MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak
nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti
di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung
Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi
sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua
meter.
Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang
Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya.
"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti.
"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam.
Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti
tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi
menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan