5 Safar 1433H. [MOD] -
BAITULMAQDIS - Israel meluluskan satu
lagi pelan bagi membina 1,500 buah rumah baru di Baitulmaqdis Timur
sekali gus mencetuskan kemarahan rakyat Palestin, kelmarin.
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Israel,
Efrat Orbach berkata, jawatankuasa perancangan kementeriannya telah
memberi kebenaran kepada pemaju yang pada mulanya mahu membina 1,600
rumah kepada 1,500 buah penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo, lapor
Al-Jazeera.
Terdahulu, pelan berkenaan pernah
mencetuskan perselisihan diplomatik dengan sekutunya, Washington,
Amerika Syarikat (AS) pada 2010 apabila Timbalan Presiden AS, Joe Biden
mengadakan pertemuan untuk meningkatkan perbincangan damai antara
Palestin dan Israel.
Bagaimanapun, pelan yang dibekukan lebih setahun itu diluluskan semula dalam dua minggu lalu oleh kementerian Israel.
Sementara itu, kepimpinan Palestin
bersuara akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan isu terbabit.
"Kepimpinan akan mengambil langkah yang
perlu dan penting terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi termasuk
mendapat bantuan daripada PBB untuk menghalang pelaksanaan pelan
tersebut," kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas.
Ramat Shlomo merupakan kawasan penempatan
haram Yahudi dalam kawasan Baitulmaqdis Timur yang mana dirampas oleh
rejim sejak tahun 1967.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan