratkan pertanian, kerana itu Kelantan memperkenalkan tema pertanian Bertani Satu Ibadat kerana aspek itu merupakan sebahagian dari ibadat,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun dengan peruntukkan yang kecil hanya RM2.2 juta peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk program pertanian, namun hasil yang diperolehi begitu membanggakan.

“Sema aspek sama ada pertanian, penternakan khususnya lembu pawah begitu berjaya,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Seramai empat orang petani dan pengusaha berjaya menerima cenderahati berupa benih durian dan baja dari Timbalan Menteri Besar pada majlis yang diadakan di Balai Islam, Lundang pagi tadi.

harakah/-